Thursday, January 19, 2012

RG2011... Fw: Ketuanan Islam Tolak Ketuanan Bangsa

 

----- Original Message -----

Ketuanan Islam Tolak Ketuanan Bangsa
 
selatanonline
Blog Akademi Tarbiyah DPPM

Ketuanan sesebuah bangsa, ketuanan sesebuah kaum sejak dahulu lagi pernah dipelopori oleh tokoh-tokoh yang ekstrem, fanatik (ta'assub), liar dan tidak bertamadun. Taassub kebangsaan, ta'assub ketuanan merupakan satu penyelewengan juga bida'ah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Jika kita menganggap dirinya mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsa, manakala orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak memiliki silsilah bangsa sepertinya, maka itu adalah kepercayaan yang batil dan menyanggahi asolah Islam.

Samalah kiranya dakwaan bangsa itu seperti Yahudi yang menganggap mereka sebagai 'bangsa terpilih' (chosen race), tuan kepada bangsa-bangsa yang lain.

Di Amerika Syarikat, pernah berlaku konflik antara kaum yang berpunca dari penubuhan Ku Klux Klan. Ku Klux Klan ialah kumpulan ultra kanan bermazhab Protestan, memperjuangkan ketuanan bangsa kulit putih. Kewujudannya dikesan seawal tahun 1865, iaitu pada 24 Disember. Kewujudan mereka adalah untuk mengembalikan ketuanan bangsa kulit putih yang dianggap oleh mereka sebagai ras yang terbaik, ras yang sepatutnya diberi keistimewaan berbanding bangsa lain. Mereka mendirikan organisasi tersebut dengan maksud untuk berjuang memberantas kaum kulit hitam dan penganut Katholik Rom. Bahkan, kelompok ini juga menyerang warga kulit putih yang dianggap sebagai pelindung kulit hitam.

Aksi Ku Klux Klan memuncak pada dasawarsa 1950-1960-an yang akhirnya memunculkan kelompok perlawanan dari kalangan kulit hitam Amerika dan tokoh tokoh yang menyerukan persamaan hak dan anti rasisme seperti Malcolm X dan Martin Luther King. Ku Klux Klan memulaukan seluruh bangsa kulit hitam dan mengagungkan bangsa kulit putih yang dianggapnya sebagai bangsa Tuhan di negara Amerika. Berikut adalah apa yang pernah disebut oleh Matt Hale, pendeta besar gereja Rom (Pontifex Maximus) keta'asubannya terhadap perkauman;

We need a religion, which exalts our own people and our own people alone. So we need to recognize this and do away with the idea that all men are created equal and idiotic notions of that kind. What we believe in doing is ending all aid to all non-white races. We believe that without this aid the non-white races would very quickly shrink their own numbers. They could not feed themselves… We believe that a perfect world is much more possible by having only white people, white racial comrades

"Kita memerlukan agama yang meninggikan rakyat kita dan hanya rakyat kita sendiri. Maka, kita perlu mengakui hal ini dan menyingkirkan pemikiran bahawa semua manusia diciptakan sama darjat dan menjauhkan kenyataan-kenyataan konyol seperti itu. Apa yang kita percayai untuk kita lakukan adalah mengakhiri segala bantuan kepada semua yang non-kulit putih. Kita percaya bahawa tanpa bantuan ini, orang kulit hitam akan dengan cepat menyusut jumlahnya. Mereka tidak mampu menyara kehidupan sendiri… Kita percaya bahawa sebuah dunia sempurna akan mudah dicapai dengan hanya dimiliki penuh oleh ras kulit putih, juga persahabatan ras kulit putih".

Dari sudut lain, jika Ku Klux Klan melihat ketuanan bangsa kulit putih tergugat selepas Perang Saudara Amerika, manakala serpihan-serpihan ideologi UMNO pula memunculkan PERKASA, PEWARIS, GERTAK dan seumpamanya apabila tergugat pasca Pilihanraya Umum 2008. Klon Ku Klux Klan Malaysia ini hadir dengan struktur yang sama, struktur memperjuangkan bangsa dan memperjuangkan kaum tertentu. Malaysia sebuah negara yang unik dan komposisi kaumnya pelbagai maka kerana itu, tidak perlulah ada satu lagi klon Ku Klux Klan di Malaysia. Terfikirkah kita kesannya kepada tanah air apabila kumpulan-kumpulan ultra nasionalis menerjah ruang minda marhaenis.

Kita bangsa Melayu tidak perlukan slogan 'ketuanan Melayu' (Malay supremacy).Kerana kita adalah bangsa yang Allah muliakan dengan Islam, jika kita mencari kemuliaan selainnya sudah tentu Allah akan menghina kita wahai umat Melayu. Bangsa lain akan menghormati kita jika kita bermaruah dan menjaga prinsip-prinsip Islam. Islam mengangkat kita menjadi bangsa mulia.Sedarkah kita, walaupun konsep ketuanan Melayu telah dijulang UMNO sejak lebih 53 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai dan terkebelakang dalam segala hal berbanding kaum lain. Bangsa Melayu dihujani masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Manakala kuota 30% penguasaan ekuiti (ekonomi) Melayu-Bumiputera masih gagal dicapai. Mengapa? Kerana Melayu tanpa sedar menyokong 'parti tauke', parti yang menghambakan rakyat kerana menuankan pemimpinnya. Itulah kepakaran UMNO dalam menyihir rakyat dengan auta, membelitkan fakta, menghimpunkan segala kekuatan mentera-menteranya dengan kalimah 'ketuanan Melayu'.

Manusia yang menyatakan keunggulan satu ras dan mempercayai bahawa mereka lebih unggul dari bangsa yang lain, mereka sebenarnya telah melupakan satu kenyataan penting bahawa tidak satu pun nilai-nilai tersebut bersifat abadi. Setiap manusia yang beriman mahupun kafir, hidup atau mati, akan meninggalkan semua yang dimilikinya di dunia ini. Segala amal usahanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Rabbul Izzati. Pada hari itu, tidak seorangpun mampu menolong yang lain, tiada ada ras, warna kulit apatah lagi ketuanan Melayu. Allah Taala menggambarkannya dalam sebuah ayat yang bermaksud, "Apabila sangkakala ditiup maka tidak ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya" - Surah al Mu`minun: 101, al Quranul Karim

Rujukan; Harun Yahya, Terrorism The Ritual Of The Devil. 2001

Posted by aya

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment