Thursday, March 8, 2012

RG2011... Fw: Batal SBPA: Akhirnya perjuangan rakyat berjaya

 

----- Original Message -----

Batal SBPA: Akhirnya perjuangan rakyat berjaya

idhamlim.blogspot



KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membatalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah suatu kejayaan rakyat khususnya kakitangan awam dalam memperjuangkan hak mereka.

"Dalam isu ini, Datuk Seri Najib akhirnya terpaksa mengalah kepada tekanan rakyat yang tidak berpuashati kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat bawahan dalam perkara yang membabitkan mereka," Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, ia membuktikan bahawa SBPA hanya menguntungkan segelintir golongan tinggi penjawat awam dengan mengenepikan hak penjawat awam bawahan sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Beliau berkata, DPPM melihat mungkin juga pembatalan SBPA adalah tanda terdesaknya Perdana Menteri dalam meraih simpati rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13.

"Dalam keadaan begini, beliau terpaksa mendengar rungutan banyak pihak dan akur dengan kehendak mereka," ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya DPPM mengingatkan, belum tentu SBPA tidak akan dilaksana jika BN mendapat mandat lagi selepas PRU13 nanti.

Katanya, pembatalan SBPA menjadi suatu pengajaran kepada Perdana Menteri dan kerajaan supaya setiap dasar yang melibatkan golongan bawahan, ianya perlu dibincangkan dahulu kepada mereka.

Tambahnya, Najib perlu ingat, kakitangan awam adalah golongan yang bekerja membanting tulang membangunkan negara selama ini, tanpa mereka tidak mungkin negara ini setanding dengan negara-negara yang lain.

"Justeru, wajarlah pandangan penjawat awam ini diambil kira dan diberi perhatian supaya sumbangan mereka benar-benar dihargai," ujarnya lagi.

Najib tertekan Buku Jingga

Sementara itu, pembatalan SBPA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan BN tertekan dengan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi, mendakwa 10 janji jingga, yang terkandung dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat, antaranya mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam berjaya memberi tekanan kepada Najib.

Tawaran jingga itu meletakkan pengiktirafan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru.

"Inilah bahayanya kerajaan yang ketandusan idea ketika ingin melaksanakan dasar-dasar tertentu dalam keadaan terdesak kerana cuba menyaingi Pakatan Rakyat. Hasilnya, pentadbiran awam kucar-kacir disebabkan politik desperado Najib," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Athirah, keadaan itu juga menunjukkan pihak kerajaan tidak faham dalam menguruskan skim gaji penjawat awam.

Ekoran itu, Athirah berkata rakyat perlu sedar bahawa peranan Pakatan Rakyat begitu penting dalam usaha mengimbangi keperluan rakyat.

harakahdaily/-
 
 
----- Original Message -----
 
From: Mat Rock
 
Subject: Najib umum batal SBPA, penjawat awam kembali kepada SSM yang ditambah baik
 
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
 
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
 
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
 
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - BERNAMA
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
 
 
 

----- Original Message -----
 
Subject: SBPA Batal, SSM Akan Ditambahbaik
 
Lagi berita gembira:
Penjawat awam terima bayaran tunggakan Mac atau April
 
Oleh THOMAS CHONG
 
PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
 
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.
 
"Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.
 
"Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.
 
Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain. - UTUSAN
 
 
----- Original Message -----
 
Kalau di negara maju orang yang mencipta SBPA tu tentu rasa malu dan letak jawatan.
 


Alhamdulillah, bersyukurlh dgn setiap yg kita miliki perolehi
 

From: ASWANDI AKRAB tapawnasi@yahoo.com.my
 
 
alhamdulillah,
semoga negara kita, MALAYSIA makmur dan maju
 

From: Nur Jannah honey_jannah@yahoo.com
 
 
Alhamdulillah & bersyukur dengan apa yang dapat, moga tahun akan dtg dapat dipertimbangkan dengan lebih baik.

Pelarasan gaji SSM mengikut peratusan
13% - Gred 1 hingga 54
9% - Gred Utama & Khas
8% - Turus III & II
7% - Turus I & Ketua Setiausaha-setiausaha /Menteri

Diubahsuai kenaikan gaji tahunan bagi gaji gred 1-54 adalah RM80 hingga RM320, manakala jusa dan ke atas mengikut SSM..


Apa pulak nasib perjawat swasta... Lagi susah kot... Sambung study pun kena pakai kwsp... Than increment kalo pandai kipas bykla.. Jenis yg xpandai... Hancus...
 
----- Original Message -----
From: amminest
 
Alhamdulillah inilah gunanya ada pembangkang sekurang2nya kerajaan nak laksanakan setiap sesuatu mendapat tentangan dan pandangan yg baik dr pembangkang

From: faeiz ijah <faeiz_85@yahoo.com>
 
betol....gov servant gj naik...if hrga brg naik pun msih ley cover g...lau private nie cmner plak??x ke senak usus perut smua nk nanggung hrga barang...huhuhu

From: "anis_syahida@yahoo.com" anis_syahida@yahoo.com
 
 
Gaji naik harga barang2 pun naik...tahap ekonomi rakyat tetap sama.malah makin teruk bg swasta...

From: Siti Ayshah sitiayshah@ymail.com
 
 
Subject: SBPA Batal, SSM Akan Ditambahbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

SBPA Batal, SSM Akan Ditambahbaik - Najib

Keputusan telah diumumkan namun ada suka ada duka...tak kurang juga yang terkecewa dengan keputusan ini. Apalah nasib penjawat awam lepas ini..

Apa kata anda?
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment