Thursday, January 19, 2012

RG2011... Fw: Saman Utusan RM50 Juta

 

----- Original Message -----
 

Halal Homoseksual : Dr Hasan Ali Dituntut Mohon Maaf Pada DS Anwar

 
Kenyataan Hasan Ali di The Malaysian Insider mendakwa DS Anwar akan menghalalkan homoseksual jika PR berjaya mentadbir Malaysia
Utusan dan Berita Harian hanya melaporkan sebahagian temubual DS Anwar dengan BBC.DS Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu. Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam kepada Utusan untuk berbuat demikian.

 
Kenyataan Jingga 13 Mahu Hasan Ali Mohon Maaf,Di Petik Dari Keadilandaily :

KUALA LUMPUR 18 Jan : NGO Jingga 13 Menuntut supaya Bekas Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali memohon maaf dari Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan kononnya ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.Ia berdasarkan laporan akhbar milik Umno, yang memutarbelitkan wawancara Anwar dengan British Broadcating Corporation (BBC) baru-baru ini.

"Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Hassan Ali ini dan mendesak beliau memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri Anwar Ibrahim demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa," kata Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafie Muhamad.Menurut Saifuddin, Jingga 13 mempersoalkan rasional kenyataan Hassan Ali itu yang cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Anwar.

"Apakah Dr Hassan Ali diperalatkan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan imej beliau. Kenyataan Dr Hassan Ali ternyata kosong dan tidak mempunyai fakta," ujar beliau.Anwar semalam mengemukakan notis saman sebanyak RM50 juta daripada Utusan Malaysia ekoran dakwaan beliau menghalalkan homoseksual di negara ini.

Laporan muka depan Utusan pada 17 Januari lalu bertajuk 'Tolak Anwar- Hasan' memetik kenyataan Hasan Ali, berdasarkan temubual Anwar dengan BBC.Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment