Monday, April 30, 2012

Re: RG2011... Biarlah Lembu dengan kelembuan nya, jangan kita manusia di lembukan!

stengah manusia mcm nilah..
dah boleh pakai 2 bijik kereta (utang) tu kira senang..
boleh pulak impot amah indon,lepas rogol boleh dihantar pulang,tu pun kira senang..(bukan Rais)

dah boleh masuk u,wpun berutang siap riba dengan ptptn pada hari pertama jejak ke manara gading tuh, dia kira senang dan mudah jugak..(aku heran)..

pada dia kesenangan sejemput yg dirasai itu sudah lebih dari syurga gamaknya,sehingga dia terpaksa buat2 tutup matalah(wpun dia yg suruh bukak mata),pada kemungkaran orang atasan dia yg melemparkan kesenangan itu...cubalah luang masa sikit,baca apa tuntutan bersih..bukan bodoh beratus ribu orang tu nak keluar jalan raya menghadap polis2 yg dengan senang hati melempar gas pemedih mata dan air racun ke tubuh badan mereka...

di dalam setiap tuntutan bersih itu terkandung kekotoran pemimpin, yang mahu disuruh sembah syukur pd mereka!  biar benar bersih dulu, lalu kitapun tiadalah membangkang membuta tuli, dan kita bukanlah golongan senang yg dengan tenang menutup mata hati kpd kekotoran yang dibuat orang atas itu...

ini bukanlah cerita bersih, tapi cerita apa yg dituntut bersih,jika mereka memahami isi tuntutan itu, maka tiadalah keluar cerita pakai 2 bijik kereta boleh kata mudah,sesungguhnya hidup bukanlah semudah yg digambarkan dalam email 2-3 rangkap...nak susun list kita pun boleh, si anu anak abu darjah enam pun boleh,tapi apalah guna medan ini dijadikan arena perang List?

komplen/tegur yg membina usah dibakul sampah,nanti ujub dan sombong itulah yg bakal menjahanam bangsa,teguran yg baik dengarlah,ubahlah, yg senang nanti kita juga,tak kira kiri atau kanan...

jikalau mahu dibakul sampah juga,maka nantilah...rakyat sendiri yg datang BERSIH kan segala sampah,waktu itu usahlah banyak bicara,kerna rakyat yg berjuta itu bermacamlah peelnya memBERSIHkan sampah, bukan tong sampah yg ditungging, Malah kereta jugak bisa ditungging..nak cari sampah...waktu itu, jgn lah marah,kerna rakyat sudah menyampah! dalam hati menyumpah nyumpah, tanah air tempat darah tumpah dah jadi sarang kaki perasuah! habis bangsa dipecah belah oleh umco yg tunggu nak rebah!

cisss
hang tuah!

On 4/27/2012 12:07 PM, A. Bakar Attan wrote:
 

Alhamdulillah...dengan segala tuduhan dibuat...maka rakyat Malaysia dah ada tiap2 umah 2 biji kereta....terpaksa import amah untuk bantu even average family....makin ramai anak Melayu masuk University dan ada degree( MElainkan yang buat maksiat di Dataran Merdeka), makin banyak sekolah dan specialist hospital dibuat....makin mudah nak bergerak dari Singapore hingga ke Thailand...dari kl hinga ke Kota Baharu....

 Orang2 Felda makin kaya,,,tak habis nak lists..Azan berkumandang bersambung-sambungan  every second from place to place...tiada perang, boleh minum teh tarik dan tengok bola tanpa dihujani peluru atau bom....

 

Boleh p sma dan masaage seperti dimerata2 tempat di Selangor....tak habis kalau nak lists...

 

Yang tak nampak atau saja2 buat tak nampak ...belajar2 lah bersyukur...

 

Orang kecewa dan malas jer yang akan tercicir dan complaining all the way...

 

Sore looser!!!!

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of roslan mohd
Sent: Monday, 23 April, 2012 11:41 AM
Subject: RG2011... Biarlah Lembu dengan kelembuan nya, jangan kita manusia di lembukan!

 

 

Oleh sakmongkol AK47

Semenjak tahun 1981( kurang lebih ketika seorang yang bernama Mahathir Mohamed) mengambil alih jawatan presiden UMNO dan PM, UMNO menyimpang dari perjuangan asal. Ianya bukan lagi parti yang mendahulukan rakyat, tapi mendahulukan diri sendiri, kaum keluarga, sahabat, kroni, yang boleh menangis bila bertemu, dan Melayu UMNO. UMNO dah jadi parti yang rasuah, melanun dan merompak kekayaan negara ini.



setiap tahun RM20-30 billion hilang melalui rasuah. Dalam masa 10 tahun, RM1300 billion atau RM130 billion setahun telah hilang. Jumlah ini separuh daripada bajet negara. Bayangkan jika jumlah ini di kembalikan ke dalam bajet negara dan di agihkan kepada belanja pembangunan, negara kita akan lebih sejahtera. Akan tetapi sebab kita ada kerajaan yang penuh dengan lanun dan perompak, negara kita musnah dan ranah.

Setiap harga tender adalah harga yang di UMNOkan. PLUS sepatutnya menelan belanja hanya RM 3 billion, tapi di koskan kepada kerajaan sebanyak RM 6 billion. Operator PLUS sudah mengutip RM 18-19 billion, maka apa perlu lagi operator ini meneruskan perniagaan mengutip tol?

Biarlah lembu terus menjadi lembu, jangan kita, terutama orang Melayu pula menjadi lembu. Projek MRT di berikan kepada Gamuda-MMC kerana MMC milik penghulu kroni dan serial plunderer of our nation’s wealth. Gamuda ada kaitan dengan keluarga di Raja Perak. Harga RM 50 billion sangat tidak munasabah dan mengapa kita perlu menggunakan kaedah swiss challenge method, kita tidak faham. Mengapa tender terbuka tidak di buat. Jawapan nya, harga muktamad projek MRT belum kita ketahui. Yang kita tahu ialah kos nya akan di UMNOkan.

Bila harga dan nilai sesuatu projek di UMNOkan bermakna, kos nya di tambah 30-40%. Ini sesuai dengan DEB kan? Kecuali bumiputera yang untung melalui dasar tersebut ialah kelompok PUTERA dari istilah BUMI-PUTERA. Putera bangsawan, putera pemimpin politik, putera2 elit- mereka yang untung. Rakyat bumi tertingal dan di tinggalkan di belakang dan bila mendapat RM 500 atau RM 100, di iringi dengan leteran panjang lebar bagaimana berjimat cermat.

Wakil peneroka yang menyetujui penyenaraian FGV menandatangani warrant mati peneroka Felda. 360,000 hektar tanah Felda holdings dan segala asset yang lain akan di pindahkan kepada FGV.

Setelah tempoh bulan madu habis dan durian runtuh habis, peneroka akan merana dan akan menjadi hamba abdi kepada FGV. Apabila bajet tahunan FELDA hanya tinggal RM 400 juta, peneroka akan sedar bahawa Felda tidak ada wang untuk mebayar gaji dan menyenlenggara rancangan felda seluruh negara. Pegangan KPF yang hanya sekitar 35% dalam FGV akan untung hanya jika pengurusan FGV pandai berniaga dan melabur. Ia tidak ada rekod untung kecuali 2 tahun kebelakangan ini. itu pun dengan melakukan silap mata- kos di tanggung oleh Felda, bahagian untung di ambil oleh FGV.

Wakil KPF yang menyetujui plan penyenaraian FGV akan menanggung tanggung jawab mengkhianati 112,000 peneroka Felda di seluruh negara.

Apa yang UMNO ada untuk jadi releven kepada orang Melayu? Bahkan, UMNO tidak mampu untuk mengakui mereka suara kepada majority orang Melayu. Dalam tahun 2008, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, hanya 2 juta yang menyokong calun UMNO. Mengapa orang Melayu menolak UMNO? Sebab nya ialah orang Melayu memerdekakan diri mereka dari jiwa hamba dan melihat UMNO kekal sebagai struktur yang menyokong system feudal. Kecuali kali ini, UMNO menggantikan raja yang feudal dan menghamba abdikan orang Melayu.

UMNO hari ini hidup dan beroperasi atas beberapa metos; (1) memperjuangkan kepentingan semua orang Melayu (2) memperjuangkan agama Islam dan (3) mempertahankan institusi Raja Melayu. Keutamaan yang di beri kepada metos yang mana, mengikut keadaan semasa.

Bila dirasakan orang Melayu terancam, maka kegelisahan dan ketakutan orang Melayu di utamakan. Negara Malaysia jadi repablik jerit mereka. PM orang Cina laung mereka. Habislah Melayu jika UMNO kecundang. Insitusi Raja Melayu akan di hapuskan. Agama Islam di ancam.

Siapa yang ancam agama Islam? Jika agama Islam lemah, punca utama nya ialah orang yang beragama Islam itu, iaitu Muslim itu lemah. Miskin pada perangai2 mulia yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan- itulah sifat yang terutama ada orang Melayu. Walaupun Zaaba menulis mengenai kemiskinan pada sifat dan perangai2 mulia dalam tahun 1927, apabila saya lihat Ibrahim Ali dan geng2 dia bercakap mengenai perkara perkara ekstrimis, apa yang di nyatakan oleh Zaaba 85 tahun dahulu, masih ada pada orang Melayu.

Berapa jumlah orang kristian di negara kita ini? berapa orang kristian yang ada dalam DAP? Bukankah lebih munasabah jika kristian dalam DAP mengkristian orang2 Cina yang bukan kristian dan tidak ada agama terlebih dahulu , daripada mengkristiankan orang Melayu. Apa masaalah kita jika ada mubaligh kristian yang mengkristiankan orang Asli dan Dayak memeluk agama itu? mereka bukan Muslim sebermulanya.

Masaalah murtad- itu persoalan lain. Ia jadi isiu besar, jika murtad di kaitkan dengan aktiviti mubaligh kristian. Itu pun kita kena tanya, apa sebab orang yang sudah memeluk Islam, menukar agama mereka?

Mungkinkah tarbiyah orang Islam sendiri tidak cukup? Mungkinkah keadaan kemiskinan yang melarat dan keadaan tidak terbela dan peminggiran golongan ini menyebabkan mereka masuk agama lain?

Hanya kerajaan yang tidak bertanggung jawab dan sebuah kerajaan yang menangguk di air keruh dan ingin menjadikan isiu ini modal politik sahaja membesarkan isiu ini dan menjadikan ianya isiu politik. Orang gila akan membiarkan isiu agama di jadikan bahan pergaduhan politik.

Jika kita sayangkan agama Islam, tentu kita boleh menerima bahawa penganut agama kristian sayang akan agama mereka. Lebih baik kita focus kepada menguatkan dan membetulkan aqidah orang Muslim daripada menyalahkan orang lain akan kekurangan dan kesilapan kita sendiri.

Ini sahaja yang di ketahui oleh UMNO dan golongan yang menyokong mereka. Mempolemikkan isiu agama, walhal keadaan orang Muslim mundur dan melarat adalah hasil dari dasar2 dan peranganan pemerinthan UMNO yang lemah.

Dan sekarang bekas presiden UMNO, bekas PM yang mengatakan UMNO is rotten to the core, the government is corrupt from top to bottom, UMNO penuh dengan pimpinan half past six, menggesakan kita terus menyokong UMNO?

Biarlah lembu kekal dengan kelembuan nya, janganlah kita, manusia mahu di lembukan!

 http://sakmongkol.blogspot.com/



"For Business, For Growth, For Life"


The information in this e-mail and any attachments is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee or addressees and any disclosure of the contents of either is unauthorized and may be unlawful. If you are not the intended recipient, please delete the message and any attachments and notify the sender of miss-delivery. No undertaking, guarantee or other obligation contained in this e-mail will be binding on the Bank or the individual officers of the Bank unless it is confirmed via letter on the Bank’s letterhead signed by an Officer of the Bank. Any views expressed by an individual within this e-mail which do not constitute or record the Bank’s official position do not necessarily reflect the view of the Bank.

--

-----------------------------------------#########--------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER.COM
WWW.HARUNYAHYA.COM
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment