Thursday, March 8, 2012

Re: RG2011... Kisah pemimpin terdesak

 

setuju!!!

bak kat sudin kat Ramlee dalam seninam bujang lapok

"alahh malu2 kucing pulak..dah orang kasik tu kebas ajelaaahh"



From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 8 March 2012 6:26 PM
Subject: Re: RG2011... Kisah pemimpin terdesak

 

Pada aku, sesuatu yang baik, hendaklah diterima baik. Mana yang tak baik, elok ditentang sahaja habis-habisan. Jadi kalo kerajaan nak beri ambik saja lah. Tak payah la nak pertikaikan. Kan itu elok. Walau tak banyak, duit jugak. Jangan lah kita, jadi orang yang diberi salah, tak diberi pun salah. Tak beri mengata, beri pun mengata. Aku bukan mempertahankan sesiapa. Tapi siapa yang buat sesuatu yang baik, aku terima. Tak payah la aku nak fikir nagetif-nagetif ni. Bila nak undi, pandai2 la pilih.
 


From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 7 March 2012 8:52 PM
Subject: Re: RG2011... Kisah pemimpin terdesak

 
Ok je sebenarnya Kerajaan Perseketuan nak bagi wang bantuan kat rakyat. Malah tercabar juga kalau tak bagi....Kerajaan negeri Selangor boleh beri bantuan wang kepada anak-anak kelahiran Selangor tahun 2008 ke atas dan kepada ibu-ibu tunggal, dan Kerajaan P.Pinang boleh bagi duit raya kat rakyat Penang, takkan la PM tak mampu nak buat perkara yang sama. Nanti dikatakan kedekut atau nak sapu sorang-sorang la pulak, kan?

Lagipun orang sekarang ni lebih menilai wang tunai daripada subsidi-subsidi atau bantuan-bantuan berbentuk lain. Rakyat gembira nak terima, ok la tu...


From: mr padli <billionman09@ymail.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, March 8, 2012 10:47 AM
Subject: Re: RG2011... Kisah pemimpin terdesak

 
aii bang, bagi salah, tak bagi pun salah..
apa yang betul sebenarnya ni?
apa yang rakyat malaysia nak sebenarnya?
manusia sebenarnya tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang ada
 
mari kita lihat sisi kebaikan muaamar gaddafi pulak..sebab pada aku, apa yang saje kekacauan yang berlaku dalam dunia islam sekarang ni adalah atas campur tangan zionis..
 
kita dapat berita2 ni pun dari CNN kan? sebab tu kita lihat gaddafi, saddam hussein dan beberapa orang pemimpin hebat negara arab ni dari sudut jahat. meh kita tengok dari sudut yang lain pulak
 
sekadar berkongsi untuk bacaan..credit to http://www.illustrasiaku.com/siapa-sebenarnya-muammar-gaddafi/

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Wednesday, 7 March 2012 11:27 AM
Subject: RG2011... Kisah pemimpin terdesak

 
Oleh: Rossem

Muammar Gaddafi di penghujung hidupnya,  sewaktu  diberkas saat melarikan diri di perbatasan Libya-Nhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDIQi4BjHIKF19dmoVBmLeXQgz_yetQZT9XHOCPdWgKS7gwkUoMPdCj7FOsFxs6EGlr15dAbR_JujZY-A4fNZQ9NuDTWNlh9wHNToMRWKsT-QqX8z_a2Tmdz6Iw1Iqd_FIcV8NL94WHZMQ/s1600/muammar-gaddafi.jpgiger. Kepada  penentangnya  yang terdiri anak-anak muda,   dengan suara tersekat-sekat, beliau  merayu " Wahai anak-anakku berhentilah  memukulku, beritahu padaku, berapa wang kamu  mahu. Sebut saja jumlahnya  akan ku berikan, kemudian  biarkan aku melepasi perbatasan  dengan selamat tanpa gangguan.".


Gaddafi  menduga anak-anak muda itu akan menerima tawaran, sepertimana rakyat Libya sebelum ini menerima wang yang ditaburkan  kepada mereka sepanjang pemerintahnya kurang lebih 40 tahun. Namun pada hari itu berlaku sebaliknya.

Rakyat Libya, khususnya  anak-anak muda  menolak dengan keras tawaran wang, walhal kalau mereka  mahu, harga yang akan dibayar Gaddafi untuk menebus nyawanya dan menyambung kembali tali hayat pepemerintahannya adalah sangat  tinggi, sebuat saja, 2 juta Dollar, 10 juta Dollar atau 100 juta Dollar,  bahkan lebih dari itu, pasti ditunaikan.

Saat menawarkan itu, Gaddafi menjangka, rakyat Libya khususnya anak-anak muda yang menangkap beliau  masih berfikiran seperti sebelumnya, akan menerima ganjaran yang ditawarkan. Kerana kaedah mengumpan wang  sudah menjadi budaya negara dan sinonim dengan rakyat Libya,  sejak mengambilalih pemerintahan dari Raja Sanusi.

Rupanya  pada hari itu, disaat kekuasaannya diasak ke dinding, tika nyawanya diambang maut, Gaddafi baru tersedar dari mimpi yang panjang, bahawa wang sudah tidak berharga lagi. Wang tidak boleh menolong mempertahankan kekuasaan seseorang pemimpin, bahkan wang tak mampu lagi menyelamatkan nyawanya sendiri.

Hari itu, di  tanah gersang berpasir di selatan Libya, Muammar Gaddafi menemui ajal di tangan anak-anak muda yang memburunya sekian lama.

Namun, atas nama persaudaraan Islam, kita bersimpati dengan apa yang terjadi, tapi  realiti dan hakikat terbukti, bahawa  wang tidak boleh mempertahankan kekuasaan seseorang.

Hari ini di Malaysia, seorang pemimpin negara membeli hati rakyat dengan wang ringgit. Bermula tiga bulan lalu sehingga  sekarang masih belum selesai pembahagiannya kepada yang layak menerima.  

Pemberian  RM100, RM200,  RM500 dan  pelbagai lagi tawaran yang bernatijahkan   wang.  Tawaran itu meliputi  seluruh lapisan masyarakat, seperti murid sekolah, isi rumah  berpendapatan ke bawah RM3 sebulan,  kakitangan kerajaan, pesara, golongan  seniman dan lain-lain.

Kenapa sebelum ini tidak diagihkan pemberian seperti itu?.  Tentu ada sebabnya. Seperti juga Muammar Gaddafi tidak akan menawarkan wang berbilion dollar kepada anak-anak muda yang memburu dan mahu membunuhnya  sekiranya  beliau merasakan nyawa dan kekuasaannya masih selamat. Sebaliknya beliau melakukan demikian setelah menyedari kekuasaannya dalam kritikal. 

Apakah Presiden UMNO juga merasakan  kekuasaan UMNO/BN kini dalam kritikal?
 
http://demitinta.blogspot.com/








__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment