Wednesday, March 7, 2012

RG2011... Penjawat awam terima bayaran tunggakan Mac atau April

 

Penjawat awam terima bayaran tunggakan Mac atau April

08/03/2012 2:30pm

PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.
"Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.
"Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.
Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain. - UTUSAN


From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, March 8, 2012 12:57 PM
Subject: Re: RG2011... PENGUMUMAN PM berkaitan Penjawat Awam (8 Mac 2012 - 10.45 pagi)

 
Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini. Ada maklumat tak bila pelarasan ini akan berkuatkuasa...1 April ke?


From: Ms.Hazlin Khan <Lin_Chomel@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, March 8, 2012 11:38 AM
Subject: RG2011... PENGUMUMAN PM berkaitan Penjawat Awam (8 Mac 2012 - 10.45 pagi)

 
PENGUMUMAN PM berkaitan Penjawat Awam (8 Mac 2012 - 10.45 pagi)

1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM yang ditambahbaik
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas Perkhidmatan Awam
3. Pelarasan Gaji SSM
- 13% : Gred 1 - 54
- 9% : Gred Khas (JUSA)
- 8% : Turus 2 & 3
- 7% : Turus 1 & KSN
4. Struktur Gaji Matriks ditukar kepada Haji Min - Maks dengan kenaikan gaji tahunan, Gred 1-54 (RM 80.00 - RM 320.00), JUSA (kekal sedia ada SSM)
5. COLA dinaikkan
- Kawasan B : RM 200.00 kepada RM 250.00
- Kawasan C : RM 100.00 kepada RM 150.00
6. BIPK, BIW, BIP & BISP - dikekalkan pelaksanaan
7. Penambahbaikan laluan kerjaya Guru-Guru berdasarkan Time Based sptmana diumumkan dalam Bajet 2012 dikekalkan
 


InsyaAllah.............

http://beritasemasa.com/sbpa-terbaru-cuepacs#comments 




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment