Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini ingin merakamkan tahniah buat semua calon SPM 2011 yang mendapat keputusan. Walau apa pun keputusan tersebut akuilah ia adalah hasil apa yang diusahakan selama ini menjelang peperiksaan tersebut.
Namun ingatlah apa pun keputusan yang diperoleh hari ini ingatlah ia bukan pengakhiran tetapi jadikan ia platform pemulaan dalam mencorak hidup ke alam dewasa yang lebih mencabar.
Jika keputusan agak mengecewakan jangan mengalah, sebenarnya bagi manusia yang benar-benar mampu menggunakan potensi diri mereka adalah kurang penting di mana kita bermula tetapi yang penting di mana kita berakhir nanti.
Proses pendidikan seharusnya bukan sahaja berteraskan peperiksaan semata-mata tetapi proses berterusan dalam pembinaan insan.
Dalam kegirangan meraikan keputusan usah dilupa dengan jasa pendidik, ibu bapa dan keluarga di sebalik kejayaan tersebut. Anda juga ada peranan besar kemudian nanti dalam menggalas tanggungjawab selaku anak muda Malaysia.
Di kesempatan ini juga SAMM ingin menarik perhatian semua untuk meneliti fakta mengenai berapa ramai lagi masih ketinggalan.
Kita terlalu menumpukan dengan statistik seramai 559 orang dari pada 468,808 calon SPM mendapat gred cemerlang tertinggi (A+).
Tetapi kita tidak juga harus lupa mengenai fakta pada 11 Januari 2012 yang lalu disebut oleh menteri pertahanan bahawa 8 peratus daripada 6,667 orang pelatih PLKN buta huruf.
Memandangkan PLKN menumpukan pengambilan di kalangan bekas calon SPM dan jika statisti ini menjadi penunjuk, maka dari 468,808 orang calon SPM, kira-kira 37,504 orang ialah buta huruf.
Ini satu angka yang amat besar dan jika kelompok ini terus ketinggalan dan dipinggirkan ia pasti akan memberikan impak besar dalam struktur sosio masyarakat negara ini.
Perhatian yang khusus harus diberikan dalam isu ini dan jika berdasarkan angka ini maka seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dasar pelajaran negara ini.
Mohon mana-mana ahli parlimen untuk bangkitkan dalam persidangan parlimen dan harap menteri pelajaran mampu tampil memberikan penjelasan dan dapat memberikan tumpuan kepada bidang kerjanya selain dari kerja-kerja politik khususnya menyerang pembangkang semata-mata.
Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin bergiat sebagai pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment