Sunday, March 25, 2012

RG2011... Adakah al-Quran mempunyai takwim/kalender??

 


Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan. Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu. Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar (bulan dan matahari).

Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya, Kalendar Gregorian dan Kalendar Julian. Kalendar Lunar atau Qamari berpandukan bulan semata-mata iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah manakala Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari – contohnya Kalendar Cina.

Disini diringkaskan membicarakan dua kalender, iaitu Gregorian dan Hijrah. Kalender yang selalu kita pakai untuk cuti bekerja dan menerima gaji adalah kalender Gregorian yang diasaskan oleh seorang Paderi, Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582 – hahahaha boleh dikatakan hampir semua orang Melayu menggunakan kalender ini – ini tentu konsprasi Kristian… kua-kua-kua…

Kalender yang kita hendak sambut bulan Puasa dan Hari Raya ialah kalender Hijrah. Saya pun tidak tahu samada kalender ini kalender Islam atau kalender Arab. Ini kerana orang Arab sebelum Islam menggunakan kalender Qamari sejak zaman dulu. Namun, mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa itu.

Selepas kedatangan Nabi Muhammad, kalender Qamari masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Namun ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan kalender Qamari, dimana pada tahun 17 Hijrah Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun.

Dalam perbincangan itu, keputusan telah dicapai supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun dan menjadikan Muharam sebagai bulan pertama diawal tahun, oleh itu kalender Hijrah telah diasaskan. Jeng-jeng-jeng – persoalannya adakah kalender Hijrah ini ada didalam al-Quran??

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment