Monday, April 30, 2012

RG2011... Fwd: Luahan Hati Seorang Anak Polis

Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...

Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?

Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...

Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...

Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...

Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?

Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...

Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...

Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?

Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...

Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....

Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara.AYAH KAU LA WIRA KU....

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fwd: Pihak Yang Melancarkan Bersih Di Mekah Dan Madinah Kini Disiasat Polis Arab Saudi

Seperti yang kita semua sedia maklum, dua pelancaran BERSIH 3.0 telah diadakan oleh aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah pada pagi 26 April 2012.

Tujuan pertemuan adalah bagi melahirkan sokongan terhadap objektif perhimpunan BERSIH 3.0 di Malaysia dan kononnya sebagai keperihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi bagi memastikan keadilan dan ketulusan di dalam pilihanraya tidak terhenti di Malaysia sahaja.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengaku sebagai aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah ini terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang mengikuti bidang pengajian agama tajaan Kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan umrah.

Pelancaran BERSIH 3.0 di Mekah

Tarikh : Khamis, 26 April 2012

Lokasi: Di hadapan premis Restoran D'Saji, Hotel Al Safwa, Mekah

Masa : 9.30pagi – 10.30 pagi

Pelancaran telah disempurnakan oleh Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia dan turut ditemani oleh timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sekitar jam 10.00 pagi.

Kehadiran sekitar 20 rakyat Malaysia yang majoritinya memakai baju kuning yang mempunyai logo Bersih 3.0. Antara yang menyertai majlis tersebut adalah beberapa pelajar-pelajar Malaysia tajaan Kerajaan Saudi yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Ummul Qura, Mekah termasuk barisan Exco Persatuan Pelajar Malaysia Mekah.

Terdapat juga penglibatan golongan professional dalam pelancaran tersebut, dan yang ketara adalah Dr. Mohd Taib Wahid, seorang pensyarah dari Universiti King Abdul Aziz , Jeddah.

Hj. Azzam Mustapa dari Nokia Mekah.

Hj. Khairani, bekas kakitangan Tabung Haji Travel and Tours (THTS) yang kini menguruskan agensi pelancongannya sendiri.

Sebelum pelancaran disempurnakan semua peserta yang terlibat duduk di meja hadapan Restoran D'Saji untuk bersarapan pagi dan seterusnya memakai baju kuning dangan logo BERSIH 3.0 yang dibawa oleh Nasrudin Tantawi dan mendengar ucapan Nasrudin .

Antara beberapa isu-isu yang diucapkannya adalah perkembangan politik semasa di Malaysia, isu rasuah, keperluan bagi semua rakyat Malaysia menyokong BERSIH 3.0 serta berjihad secara demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi keadilan yang sebenarnya.

Selepas itu bersih 3.0 dilancarkan dengan mereka memegang kain rentang BERSIH 3.0 dan mengambil gambar secara beramai-ramai berlatar belakangkan Restoran D'Saji.

Pelancaran BERSIH 3.0 di Madinah

Tarikh : Khamis, 26 April 2012

Lokasi: Di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah

Masa : 9.30 pagi – 10.00 pagi

Majlis pelancaran di Madinah telah diatur oleh Hj. Khuzaini, Nokia ,Madinah dan majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Mokhtar Senik selaku AJK Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pahang sekitar jam 9.40 pagi.

Kehadiran sekitar 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana telah berkumpul dengan memakai baju BERSIH 3.0. Antara yang hadir adalah pelajar-pelajar Malaysia tajaan Kerajaan Arab Saudi yang menuntut di Universiti Islam Madinah termasuk barisan Exco dari Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Madinah atau PERSADA. Turut menyertai mereka beberapa jemaah umrah Malaysia yang kebetulan berada di sana.

Di Madinah mereka yang berkumpul tidak dapat mengadakan majlis dalam masa yang lama kerana bimbangkan polis yang mengawal Masjid Nabawi mengetahui kegiatan mereka. Hanya dengan memakai baju BERSIH dan seterusnya memegang kain rentang BERSIH 3.0 serta mengambil gambar.

Namun begitu polis Masjid Nabawi berjaya juga mengesan aktiviti mereka melalui CCTV dan satu laporan telah dihantar kepada pihak atasan.

Pihak berkuasa tempatan melalui agensi Istikhbarat Al-Fedaraliyah iaitu special branch telah melakukan siasatan tentang Bersih dan dikatakan risikan mereka telah mendapat info penglibatan beberapa NGO antarabangsa yang berkiblatkan yahudi bersama dengan Bersih.

Segala bukti- bukti kukuh dari segi gambar-gambar yang dirakam dari CCTV sekitar Restoran D'Saji, Masjid Nabawi dan yang disebarkan melalui internet kini telah berada di tangan pihak berkuasa Arab Saudi.

Mengikut maklumat yang diterima pada mulanya pihak berkuasa tempatan tidak menyedari pelancaran Bersih 3.0 di Mekah. Mereka hanya dapat mengesan selepas penyiasatan dilakukan berhubung pelancaran di dalam perkarangan Masjid Nabawi Madinah.

Bagi perhimpunan di Mekah, pihak pengurusan D'Saji telahpun diminta untuk memberi perjelasan dan membuat surat akaun menafikan mereka terlibat dalam majlis tersebut.

Difahamkan pihak kedutaan Malaysia juga telah dipanggil oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk siasatan lanjut. Sehingga tulisan ini disiarkan belum ada maklumat lagi samada pihak kedutaan telah bertemu dengan pihak berkuasa Arab Saudi atau pun belum.

Selain itu pihak berkuasa juga sedang mengadakan penyiasatan dan akan menghubungi kafil-kafil (sponsor) para pelajar dan profesional terbabit bagi tujuan siasatan.

Berdasarkan perkembangan di atas, berkemungkinan besar semua pelajar-pelajar Malaysia yang terbabit dan dibawah tajaan Kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya , dan bagi yang bukan pelajar tajaan pula mereka mungkin akan dikenakan tindakan lain termasuk kemungkinan diusir keluar dari Arab Saudi.

Kes ini juga berkemungkinan akan menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ianya boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan ketat.

SOURCE http://sel13.com/archives/2117

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Saksi lihat kereta polis langgar peserta Bersih

Dari awal rakaman..rasanya tidak seperti yg dicanangkan sblm ini..tgk dari awal..Bila dah ramai semua jadi berani..mcm tu ke anak jantan..kenapa nak belasah org...kalu dah berani sgt..lepas terbalikkan kereta polis tu..tunggu..belasah lagi polis yang datang serbu..cam tu anak jantan..dah nak sgt merusuh...setakat belasah polis dan terbalikkan kereta lepas tu lari..cam jaguh kampung je..satu sen pun x dapat..setidaknya buat lari kereta polis pastu pu jual dapat jugak jual buat besi buruk...jgn marah ye semua..just tgk rakaman yg ada..perhimpunan ok tapi bola dah ramai..jadi berani..pastu lari..emmm..kalu nak merusuh..merusuh betul-betul biar padan dgn datang dari jauh dan..fikirlah sendiri rakyat malaysia..siapa yg untung dan siapa yg dok tergelak lepas ni?

Sent from che we nyer

On 30 Apr 2012, at 16:52, Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com> wrote:

Aslani M, 29 Apr 2012
KOTA BHARU: Ketika Bersih 2.0 pada Julai tahun lepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilanggar sebuah kereta polis semasa membonceng motosikal menuju ke Masjid Negara.
Pada kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah kereta polis didakwa dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan Mohamad.
Dan semalam kejadian hampir serupa berulang kembali apabila beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 juga dilanggar kenderaan polis.
Banyak saksi bergambar dimuat turun dalam internet mengenai insiden tersebut.
Malangnya gambaran sebenar mengenai insiden berkenaan tidak diberitakan dalam media arus perdana, sebaliknya secara total menyalahkan peserta Bersih, kononnya bertindak ganas.
Shamsuddin Mat Daud dari Berek 12 dekat sini, yang melihat kejadian tersebut berkata, sebuah kereta polis melintasi kawasan orang ramai tidak jauh dari pusat membeli belah Sogo.
"Ketika itu kereta Waja tersebut bergerak perlahan-lahan. Kemungkinan selepas itu berlaku provokasi di mana saya lihat ada peserta yang melontarkan botol minuman ke arah kenderaan polis.
"Selepas melepasi kawasan yang sesak dengan orang ramai, kereta itu memecut laju. Saya tengok tiba-tiba merempuh beberapa lelaki yang berada tidak jauh dari Sogo.
"Seorang lelaki terpelanting ke atas bonet kereta. Ekoran itu kereta tersebut terbabas dan merempuh tembok di tepi Sogo," katanya yang berada di atas tembok di tepi Sogo ketika kejadian semalam.
Ekoran itu peserta Bersih yang berada di kawasan berhampiran marah kerana ada yang menganggap lelaki yang dirempuh berada di bawah kereta berkenaan.
Menurutnya beberapa peserta menembalikkan kenderaan tersebut bagi memastikan lelaki yang dilanggar ada di bawah kereta atau sebaliknya.
Kata beliau juga peserta yang marah bertindak memukul lelaki yang keluar daripada kereta polis terbabit.
Shamsuddin bersama isterinya menyaksikan kejadian berkenaan memberitahu selepas itu datang ambulans membawa kedua-dua anggota polis yang cedera ke hospital.
Beliau juga melihat dua Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub berada di belakang Sogo selepas terkena gas pemedih mata.
Seorang lagi saksi, Nik Azman Nik Mahmood dari Tumpat berkata, ketika kereta polis melanggar peserta Bersih beliau berada berhampiran Medan Mara.
Katanya, selepas itu beliau bergegas ke tempat kejadian dan melihat kereta Waja diterbalikkan.
Menurut beliau orang ramai mulai bertindak kasar selepas mereka terkena tembakan gas pemedih mata dan dibasahi water canon.
Seorang veteran PAS dari Cheras, Ali Abdullah, 63 berkata, sekiranya tidak berlaku provokasi sudah tentu perhimpunan semalam berlangsung dengan aman.
Beliau juga bimbang ada pihak luar yang menyelinap masuk dalam kumpulan peserta Bersih dengan melakukan provokasi sehingga mencetus beberapa kekasaran.
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

Tuan2 Dan puan2 sekalian... Maaf sya nk btanya...

Mcm mana dgn kerosakan harta benda awam Dan kerugian peniaga2 seperti kami??  Adakah kami yg tidak berpihak dimana2 pihak harus terima akibatnya? Sya tak mangatakan kerajaan yg Ada skrg betul smuanya.. Tp anjuran program yg sepatutnya niatnya bersih tp telah mngotorkan kawasan awam (trutamanya pd kami yg tak mahu terlibat) terasa kesanynya. Mungkin pembangkang Perlu gunakn saluran yg lebih berkesan selain anjuran program seperti ini dimana para penyokong yg suka bertindak agrasif tidak merosakkn harta benda awam.. 
Mungkin sya pun Akan Melawan jika sya ditindas 1 hr nti.. (walaupun skrg sya tidak penah mdapat apa2 bantuan dr kerajaan, juga tidak marah Sbb sya blm Ada apa2 utk dmarahkn).. Tp jgn lah sampai mengheret insan2 lain yg tak Ada apa utk dprotes TERSEPIT...

Keadaan begini sya rasa Ada mngutungkn (bg pihak2 yg trlibat) tp Apekah nasib pihak2 seperti kami yg tak mau campur tngan.. Kerana kami Ada menerima kerugian bila RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN...
Ataupun bila PR memerintah kelak... Semua yg peserta terlibat (secara langsung atau tidak) dlm usaha Melawan kerajaan UMNO Akan mndapat sesuatu yg lbh baik dr apa yg kita dpt skrg? 

Saya agak confius dgn keadaan skrg.. Sbb kerajaan skrg mmg bnyk kesilapannya.. Tp cara begini pun nmpak tak elok oleh mata asing..tambahan lg ia meninggalkn kesan kerosakan awam. 

Sent from my iPad

On Apr 30, 2012, at 8:54 PM, zahrol zahrol <z_zahrol@yahoo.com> wrote:

Dia orang ni puak ortodok

From: Mohd Yusof <modysof@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, April 30, 2012 1:53 PM
Subject: Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

"Saya lihat PR lebih angkuh kerana hanya membela puak-puak mereka saja. UMNO pula berkhidmat untuk kebajikan semua. Semua diberi peluang. Hanya yang tak berkemampuan untuk rebut peluang saja akan salahkan pihak lain.
Bagi saya, o.k saja walaupun tak kaya tetapi mencukupi." -- 
rhirowati

Kenyataan sebegini sengaja memutarbelitkan fakta hanya menampakkan kejahilan berdaya saing di luar kotak minda yang jumud. Bahawa persepsi 'UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO' adalah seumpama dua anggota jasad yang tidur sebantal namun masih mengharapkan belas ehsan rakyat untuk terus memilih kerajaan yang jelas kuasa domainnya di kalangan UMNO sendiri - parti yang rasis.

Apakah yang diharapkan lagi untuk menjaga kebajikan semua kaum jika prioritinya cuma menjaga kepentingan puak sendiri demi survival.. Berdemonstrasi di dalam sebuah negara demokrasi yang lebih 50 tahun merdeka adalah sebagai menyatakan bantahan setelah kritikan suara majoriti rakyat berjaya ditangkis -- itu pun setakat di dalam parlimen sahaja! 

Mungkinkah kesilapan 'memilih' akan berulang lagi? Apakah kerana agenda 'perang saraf menjajah pemikiran' sudah hilang arah dan backfired? Nyatakan kebenaran biar pun pahit untuk diluahkan. Bottom line ialah kebangkitan yang mencabar kepimpinan orang Melayu yang bersikap 'telunjuk lurus kelinking berkait' kian mekar dalam memori para peserta Bersih 3.0!

From: al- Mujahid <al.mujahid65@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "wanzailan@ajikl.com.my" <wanzailan@ajikl.com.my>
Sent: Monday, April 30, 2012 12:14 PM
Subject: Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

apa yg kamu lihat itu hanya dalam lingkungan pemahaman skop lingkungan kamu.
apa yg kamu lihat, apa yg kamu dengar, apa yg kamu baca, dgn siapa kamu bergaul, itu akan membentuk siapa diri kamu.
tdk diketahui tahap proaktif pemikiran kamu terhadap sesuatu isu, berita. samada kamu terus hadam atau selidiki dulu.
sesuatu yg terjadi tergantung pada asbab musabbabnya, mustahil terjadi dgn sendirinya. ini sunnahtullah.
bila kamu sebutkan hal politik kepartian, salah menyalahkan itu adat.
di bangku sekolah lg kita dididik begitu, dalam pertandingan debat ada pihak pembangkang dan kerajaan.
dah namanya pembangkang, mesti akan membangkang habis-habisan, dan dah namanya pihak kerajaan mesti mempertahankan habis-habisan.

nampaknya kamu belum kenal apa itu demokrasi, kamu belum kenal apa itu kapitalis, kamu belum kenal apa itu politik.
berkenalanlah supaya kamu tdk hanyut.
kenal diri kamu, insyaAllah akan kenal akan Tuhanmu.

"kecintaan kamu terhadap sesuatu itu akan membuatkan kamu buta dan tuli"

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "wanzailan@ajikl.com.my" <wanzailan@ajikl.com.my>
Sent: Monday, 30 April 2012 10:41 AM
Subject: Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

     Saya lihat PR lebih angkuh kerana hanya membela puak-puak mereka saja. UMNO pula berkhidmat untuk kebajikan semua. Semua diberi peluang. Hanya yang tak berkemampuan untuk rebut peluang saja akan salahkan pihak lain
Bagi saya, o.k saja walaupun tak kaya tetapi mencukupi.
 
rhirowati - rhirowati

From: Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com; perisikrakyat@yahoogroups.com; renungan_iktibar@yahoogroups.com; relexjap@yahoogroups.com; penawarku@yahoogroups.com; sahabatinteraktif@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; sedarlah@yahoogroups.com
Sent: Monday, April 30, 2012 9:24 AM
Subject: Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

cara paling lembut untuk sedarkan pemimpin umno yang angkuh, sombong, rakyat jadi hamba mereka
----- Original Message -----
Sent: Sunday, April 29, 2012 12:08 AM
Subject: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

Hari ini rakyat di ajar dan di didik melawan pemerintah melalui demonstrasi.

Mereka sangka apabila mereka dapat kuasa dan memerintah negara mereka mudah menegakkan keadilan, amankan negara,  rakyat boleh relaks dan hidup bahagia.

Kalau anda berfikiran sedemikian............ anda silap.

Kerana ketika itu pihak lawan tidak akan duduk diam .

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Saksi lihat kereta polis langgar peserta Bersih

Ikuti kejadian yang sebenar berlaku melalui kacamata blogger pro-pembangkang yang tidak asing lagi - Ameno World.
http://amenoworld.blogspot.com/2012/04/penjelasan-kejadian-sebenar-isu-kereta.html
 
Blogger Ameno World didalam blognya disini - http://amenoworld.blogspot.com/2012/04/konspirasi-serangan-dataran-merdeka.html - merasa amat menyesal kerana menyertai BERSIH kali ini dan beliau juga telah mengangkat tangan tanda surrender  kerana merasa amat malu apabila menyedari penyokong BERSIH ini telah dipergunakan.

Bacalah.. Blogger korang ni...

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: mat rock <matrocke1@gmail.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; IG <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; Pak Belang Groups <pakbelang@yahoogroups.com>; Chainz of Frenz group <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 30 April 2012, 16:52
Subject: RG2011... Saksi lihat kereta polis langgar peserta Bersih

Aslani M, 29 Apr 2012
KOTA BHARU: Ketika Bersih 2.0 pada Julai tahun lepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilanggar sebuah kereta polis semasa membonceng motosikal menuju ke Masjid Negara.
Pada kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah kereta polis didakwa dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan Mohamad.
Dan semalam kejadian hampir serupa berulang kembali apabila beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 juga dilanggar kenderaan polis.
Banyak saksi bergambar dimuat turun dalam internet mengenai insiden tersebut.
Malangnya gambaran sebenar mengenai insiden berkenaan tidak diberitakan dalam media arus perdana, sebaliknya secara total menyalahkan peserta Bersih, kononnya bertindak ganas.
Shamsuddin Mat Daud dari Berek 12 dekat sini, yang melihat kejadian tersebut berkata, sebuah kereta polis melintasi kawasan orang ramai tidak jauh dari pusat membeli belah Sogo.
"Ketika itu kereta Waja tersebut bergerak perlahan-lahan. Kemungkinan selepas itu berlaku provokasi di mana saya lihat ada peserta yang melontarkan botol minuman ke arah kenderaan polis.
"Selepas melepasi kawasan yang sesak dengan orang ramai, kereta itu memecut laju. Saya tengok tiba-tiba merempuh beberapa lelaki yang berada tidak jauh dari Sogo.
"Seorang lelaki terpelanting ke atas bonet kereta. Ekoran itu kereta tersebut terbabas dan merempuh tembok di tepi Sogo," katanya yang berada di atas tembok di tepi Sogo ketika kejadian semalam.
Ekoran itu peserta Bersih yang berada di kawasan berhampiran marah kerana ada yang menganggap lelaki yang dirempuh berada di bawah kereta berkenaan.
Menurutnya beberapa peserta menembalikkan kenderaan tersebut bagi memastikan lelaki yang dilanggar ada di bawah kereta atau sebaliknya.
Kata beliau juga peserta yang marah bertindak memukul lelaki yang keluar daripada kereta polis terbabit.
Shamsuddin bersama isterinya menyaksikan kejadian berkenaan memberitahu selepas itu datang ambulans membawa kedua-dua anggota polis yang cedera ke hospital.
Beliau juga melihat dua Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub berada di belakang Sogo selepas terkena gas pemedih mata.
Seorang lagi saksi, Nik Azman Nik Mahmood dari Tumpat berkata, ketika kereta polis melanggar peserta Bersih beliau berada berhampiran Medan Mara.
Katanya, selepas itu beliau bergegas ke tempat kejadian dan melihat kereta Waja diterbalikkan.
Menurut beliau orang ramai mulai bertindak kasar selepas mereka terkena tembakan gas pemedih mata dan dibasahi water canon.
Seorang veteran PAS dari Cheras, Ali Abdullah, 63 berkata, sekiranya tidak berlaku provokasi sudah tentu perhimpunan semalam berlangsung dengan aman.
Beliau juga bimbang ada pihak luar yang menyelinap masuk dalam kumpulan peserta Bersih dengan melakukan provokasi sehingga mencetus beberapa kekasaran.
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Re: HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

Salam

Hmm.. Memang DAH makan TUAN pun...

http://shuhmy.multiply.com/journal/item/34?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem ( "Raja Dan Rakyat Patut Bersatu, UMNO Setapak, Kuala Lumpur" )

http://no2umno.wordpress.com/2008/02/22/ ( Kenapa senyap bila ahli Umno berdemonstrasi? )

http://umno-online.com/?p=37685 ( Lebih 500 Orang Asli Adakan Berdemonstrasi Bantah Ladang Rakyat )

http://www.izoblog.com/koh-tsu-koon-kutuk-demo-umno/ ( Koh Tsu Koon KUTUK demo UMNO )

InsyaAllah SWT.. Sekuat mana kerajaan yang menyeleweng itu.. lambat laun, rakyat akan PASTI bangkit menentang mereka..

Dan apabila sampai ajalnya.. Kerajaan sekuat manapun.. PASTI tidak mampu melawan TAQDIR Allah SWT..

[18.98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

[10.105] "Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju ugama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '."

[10.106] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

[10.107] Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

From: amri el wahab . <amriwahab@gmail.com>
To: keluarga-islam@yahoogroups.com; nur_islam@yahoogroups.com; syiar-islam@yahoogroups.com; renungan_iktibar@yahoogroups.com; suraukampung@yahoogroups.com; taman2syurga@yahoogroups.com; idaman_group@yahoogroups.co.uk; baidurigroup@yahoogroups.com; malaysianews@yahoogroups.com; chainz_of_frenz@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com
Sent: Sunday, April 29, 2012 12:11 AM
Subject: [chainz_of_frenz] HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

Hari ini rakyat di ajar dan di didik melawan pemerintah melalui demonstrasi.

Mereka sangka apabila mereka dapat kuasa dan memerintah negara mereka mudah menegakkan keadilan, amankan negara,  rakyat boleh relaks dan hidup bahagia.

Kalau anda berfikiran sedemikian............ anda silap.

Kerana ketika itu pihak lawan tidak akan duduk diam .

Kerana mereka akan pastikan buntut pemimpin pemerintah dan penyokongnya sentiasa panas tak senang duduk dan tak boleh tidur.

Kerana Demonstrasi Jalanan yang mereka taja hari ini pasti akan makan tuannya esok.

======================================================================================