----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-
Walau Pun Sudah Lebih 20 Tahun Ia Di Tutup, Tapak Kilang Proses "Nadir Bumi" Di Bukit Merah Masih Keluarkan "Radio Aktif" Merbahaya!
PDO
IPOH, 20 Mac -Walaupun sudah 20 tahun ditutup, tapak kilang memproses nadir bumi di Bukit Merah masih mengeluarkan sinaran radioaktif merbahaya dan melebihi paras selamat yang sepatutnya. Gabungan aktivis anti-Lynas, Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) ketika berkunjung ke tapak kilang yang ditutup sejak 1992 itu baru-baru ini mendapati, tahap radioaktif di kawasan tapak itu melebihi tahap selamat yang ditetapkan iaitu 1 Bq/g setahun. Ketika menguji sampel tanah yang diambil di hadapan pintu pagar kilang itu, pasukan pengkaji SMSL meperoleh beberapa bacaan dan paling tinggi 0.191 microsievert sejam atau pada kadar 1.7 Bq/g setahun iaitu lebih 0.7 Bq/g berbanding tahap selamat.
"Bayangkan tapak ini sudah 20 tahun ditinggalkan, malah didakwa tanahnya sudah dikorek 8 meter dan dibuang ketempat lain, tapi sinaran radioaktifnya masih merbahaya kepada mereka yang tinggal di sekitar sini. "Bayangkan potensi ancaman di Gebeng, Kuantan jika di sana keluasan tapaknya adalah 10 kali ganda dari Bukit Merah ini," kata Pengerusi SMSL Tan Bun Teat (foto). Sabtu lalu, kumpulan 50 aktivis anti-Lynas dari Kuantan mengadakan lawatan sehari ke tapak kilang dan tapak pembuangan sisa kilang nadir bumi di Bukit Merah di sini. Selain melawat tapak mereka turut bertemu penduduk di situ bagi mendapat pandangan dan maklum balas berhubung isu itu yang pernah menghantui penduduk sekitar di situ. Kilang ini telah ditutup 20 tahun lalu hasil bantahan penduduk dan keputusan mahkamah. Namun kes itu sangkut di Mahkamah Persekutuan sehingga sekarang.

Rombongan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) sempat bergambar dengan
sampel tanah yang telah diambil dari Bukit Merah ketika lawatan itu
Difahamkan selepas kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang mula beroperasi ianya akan menjana sisa dalam kuantiti yang banyak ke perkarangan kilang dalam pelbagai bentuk. Ianya termasuk Flue gas desulfurization Residue (FGD), Neutralization Underflow Solid (NUF), Water Leach Purification Solid (WLP) dan lain-lain. Kebanyakan daripada bahan-bahan beradioaktif Torium (Th-232) dan Uranium (U-238) akan disalurkan ke saluran sisa tunggal yang dipanggil WLP dengan jumlah kadar radioaktiviti 62.3 Bq/g. Selain itu, 64.000 tan sisa WLP akan dijana setiap tahun, bersamaan dengan saiz 63 kolam renang Olimpik dan sisa-sisa berkenaan mengandungi 106 tan Torium dan 5.6 tan Uranium."Kalau orang kata kilang LAMP di Gebeng ini selamat, saya cabar mereka itu datang di kawasan kilang (nadir bumi) di Bukit Merah ini dan tinggal di sini untuk beberapa tahun," tegas Bun Teat lagi. sumber
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment