Monday, March 26, 2012

RG2011... Isu Scorpene ke mahkamah Perancis

 

http://lh3.ggpht.com/-14siZWgSzJY/T2mghhcLUGI/AAAAAAAACi0/uAicHcTfBbw/s720/2012-03-21.jpg

Oleh Aspan Alias

Saya secara peribadi menunggu begitu lama untuk mendengar kes yang dibawa ke mahkamah Perancis oleh SUARAM berhubung dengan isu Scorpene , 2 buah kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia 4 tahun yang lalu. Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM7.3 billion dari syarikat gergasi Perancis DCNS yang dikatakan telah membayar komisyen kepada orang-orang dan pemimpin tertinggi Malaysia.

Mengikut undang-undang Perancis membayar komisyen kepada pihak-pihak atau agen yang membeli peralatan pertahanan itu adalah salah dan haram dari segi undang-undang. Undang-undang dan etika nampaknya jauh berbeza diantara Perancis dengan Malaysia.

Di Malaysia membayar dan menerima komisyen dalam sesuatu pembelian besar-besaran seperti, komisyen itu merupakan perkara biasa kerana rakyat Malaysia membiarkan perkara ini berlaku berluas-luasa. Malahan di Malaysia kalau pemimpin dan orang-orang yang berpengaruh tidak dapat komisyen, transaksi seperti pembelian peralatan pertahanan seperti ini tidak akan dapat dilakukan. Ia sudah menjadi budaya dan elemen komisyen itu adalah perkara yang wajib berlaku.

Akhirnya kes ini akan didengar dimahkamah Perancis setelah begitu lama tertangguh oleh kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan. Cynthia Gabriel, pengarah SUARAM telah menyatakan kelegaan beliau kerana akhirnya kes ini akan dibicarakan dimahkamah di Perancis tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, orang ramai diminta bersabar menunggu sehingga SUARAM mengadakan sidang akhbar esok untuk mengetahui butiran lanjut tentang kes ini dan perbicaraan tentangnya di Paris tidak berapa lama lagi.

Isu Scopene ini telah menjadi isu hangat tidak berapa lama dahulu kerana pembelian kapal selam dari syarikat DCNS Perancis dilakukan semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan dan dalam jangkamasa yang sama beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Kes ini memang menjadi isu yang menjadi minat ramai kerana ini melibatkan wang rakyat yang berbillion-billion. Rakyat sudah letih mendengar isu wang rakyat yang dipergunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin tertentu tanpa merasa kesian terhadap rakyat dan negara serta generasi yang akan datang.

Kita tunggu sahaja sidang akhbar penting ini esok.


19 Comments

Anonymous Anonymous said...

Sehinga melibatkan pembunuhan kejam ratu Mongolia Altantuya di Shah Alam kerana komisyen!!!

18 March 2012 15:57:00 GMT+08:00

Blogger wonder why said...

Altantuya akan dipanggil jadi saksi dalam kes ini.Nama2 siapa akan disebut dalam mahkamah kelak.Beliau hanya mahu komission bahagian beliau sahaja. Yang lain pandai2lah awak bahagikan mengikut % yang disetujui.

18 March 2012 18:12:00 GMT+08:00

Anonymous matpenang said...

Pak aspan,

Adjust bagi meletup masa seminggu dua nak undi. Lepas bn tumpang kita buka file penyamun satu persatu.

18 March 2012 20:13:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Sudah tiba masanya bagi kita semua rakyat malaysia menuntut supaya pemimpin2 durjana yg ada sekarang ni ditolak dari kerusi empuk pimpinan.
Sudah tiba masanya bagi pemimpin durjana ini diheret ke mahkamah bagi menjawab setiap persoalan yg bermain di minda rakyat.
sudah tiba masanya bagi kekayaan negara dinikmati oleh rakyat jelata.

18 March 2012 21:41:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Jangan fitnah Najib. Dia memang Menteri pertahanan ketika pembelian Scorpeon tu. Kan dia dah kata memang tak kenal pun Altantuya.

Yang terima komisyen berjuta2 tu bukan Najib PM tu. Najib tak tau menahu pun tentang jual beli Scorpeon tu malah dia tak pernah pun tandatangan apa2 dokumen berkaitan jual beli tu. Jangan fitnah dia. Najib tu warak..dah naik Haji. Tak mungkin orang jahat akan pergi haji. Ini bukti Najib tidak terlibat.

Yang sms kepada Razak Baginda malam terbunuhnya Altantuya tu sebagaimana dakwaan Bala bukan Najib PM kita...tapi Najib lain. Mungkin Bala pekak dan rabun mata bila diberitahu Razak tentang sms Najib yang beliau terima atau tersalah baca screen hp sebab rabun dekat.

Baraangkali Najib lain yang akan diheret ke mahkamah Perancis tu...bukan ke ramai yang bernama Najib di dunia ini. Tak mungkin Haji Najib PM yang terbabit. Kalau ditakdirkan dia terbabit, itu mungkin konpirasi. Tak mungkin Najib PM yang terbabit. Bukankah Najib PM kita dah buktikan sistem kehakiman Malaysia serta mahkamah di Malaysia ini bebas ?.

Apa pun...dalam GE 13 nanti..manusia bernama Najib Bin Razak itu harus ditendang ke longkang sejarah sejauh2nya. Pastikan dia tak bangun2 lagi. Jangan jadi warga Malaysia yang bangang hanya kerana duit sekupang dua. Mana2 pemimpin dajal harus disingkir dari tampuk pemerintahan negara.

Muga "segala kisah tersembunyi" akan terdedah semuanya sepanjang perbicaraan mahkamah di Perancis. Memang sial Malaysia kalau PM kita benar2 terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

19 March 2012 00:25:00 GMT+08:00

Anonymous MAHApenipu said...

Tak lama lagi keturunan2 Joseph Goebbels akan memutarbelitkan fakta2 disemua media massa utama utk tipu org2 kg yg sememangnya jahil politik dan IT.Ataupun tiada langsung berita dari Perancis disiarkan atas arahan ROSmoney kpd majoriti pemberita2 dayus Msia.

19 March 2012 02:18:00 GMT+08:00

Anonymous Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Time for Jibby and Rosey to call the doctor to make sure there's enough supplies of midazolam or diazepam.

19 March 2012 02:24:00 GMT+08:00

Anonymous Anti Pembelit said...

Nampaknya,PRU13 bulan April atau tahun depan.Pening.....pening.Ros..
Ros...Ros...Rosak program ana.

19 March 2012 02:30:00 GMT+08:00

Anonymous apanama pun boleh said...

Jib keluar peluh betina,Ros keluar peluh jantan....kpl selam timbul diPerancis pulak.Nampaknya Baginda kena hilangkan diri atau dihilangkan.

19 March 2012 03:19:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Aku perhatikan surat khabar UMNO BN seperti Utusan Meloya, Berita Hairan, NST, The Star dan beberapa lagi jarang2 benar sentuh kes Scorpeon & Altantuya ni walau pun kes ini wajar diberi keutamaan kerana melibatkan ratusan juta wang rakyat.

Pimpinan UMNO BN juga langsung tak berani nak sentuh bukan saja kes ini malah banyak kes2 lain yang semuanya membabitkan hangusnya ratusan juta malah billion RM duit pembayar cukai, mulut mereka terkunci untuk berkata2 dan bercakap mengenai perkara2 lebih penting yang sepatutnya menjadi keutamaan justru melibatkan hak rakyat kebanyakan.

Anihnya mereka ini yang mendakwa pejuang dan pelindung rakyat khususnya melayu hanya tergerak hati nak bercakap tentang moral Anwar, tentang video seks, tentang tangkap basah pemimpin PR dimana kebanyakan isu2 ini sangat kabur, tidak jelas malah langsung tidak melibatkan se sen pun duit rakyat Malaysia, tapi mereka sengaja mengabaikan isu yang lebih besar dan terpenting.

Jenis pemimpin apa mereka ini ?. Bagi saya pemimpin begini hanya memimpin untuk membawa kerosakan kerana kemahuan dan nafsu peribadi lebih menjadi keutamaan mereka. Setiap individu atau pemimpin yang cuba membongkar kerja2 kotor mereka dianggap musuh dan diserang walau dengan apa cara asalkan rahsia dan kerja kotor mereka dapat ditutup serapatnya. Tapi..Allah maha besar, Allah Maha berkuasa. Sebaik mana pun mereka berusaha untuk menutup, tapi bau bangkai hasil kerja mereka sukar untuk dibendung lagi.

Tolong beritahu saya..BERJUANG HARAM JADAH APA JENIS PIMPINAN BEGINI ? MEMBELA RAKYAT APA KE BENDANYA KALAU ISU UTAMA LANGSUNG TIDAK DISENTUH SEBALIKNYA MENCIPTA ISU DAN MENYERANG PEMIMPIN LAIN YANG LANGSUNG TIDAK MENYELEWENG HARTA NEGARA. PEJUANG TENGKORAK KEPALA MAK BAPAK APA PEMIMPIN2 UMNO BN KATOGERI BEGINI ?.

Kalau anda sayangkan negara, sayangkan keturunan serta masa depan anak cucu cicit anda...pastikan pimpinan UMNO BN ini dibuang dari menerajui kepimpinan negara Malaysia kerana 50 tahun lebih memegang kuasa...kita dan Malaysia makin teruk dan jauh ketinggalan berbanding tetangga terdekat.

Aku rasa tak aman dan tenteram lagi tinggal di negara Malaysia dimana hakim sendiri jelas tak mempedulikan lagi soal motif bila membicarakan kes2 penting seperti pembunuhan. Ini jelas berlaku dalam kes pembunuhan Altantuya tu. Tak tahulah aku samada hakim tu sendiri yang bengap atau ada pihak yang telah membengapkan beliau menyebabkan sistem kehakiman kelihatan seakan mandul. Tak pernah terjadi sebelum ini di mana2 perbicaraan mahkamah pun tapi di Malaysia di bawah pentadbiran BN..segalanya BOLEH..negara juga BOLEH HANCUR dikerjakan puak2 tamak haloba ini!

Jangan jadi tunggul dan tukang angguk lagi. Tumbangkan UMNO BN !!! Negara yang ketara bukan bermajoriti Islam seperti Perancis nampaknya lebih bertanggungjawab dan telus dalam perkara2 sepenting ini berbanding Malaysia. Lekehnya negara ku ini kerana kerja UMNO BN !

19 March 2012 11:15:00 GMT+08:00

Anonymous matpenang said...

Salam pak aspan,

Kemarin saya pi tesco kepong. Situ hq rupanya. Saya berborak dengan sorang pegawai. Dia kata tesco kelantan mencatatkan rekod kutipan antara yang tertinggi selain hq dan ampang. Mencecah jutaan pada hujung minggu.

Investor tak takut pun pada peraturan syariat. Jumaat depa cuti, kaunter lelaki asing, pompuan asing. Arak tak jual.

Tapi kita semakin serabut. Negara jadi serabut. PATI tak terkawal. Ekonomi baik hanya dalam lapuran bercetak, tidak menjadi realiti pada kehidupan rakyat.

UMNO dah tak keruan. UMNO nak perang tapi dengan senjata yang lama. Perubahan zaman tak sempat disedari dek kerana rakus mengaut harta rampasan perang. Tak lama dah pak, sikit lagi....UMNO akan tersungkur.

19 March 2012 12:27:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Dato
Tidak boleh menaruh harapan sangat. Mahkamah Perancis ini pun adalah antara yang rasuah dan memihak kapada pemerintah.Kes ini melibatkan syarikat milek kerajaan Perancis.Ada pemimpin politik Perancis yang telibat dengan penjualan senjata kapada negara dunia ketiga.

19 March 2012 17:25:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Salam Pelayar Blogger,

Ya ALLAH, Segala yang berlaku atas ketahuan Mu YaALLAH,
Ya ALLAH Kau tunjukkan kepada hamba2Mu kebenaran semasa kami maseh bernafas. Kau anugerahkan Rahmat Mu kepada kami yang kerdil ini, yang sentiasa dianiaya oleh puak2 yang sentiasa menindas kami dan menderhakai Mu Ya ALLAH.
Lindungulah kami dari "dajjal" ini Ya allah, DAN RAHMATILAH HIDUP KAMI DI DUNIA DAN AKHIRATMU YA ALLAH TUHAN YANG MAHA BESAR... AMIN

19 March 2012 20:49:00 GMT+08:00

Anonymous Quiet Despair said...

Anon 20.49

Bukankah kita diajar berdoa untuk kebaikan semua umat Islam. Bukannya berdoa minta menjatuhkan orang lain.
Hanya Allah berhak menentukan seorang itu dajjal atau pihak menindas.
Allah sendiri akan menjatuhkan bala kepada mereka jika benar mereka derhaka kepadanya.
Nampak you all free saja to condemn kerajaan. Takde pula Gestapo datang menangkap you all.
Rakyat Lee Hsien Loong tak bebas macam kita. Tapi you all bukan main puji lagi.
And with regard to Scorpene, let's wait for the court to convene.
Maybe there's no case to answer.

20 March 2012 00:02:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

QD betul ler doa nonymousMar 19, 2012 05:49 AM....memang dia doa yg umum la tu....xde sebut sapa2 pun...
ke ko terasa ko termasuk puak dajjal atau penindas tu?..Untuk anom yang berdoa...mehh ramai2 kita aminkan. Doa org terinaya ni makbul...Aminnn!!!

20 March 2012 10:50:00 GMT+08:00

Anonymous Alam Flora said...

Anon 20:49

Betullah kamu ni tak sekolah dengan mendoakan untuk menjatuhkan orang lain. Lihatlah "Dajjal" moden telah marah dan tak mahu mengaku bahawa dia memang spesis tu. Lain kali jangan gunakan istilah Dajjal kerana kaum yang buta hati dan buta perut (pinjam kata TG Nik Abd Aziz) akan marah dengan istilah tersebut. Kan lebih manis dan lebih bersopan dan santun kalau kamu gunakan istilah "munafik" untuk golongan tersebut dan pasti mereka akan gembira dan berterima kasih kepada anda.

20 March 2012 16:23:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Tahniah Tan Sri. Walaupun sudah terlembat tetapi it's better late than never.

20 March 2012 16:57:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

@QD

kahkahkah...hello bro...sudah goyah kah?
anon 05:49 xsebot sapa2 pon bro...tapi ayat bro QD macam da admit je sape dajjal sebenar di m'sia ni..kahkahkahkah...

Allah da jatuhkan bala da bro..Allah da tarik perlahan2 kemakmuran m'sia bro..xkan bro xnmpak lagi..ni'mat ni Allah da tarik...xkan nak tunggu bala besar baru bro nak kata Allah bagi bala?

aku nak tanya la bro...napa bro benci sangat ngan nuar bro?nuar da buat ape kat bro n famly bro?

20 March 2012 17:29:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Sedap betul baca komen-komen diatas ..rasa puas tanpa perlu tokok tambah. semua cukup rasa :)

20 March 2012 18:55:00 GMT+08:00


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment