Tuesday, March 27, 2012

Re: RG2011... Kalau yakin difitnah kenapa tidak bertindak??

 

Saudara Rizz..
Minta maaf ya, saya nak tanya.
Apa hukumnya kalau kita memilih pemimipin yang sebegini ya..?
Ataupun memilih jemaah yang bakal melantik pemimipin yang sebegini sebagai ketua mereka?
Harap saudara Rizz dapat membantu saya.


From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 27 March 2012, 8:02
Subject: RG2011... Kalau yakin difitnah kenapa tidak bertindak??

 
Tak nak payah pusing kiri pusing kanan, walaupun org mencabar tu pernah berbohong atau sumpah tipu. sya rasa skrng bukan soal tipu atau bohong . ini  soal nak bukitkan benar atau fitnah dri mrka!!! saman saja kalau org dah cabar sekiranya yakin difitnah.

Biseksual: Notis Tuntutan Saman Gagal Capai Matlamat

March 25, 2012   ·   oleh HackerXP [mykmu.net]
Anwar+Saman[1]
Anwar Ibrahim sekali lagi cuba bermain silap mata, dia ingat dengan mengemukakan notis tuntutan saman terhadap Nallakaruppan akan menyebabkan Nalla goyang ketakutan dan terus menutup mulut sampai kiamat.
Malangnya harapan itu hanya mimpi basah di siang hari, sekadar memberi seketika nikmat kepuasan untuk penyokongnya tetapi gagal mencapai klimaks yang dikehendaki.
Dalam reaksi terbaru Nalla terhadap notis tuntutan saman tersebut, Nalla telah melemparkan cabaran supaya Anwar segera memfailkan secara rasmi saman tersebut ke mahkamah supaya proses pendengaran kes dapat dibicarakan sesegera mungkin.
Notis berkenaan tuntut beliau tidak lagi bercakap mengenai Anwar."Notis ini…saya tidak akan jawab.Berapa cepat dia boleh bawa saya ke mahkamah…saya gembira ..saya mahu jumpa dia di mahkamah",ujarnya.
"Dia mahu tutup orang punya mulut….bila kita buka dia mahu tutup pasal undi ( pilihanraya) sudah mahu mari dekat…saya mahu jumpa dia di mahkamah…saya akan dedah mengenai dia dalam mahkamah.
"Dia (notis) itu minta saya jangan cakap pasal dia…saya akan terus cakap pasal dia hingga dia bawa saya ke mahkamah,"kata Nalla.
AgendaDaily, 24 Mac 2012
Ramai penyokong Pas & PKR menyangka notis tuntutan saman itu dah sama maksudnya dengan tindakan saman, hakikatnya ia umpama surat amaran saja yang sifatnya lebih kepada gertak & gempak semata-mata.
Motif utamanya lebih kepada untuk memperlahan & menghentikan isu daripada terus   menjadi bualan umum yang tentu saja jika berlanjutan tidak sedikit impaknya pada keperibadian Anwar sebagai PM 16 September.
Tapi kita kena akui, taktik gertak telah sekian lama amat berpadanan dengan peel perangai Anwar yang gemar bikin gempak sana sini bagi mengabui mata penyokongnya supaya tidak goyah dengan isu-isu moral yang membelenggu dirinya.
Lagipun taktik sedemikian terbukti berjaya sebagaimana pernah kita saksikan dalam sandiwara arsenik, suntikan hiv, patah tengkuk dan retak tulang belakang yang telah dilakonkan dengan jayanya semasa di zaman kebebalan reformbasi dulu.
Walaupun begitu, bukan masanya untuk kita berseronok dengan kegagalan Anwar menepati tempoh amaran 48 jam yang menuntut Nalla & Utusan Malaysia meminta maaf dan membayar gantirugi RM100 juta seperti yang dinyatakannya melalui naib presiden PKR, N Surendran pada 21 Mac lepas.
Asasnya mudah, dengan mengambil kira jangka waktu menjelang PRU 13 sudah kian dekat, memfailkan saman secara rasmi di mahkamah merupakan pilihan terbaik untuk Anwar mengurangkan tekanan pengaruhnya yang kian susut dan di masa sama mengembalikan semula persepsi positif umum terhadapnya.
Soal menang atau kalah bukan perkiraan Anwar, sebaliknya lebih melibatkan soal masa. Timing yang betul jika pandai diuruskan dengan strategik & taktikal yang sesuai  untuk keuntungan jangka masa pendek ada juga kemungkinan boleh membuahkan hasil.
Sementelah lagi isu biseksual bukannya baru bulan Mac 2012 ini saja kedengaran, bertahun lama dahulu sudah lama kita dengari dan baca khususnya dalam dunia maya internet. Tapi kenapa bila hampir PRU 13 barulah bertindak? Ada sebabnya.
Kebiasaannya dalam kes saman malu bakal memakan masa bertahun lamanya, paling awal pun pendengaran kes hanya bermula sekitar sebulan, 2 bulan atau 3 bulan selepas saman di failkan, itupun bergantung pada kesesuaian masa pihak mahkamah.
Tabiat pemimpin BN pula bila ada isu-isu tertentu telah menjadi kes mahkamah, mereka cuba mengelak diri dari menyebutnya secara terbuka sebagai menghormati kemuliaan proses keadilan, ianya satu bonus untuk Anwar & pembangkang yang kerapkali dimanfaatkan untuk kepentingan politik mereka bagi jangka masa tertentu.
Sedangkan tabie Anwar dan pemimpin pembangkang lain, bila kes telah masuk mahkamah lagi mereka suka usung ke hulu ke hilir sekalipun langkah tersebut sebenarnya satu gangguan terhadap perbicaraan selain menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah.
Jika PRU 13 berlangsung pada awal bulan Jun, tempoh 3 bulan menunggu perbicaraan bermula misalnya (tanpa mengambil kira taktikal akal manusia yang gemar dengan aksi tunda menunda dengan seribu satu alasan lain untuk memanjangkan tempoh perbicaraan), mencukupi untuk mengambil langkah damage control dan mengembalikan semula sedikit sokongan asas yang lari sebelumnya.
Walaupun begitu, untuk jangka masa panjang jika saman Anwar terhadap Nalla & Utusan menjadi kenyataan, ia adalah satu-satunya peluang besar  untuk kita mengetahui lebih lanjut rahsia peribadi Anwar yang mungkin akan menjadi noktah penting dalam hayat politik dirinya.
Alang-alang payah sangat nak tengok Anwar letakkan keyakinannya terhadap kekuasaan & keadilan Allah s.w.t melalui sumpah mubahalah dan tempoh petunjuk kebenaran dari Allah s.w.t pula biasanya akan dapat dilihat dalam tempoh paling lambat sekitar satu tahun.
Maka tindakan saman di mahkamah dunia adalah alternatif untuk Anwar membuktikan kebenaran mengikut acuannya yang wajar sekali disegerakan.
Justeru itu, penulis menyeru kepada semua bloggers pro BN melakukan desakan semaksima mungkin agar Anwar menyegerakan langkah menyaman Nallakaruppan & Utusan, malah desakan sama juga relevan ditekankan supaya tindakan saman turut difailkan terhadap Umi Hafilda & Datuk Eskay.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment