Monday, January 16, 2012

RG2011... Isytihar aset: SPRM sambut baik cadangan, TI-M kata kakitangan awam juga perlu

 

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik cadangan Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria agar kesemua hakim mengisytiharkan harta masing-masing bagi menentukan ketelusan dan integriti badan kehakiman.

"Suruhanjaya ini menyambut baik dan berpandangan tindakan mengisytihar harta oleh hakimhakim adalah satu tindakan yang dijangka dapat memperkasakan integriti institusi kehakiman di negara ini.

"SPRM dari semasa ke semasa sentiasa bersedia membantu mana-mana agensi awam dan swasta dalam mengkaji dan memberi nasihat ke atas sistem dan prosedur untuk penambahbaikan atau memperkenalkan system dan prosedur baru untuk meningkatkan integriti institusi ini," kata SPRM dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Ariffin seperti yang dilaporkan beberapa media berkata Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan SPRM dalam mengisytiharkan harta hakim.

"Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka," katanya.

Arifin berkata, sebaik saja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

"Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini," katanya.

Menurut SPRM, satu unit khas telah dibentuk untuk mengenalpasti

mekanisme yang bersesuaian bagi perlaksanaan dan pemantauan proses pengisytiharan harta hakim selaras dengan Arahan yang ditetapkan dalam Perintah-perintah Am Dan Arahan Pentadbiran 1993.

"Hakim-hakim yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan juga  adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993.

"Suruhanjaya ini sebagai sebuah agensi yang mempromosi amalan integriti dan ketelusan sentiasa menyokong apa sahaja usaha daripada mana-mana agensi yang ingin bekerjasama dengan suruhanjaya ini," katanya.

Sementara itu Presiden ransparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low berkata selain hakim, semua kakitangan awam sama ada kerajaan, pembangkang atau Bebas perlu mengisytiharkan harta masing-masing.

"TI-M percaya gambaran sebenar, liabiliti, pinjaman dan hutang juga akan dapat didedahkan.

"Pendedahan ini akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia dan pelabur asing terhadap integriti, tanggungjawab dan pentadbiran yang baik," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment