Monday, March 26, 2012

RG2011... Negara Yang Konon-Konon FREEDOM OF THE PRESS ... tapi lebih jelek lagi.

 

Salam alaik,

Setiap Presiden Amerika dan pihak media Amerika kalau berada dimana-manapun mencanangkan FREEDOM OF THE PRESS.

Selalu sangat dengar komen-komen mereka dok bantah negara-negara lain sebagai begitu ketat dan zalim terhadap Wartawan.

Mari kita analisa siapa yang lebih terok, lebih keji dan lebih zalim.

Untuk menutup SKANDAL kematian puluhan wanita dan kanak-kanak di Abyan Yemen akibat serangan DRONE AMERIKA, pihak Yemen digesa Amerika untuk membuat cerita baru, iaitu serangan itu dibuat oleh Jet Pejuang Yemen dan yang mati semuanya PENGGANAS.

Namun, pada ketika itu seorang wartawan Abdulelah Khaider telah berada di situ dan merakam foto-foto mayat-mayat mangsa dan juga serpihan besar bom-bom dari sememangnya dari DRONE. Beliau telah menafikan berita rasmi lalu menghantar bahan-bahan tersebut ke kebanyakan media.

Akibatnya, pihak Amerika telah memaksa Yemen untuk memenjarakan wartawan antarabangsa Abdulelah Khaider atas pelbagai alasan tidak munasabah, termasuklah AGEN AL-QAEDAH.

Setelah hampir 2 tahun meringkuk di dalam penjara, Abdulelah diampunkan atas dosa MEMBERITAHU KEBENARAN KEPADA DUNIA. Namun belum sempat beliau melangkah keluar pintu besi, Presiden Obama telah membuat panggilan telefon ( seperti yang dikemukakan oleh WIKILEAKS ) kepada Presiden Abdullah Saleh supaya terus memenjarakan wartawan itu.

Itulah dia isiperut OBAMA dan siapa sebenarnya dia.

Saya galakkan sahabat untuk meninjau berita di link ini.

Dalam pada itu, Duta Amerika telah memberi amaran kepada semua wartawan Yemen di dalam sebuah sidang akhbar. " JIKA ANDA MAHU SELAMAT HIDUP SEBAGAI WARTAWAN, MAKA DENGAR CAKAP PIHAK AMERIKA. ".

Bongkak betul.

Pada masa yang sama, majikan Abdulelah iaitu Washington Post dan 2 lagi media terkenal di Amerika telah diberi amaran oleh pihak kerajaan untuk tidak membuat liputan ke atas kes Abdulelah. Benar. Mereka samasekali tidak membuat liputan walaupun Abdulelah ialah antara wartawan mereka yang sangat bernilai di Asia Barat.

Akhir sekali, sangat rasmi wartawan yang dipenjarakan di seluruh dunia kerana MEMBAWA BERITA KEBENARAN.

Maka sahabat-sahabat jangan diperbodohkan oleh mana-mana BERITA-BERITA RASMI.

Dengar dan lihat. Tapi jangan percaya serta-merta.

Fikirkan terlebih dahulu dan bincang dengan rakan-rakan.

Lepas itu buat keputusan.

-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment