----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-
Gadis Dilanggar, Diculik & Dirogol Dalam Kereta Proton
Sabak Bernam Seorang gadis bukan sahaja dilarikan secara paksa malah dirogol oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Panjang, di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian itu, mangsa berumur 17 tahun itu bersama adiknya menaiki motosikal diekori suspek dari sebuah stesen minyak di Pekan Sungai Besar.
"Setibanya di Sungai Panjang, suspek melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dan adiknya menyebabkan motosikal itu jatuh.
"Suspek kemudiannya membawa lari mangsa secara paksa dan membawanya ke sebuah kebun di Parit 15, serta merogol mangsa," katanya adik mangsa terus pulang ke rumah dan memaklumkan kepada bapanya serta penduduk kampung serta laporan polis dibuat.
Menurutnya, suspek sempat menghubungi rakan-rakannya dan mengugut untuk merogol mangsa beramai-ramai jika mangsa memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.
"Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kebun berkenaan dan diturunkan di tepi jalan selepas berjanji menyembunyikan kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, penduduk yang sudah dimaklumkan tentang kehilangan mangsa terlihat suspek menurunkan mangsa dan bertindak mengejar suspek.
"Menyedari dirinya diburu, suspek memecutkan kereta yang dipandunya sehingga terbabas masuk ke dalam kebun.
"Suspek yang panik meninggalkan kenderaan itu dan menyembunyikan diri di rumah majikannya di Parit 13," katanya.
Noor Mushar berkata, polis berjaya menjejaki mangsa berdasarkan kenderaan yang ditinggalkan mangsa, kereta Proton Saga berwarna putih itu adalah milik majikan mangsa.
"Suspek yang berusia 19 tahun akhirnya menyerah diri kira-kira jam 10.30 pagi semalam apabila majikan membawanya ke IPD bagi membantu siasatan," katanya mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Menurutnya, pihaknya menghargai kerjasama yang diberikan masyarakat setempat sehingga suspek dapat dikesan.
"Kita juga memuji tindakan adik mangsa yang dapat mengingati dengan pantas nombor kenderaan, jenis dan warna kenderaan yang banyak membantu kepada menyiasat kes ini.
"Kita juga menasihatkan ibu bapa atau penjaga memantau dan memastikan anak sentiasa dalam kawalan terutamanya perempuan," katanya
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (jenayah rogol) dan Seksyen 363 (menculik daripada jagaan sah). -SH
Ulasan GB
Baru beberapa hari Ketua Polis negara menafikan kejadian culik berleluasa, tetapi sebaliknya menyatakan ramai remaja yang lari dari rumah ikut teman lelaki.
Berita di atas menjawab kenyataan KPN tersebut.
Bukankah kisah di atas dengan jelas menunjukkan bahawa wujud jenayah culik & rogol dan bagaimana agaknya jawapan KPN kali ini?
Kita tidak berhasrat untuk merendah-rendah kenyataan KPN tetapi kebenaran yang ada menunjukkan kenyataan KPN sebelum ini tidak menepati kebenaran.
Apa pula riaksi Menteri KDN yang sebelum ini membuat kenyataan Malaysia negara paling selamat?

Dukung dalam kereta sebelum dinoda
Sabak Bernam: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin.
Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.
Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.
Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.
Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.
Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.
Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.
"Suspek melarikan diri selepas menyedari menjadi buruan penduduk.
"Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelamatkan diri.
"Suspek dikatakan turut meminta bantuan di rumah majikannya yang terletak berhampiran tempat kejadian.
"Bagaimanapun, usaha suspek meraih simpati majikannya gagal kerana selepas menceritakan kejadian yang berlaku, lelaki itu dipaksa menyerah diri kepada polis, semalam," katanya. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek menggunakan kereta milik majikannya ketika melakukan jenayah itu. -hm
Ulasan GB
Baru beberapa hari Ketua Polis negara menafikan kejadian culik berleluasa, tetapi sebaliknya menyatakan ramai remaja yang lari dari rumah ikut teman lelaki.
Berita di atas menjawab kenyataan KPN tersebut.
Bukankah kisah di atas dengan jelas menunjukkan bahawa wujud jenayah culik & rogol dan bagaimana agaknya jawapan KPN kali ini?
Kita tidak berhasrat untuk merendah-rendah kenyataan KPN tetapi kebenaran yang ada menunjukkan kenyataan KPN sebelum ini tidak menepati kebenaran.
Apa pula riaksi Menteri KDN yang sebelum ini membuat kenyataan Malaysia negara paling selamat?
comments:
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
Jelitawan sekalian,berhati-hati sepanjang masa,sila mohon bantuan waris terdekat anda.
tolonglah jangan keluar waktu malam..pulak tu semata mata nak beli kad prabayar...naik motor malam2...bahaya sayang oii...
pokoknya berjaga2..para jelitawan kene sedar diri mereka yg akan menjadi mangsa harus bersiap sedia..klu ikut syariat..insyaAllah selamat..
yang selamat pemimpin BN, rakyat sudah tak selamat dengan jenayah
Ade aku kisah, kata perogol. Ko siarkan drama2 pelakun seksi, majalah2 porno melambak, pemimpin2 UMNOuu tak kisah pun.
Hudud ko mainkan, gua tatak takut yo.
jgan bimbang negara paling selamat