Tuesday, March 27, 2012

Re: RG2011... Fw: Mangsa Simbahan Asid Tidak Boleh Kena Panas

 

Salam..

Semakin hari srmakin menjadi-jadi kes simbahan asid.Mohon pihak bertanggungjeb mmberi perhatian sewajar-wajarnya.Pertanyaan saya..D mana nilai moral masyarakat kita?
Inilah bukti masyarakat kita penuh dgn cemburu serta irihati.Dendam kesumat melata-lata d dlm hati serta sanubari.Bersama-samalah kita berdoa sgr sahabat2 kita d lindungi Allah swt.

Wslm

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: Salina Rosli <pakisbiru@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 26 Mar 2012 09:28:30
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Mangsa Simbahan Asid Tidak Boleh Kena Panas

apa kata kawal penjualan asid ni..jadikan ia barangan terkawal....dan berbahaya dijual sewenang2nya



________________________________
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, March 23, 2012 8:20 AM
Subject: RG2011... Fw: Mangsa Simbahan Asid Tidak Boleh Kena Panas


 
----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

 
Mangsa Simbahan Asid Tidak Boleh Kena Cuaca Panas Selama 2
Tahun
Posted by greenboc
ZALEHA menyapu ubat pada luka di tangan Mohd. Fazil di
rumah mereka di Kampung Baru Merchang, Marang semalam.
 
Marang - Mangsa
simbahan asid, Mohd. Fazil Hanafi Idrus, 18, kini terpaksa menempuh hidup baharu
yang jauh berbeza daripada orang lain apabila dia terpaksa mengelak sinaran
cahaya matahari selama dua tahun jika mahu cepat pulih.

Akibat kejadian pada 19 Februari lalu, Mohd. Fazil yang kini
menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Rabu ini mengalami
luka dan parut di sebahagian besar muka, kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki
serta badan.

Dalam tempoh dua tahun akan datang ini, dia terpaksa memakai
pakaian tebal dan menutupi kepalanya untuk melindungi kulit daripada bahang
matahari.

Mohd. Fazil berkata, doktor yang merawatnya menetapkan pantang
larang itu memandangkan kulitnya yang telah rosak kini amat sensitif dan
memerlukan penjagaan yang teliti.

"Saya tidak tahu bagaimana harus saya
lalui tempoh dua tahun ini dan saya sangat berharap luka dan kesan parut ini
dapat segera sembuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru
Merchang dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 19 Februari lalu, dia
bersama rakannya yang juga nelayan, Shahurzaman Salim, 38, melecur disimbah
cecair, dipercayai asid dalam satu insiden awal pagi di Kampung Padang
Merchang.

Kejadian kira-kira 5.10 pagi itu berlaku ketika kedua-dua
sahabat itu nyenyak tidur bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang
selepas menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

Akibat simbahan
itu, Mohd. Fazil melecur di sebahagian besar tubuh manakala Shahurzaman cedera
di muka serta mata.

Polis menahan tiga suspek untuk membantu siasatan
iaitu dua lelaki berumur 32 dan 39 tahun pada hari kejadian manakala suspek
ketiga yang berusia 26 tahun ditangkap sehari kemudian.

Bagaimanapun,
ketiga-tiga suspek dibebaskan selepas tamat tempoh tahanan reman.

Selain
terpaksa mengelak cahaya matahari, Mohd. Fazil juga mungkin perlu memakai sarung
tangan tekanan dan mungkin juga topeng tekanan bagi memastikan kesan parutnya
tidak timbul.

Mengenangkan penderitaan yang terpaksa dihadapi, mangsa
mempunyai sebab untuk tidak memaafkan suspek kejadian itu.

"Saya tidak
tahu apa motif orang itu tetapi saya tidak akan memaafkan dia atas apa yang
dilakukan pada saya," katanya lagi.

Jelasnya, akibat kejadian itu, dia
terpaksa dirawat kira-kira tiga minggu di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan
perlu mendapatkan rawatan secara berkala bagi memastikan kesan lukanya
pulih.

Sementara itu, ibunya, Zaleha Ishak, 48, berkata, walaupun pihak
hospital membenarkan anaknya itu pulang awal, dia masih perlu menjalani rawatan
susulan dua kali seminggu. -kosmo


Laporan
sebelum ini



comments:
 
kak mah said...
Kasihan...derita menanggung
kesakitan.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment