Thursday, April 26, 2012

Re: RG2011... Jangan jaga tepi kain orang?

 

saya tak becakap pasal zahida itu pun
komen saya umum saja
saya menyokong dengan apa yg di kata oleh ummu waheedah
ade masalah ke?
apa hal yg rasa terganggu sgt?


From: Darwish <d4rwish@gmail.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, April 27, 2012 8:35 AM
Subject: Re: RG2011... Jangan jaga tepi kain orang?

 
izana. takde sape selak kain sape2 sini.kain zahida tu kena selak kat pie apdal maybe laa kot.
rumah zahida 3 tingkat  kos 4 juta + renovate sejuta.berserta pondok pengawal rumah.blom termasuk 5 biji kete besar2 dia lagi.duit tu sume sepatutnya hakmilik rakyat luar bandar / org susah di malaysia ni.saya berharap SPRM siasat dlm2 kes ni.jgn jadi sprm (saya pencacai rosmah mansur) udah le.desas desus  dgr dia kawin tahun 2010 di london.mereka berdua menafikan yg dorang dah kawin dan xde pape hubungan.pasni bila kes naik court,ada bukti sume, jgn plak kata, ehh kitaorg baru menikah smlm.tlg jgn jaga tepi kain org.tu dia kata lagi.sumbat je jenis mcm ni ke lokap.patutnye dia diberi amanah utk agihkan duit ke fakir miskin, dont swallow too much pie apdal.izana klu x suka group ni,sila2 kan lah ehem.no wonder dah lama x berlakon skrg. 1 month u get 1.5 mil.woww.tahniah zahida.bertuah sungguh anak mami ni.serupa la mcm mak mami lembu k.ijat.parti umno serupa sampah.harghhh ptuihh.

On Apr 26, 2012, at 9:42 AM, Izana Hani <izanahani@yahoo.com> wrote:

 
saya agak setuju juga,
dalam "jangan jaga tepi kain orang"
terlalu banyak sudah kain orang diselak dalam email group nih


From: Ummu Waheedah <assakynah@yahoo.com>
To: ingatan group <ingatan@yahoogroups.com>; falaah <al-falaah@yahoogroups.com>; respect <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, April 25, 2012 12:40 PM
Subject: RG2011... Jangan jaga tepi kain orang?

 
Ketika saya mengulas/komen tentang artis Zahida Rafik (yg tak saya kenal pun), ada seorang pembaca yg melontar email yg berbunyi "permainan duniawi mcm tu la. jaga tepi kain sendiri sudah lah. nak sibuk2 hal orang lain buat apa. tak dapat apa pun kan. takde manusia yg sempurna.". Nampak nada email ini seperti seorang sufi Bagus lah perangai macam ni, cuma rasanya adalahlebih baik jika keluhan/kesalan tersebut diajukan kepada penerbit rancangan MELODI, GALAXY, HIPtv tdan entah hapa lagi rancangan mengumpat artis di media hiburan.

Alhamdulillah setakat saya hidup selama ini belum sekali pun saya keluar duit untuk beli majalah hiburan. Malah akhbar Utusan pun saya tak beli, kalau saya baca, hanya dari internet sahaja. Ruangan artis ni bukan minat saya. Cuma sesekali kita kena lihat juga gelagat mereka untuk dijadikan iktibar dan ditegur jika melampaui batas agama.  Ini kerana ramai remaja dan masyarakt tua pun menjadikan artis sebagai ikutan, mereka seronok borak pasal artis, seronok komen baju artis yg jalan atas tikar merah, seronok ambil tahu kisah hidup artis yg suka tukar pasangan atau bercerai berai.Seronok jaga tepi kain artis.!

Komen saya berkenaan kisah Zahida ini hanya satu komen yg biasa bukannya sentuh hal peribadi pun.Hanya sentuh laporan yg dia buat ke atas bekas pemandunya, itu pun sebab dia sendiri yg sohorkan hal ini. Lagi pun kes ini ada kaitan dengan pemimpin kita (salah seorang menteri ) apakah seorang menteri yg ada hubungan (sekalipun sbg suami artis) patut berbelanja sebegitu mewah? Sepatutnya seorang artis tahu bagaimana nak tutup aib sendiri dan tahu tutup aib suami atau rakan kongsinya. Sebelum buat laporan polis fikirlah kesannya kepada kehidupan sendiri dan kesan kepada masyarakat (fikir tentang fitnah dan sebagainya).

 Dan kita sebagai warga bukan artis seharusnya sedar bahawa apa yg melibatkan pemimpin wajib kita ambil tahu kerana ia ada kemungkinan melibatkan wang rakyat. Kerana itu kita perlu tegur menegur, ingat mengingati sesuai dengan  Firman Allah s.w.t dalam surah ali imran ayat 104 maksudnya "
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. "

Jika anda  obses dgn pepetah melayu dan taat kpd pepatah melayu supaya jgn jaga tepi kain org itu hak masing2.Jangan pula halang orang lain berbuat baik dan halang mungkar.  Jgn jd sahabat iblis.  Seharusnya kita org islam ni sentiasa upgrade pegetahuan dan amalan . Jangan lah ketegak dan merasa cukup dengan amalan ala kadar sahaja. Kita tidak disuruh mengumpat atau menperkatakan sesuatu yg tak ada faedah seperti memperkatkan tentang bentuk badan artis, dimana dia berbelanja, Siapa kekasihnya dll yg tak ada faedah pun.   Fahamkan apa maksud jaga tepi kain orang tu dulu.
 
Mari Bersama kita bertekad, Menjadi Generasi Tiada Hari Tanpa Qur'an




--- In ingatan@yahoogroups.com, Ummu Waheedah <assakynah@...> wrote:
>
> T/K en nizam, saya tau tau Tweet. FB adalah tu pun x terlayan.
>
> Dgn email nizam ni dapat gak tgk/baca tweet....
>
> Suke sy baca zahida sebut nama Allah s.w.t  mudah2an ada rasa takut dgn Allah bukan setakat takut2kan org shj. Maklum sekarang ni musim org sumpah, tak kira sumpah seranah atau sumpah dgn nama Allah s.w.t. Sumpah ni mudah tp nak tegak hukum yg susah.
>
> sekarang ramai yg sebut nama Allah s.w.t walau pun diri mrk tak tunduk perintah Allah s.w.t.  Yer la Allah tu tuhan semua mahluk, semua orang boleh sebut nama tuhan. Malah Iblis pun sebut nama Allah juga.
>
>
> Masalah artis/menteri ni ialah tindakan mrk mendatangkan rasa was-was org keliling. Kalau dah nikah buatlah cara dah menikah tak payah suruh org lain jaga isteri sendiri dan tak perlu jumpa sorok2. Kata takut Allah s.wt tp tindak tanduk nampaknya lebih takut kpd manusia.
>
> Nak tuduh org tabur fitnah? bukan semudah itu. Driver dia akan jawap sebab dia punya laporan polis yg akan dipersoalkan. Blogger ker wartawan ker hatta ADUN yg bawa kes ni ke parlimen sekalipun hanya bergantung kpd laporan polis si driver tu.  Menteri masih wajib jelaskan dari mana dapat duit yg didakwa diberikan kpd  artis tu , kalau dia dapat  beri jawapan yg munasabah, then tak ada masalah. Tutup kes tau dakwa semua si driver tu. Namun   hayat politik pak menteri  mungkin akan padam. Terulang kpd pengundidi Sabah.
>
>
> Kita lihat gelagat menteri UMNO dan isu2 dalam UMNO sejak kes RTC lagi, macam ni lah. Kalau tak rasuah, perempuan.Kalau tak perempuan, jantan pulak.Sebagai rakyat kita jelak dah baca isu2 mcm ni.Kalau mak datin (Isteri pemimpin ) pula  mesti isunya membazir duit dgn gaya hidup mewah sedang rakyat terkial2 nak cukupkan duit belanja bulanan. Nak salahkan  mrk 100% pon tak patut sebab pemimpin ni rakyat yg pilih.  Rakyat bodoh akan pilih pemimpin tak ada kualiti.  
>
>
> >________________________________
> > From: nizam penang <nizam_bgchik@...>

> >Subject: PANAS!! ZAHIDA RAFIK JAWAB TUDUHAN DAN SHAFIE APDAL!!

> >Penyamun Blog tolong Jawab Jap.!

> >Sejak beberapa hari ini kita didendangkan dengan dakwaan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin kononnya wujud skandal di antara Datuk Shafie Apdhal, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan seorang artis, Zahida Rafik.
> >
> >Tuduhan yang dilemparkan ialah artis tersebut dibayar RM1.5 juta untuk perhubungan sulit dengan Menteri tersebut.
> >Dan segalanya itu ekoran daripada kenyataan bekas pemandu peribadi beliau sendiri yang sebelum ini didakwa songlap wang Zahida Rafik.
> > mengatakan yang beliau percaya bekas pemandu peribadi itu sengaja mencipta fitnah untuk mendapatkan duit segera daripada pihak tertentu & sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam.
> >
> >Zahida Rafik melalui Twitter
> >>Menjawab pertanyaan beberapa orang awam melalui Twitter berkaitan bayaran minima RM100,000 yang beliau terima setiap kali bertemumenteri tersebut, Zahida Rafik tegaskan yang beliau bekerja keras untuk apa yang ada sekarang ini.seterusnya
> >>
> >>Lihat twitter Zahida Rafik di bawah :
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >Artis Zahida Rafik telah menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan Shafie Apdhal. Tindakan undang-undang akan menyusul terhadap individu yang menabur tuduhan tersebut.
> >
> >
> >
> >
>










__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment