sape yg ganas sebenarnye nih???
siapa yg ganas?
cube tengok video yg aku attach ..
siape yg ganas nih?
iskkk...i dunno lah...
siapa yg ganas?
gileeeeee derr! 30 hantam 1
siapa yg ganas?
kalau ye pon 1 by 1 laaaa...
(siapa yg ganas?)
aku heran siapa yg ganas?
(diterbalik)
betapa hairanya aku yg ganasnya siapa?
waduhhhh...
On 4/30/2012 10:47 AM, shreddervirtuoso wrote:
siapa yg ganas sebenarnya ni??
2012/4/29 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
Bersih 3.0: "Peserta Ganas" Atau Polis Mengganas, Media Arus Perdana Di Gesa Hentikan Putar Belit !
PDONampaknya, ramai pihak yang keliru dengan laporan media arus perdana hari ini. Rata-rata mendakwa peserta himpunan Bersih 3.0 ganas terhadap pihak polis dan melakukan berbagai tindakan hingga menyebabkan mereka tercedera. Namun, pernahkah mereka ini sedar bahawa hakikat sebenar yang berlaku bukanlah peserta ganas, tetapi pihak polis yang telah mengganas dan menggasak para peserta sesuka hati mereka. Malah, dalam banyak kejadian peserta bukan dibelasah oleh seorang dua anggota polis tetapi lebih dari lima orang malah mencecah sepuluh orang. Jika ikut laporan media arus perdana memang hanya polis sahaja yang betul, sebaliknya peserta himpunan tidak betul. Tetapi mereka juga harus sedar para peserta terpaksa mempertahankan diri mereka apabila pihak polis mula mengganas. Inilah hakikat yang sebenarnya berlaku dan sengaja diputar belit oleh media arus perdana. Namun, mujurlah ini zaman internet dan era siber. Maklumat lebih cepat diperolehi oleh rakyat tentang sesuatu kejadian itu. Malah, bagi mereka yang tidak ke Kuala Lumpur semalam juga boleh mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat tentang kejadian ini sebenarnya. Oleh itu, usahlah terlalu percaya dengan laporan media perdana yang kerjanya hanya untuk mengampu dan menjadi alat pencacai UMNO Barisan Nasional semata-mata. Justeru, suba lihat foto-foto dan video yang kami paparkan di bawah ini dan fahami benar-benar siapa yang ganas dan siapa yang mengganas agaknya. Sebarkan kepada semua, agar mereka terus berdiri teguh menyokong perubahan pada pilihanraya umum akan datang ini hendaknya.
Flying Kick, apakah ini caranya pihak polis hulurkan salam kepada rakyat
Di belasah cukup-cukup, sambil rambut peserta ini ditarik oleh pihak polis
Bukti, cuba bayangkan siapa yang mengganas dalam insiden ini agaknya
[Soalnya sekarang, siapakah yang mengarahkan agar pihak polis menunjukkan perilaku sebegini agaknya. Selama ini kita hanya melihat kejadian serupa ini berlaku di kaca TV terutamanya bila berita-berita kezaliman tentera Israel terahadap umat Islam di Palestin. Kini, apa yang disajikan kepada kita "saling tak tumpah" seperti apa yang dilakukan oleh Zionis itu. Apakah semua cara ini mendapat ilham dari APCO yang dipercayai syarikat Yahudi yang berkerjasama dengan pemimpin negara kita?. Kini semakin terserlah, pihak polis semakin mengganas dan menjadi rakyat sebagai musuh. Sedangkan mereka sepatutnya menjaga dan mengawal keselamatan rakyat. Amat jelas sekali mereka kini dilatih untuk menggempur dan memperlakukan sesuka hati kepada rakyat yang mahu menuntuk keadilan dalam sistem pilihanraya yang kotor di Malaysia hari ini. Apakah amalan sebegini dihalalkan oleh mereka. Menggasak, mengganyang dan memukul rakyat yang mahu menegakkan kebenaran. Masanya sudah tiba untuk rakyat membuat perubahan pada PRU-13 nanti].PDO[Foto ini dirakamkan di Jalan Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka. Cuba lihat sndiri, jika di sini pun sudah begitu ramai yang hadir untuk sertai Bersih 3.0, maka apakah kerajaan boleh mempersoalkan untuk tidak melayan terhadap tuntutan rakyat terhadap sebuah pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini?. Seperti biasa, alasan yang diberikan peserta ganas dan himpunan haram ganggu perniagaan dan jejaskan ekonomi. Walhal, mereka yang keluarkan arahan supaya semua pihak tidak membuka perniagaan masing-masing pada hari semalam. Kini terbukti bahawa rakyat sudah muak dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO BN dalam setiap kali pilihanraya di negara ini. Kerjasama mereka dengan SPR dan JPN haruslah dibenteras sehingga ke akar umbi. Apa guna kita berhadapan dengan sebuah pilihanraya yang penuh dengan penipuan seperti ini. Soalnya, kenapa mereka takut?. Kerana mereka mahu terus tipu rakyat. Maka itulah mereka takut berhadapan dengan pilihanraya bersih].Bersih 3.0: Reformasi Rakyat Kini Bermula Semula Untuk Bangkit Semangat Perjuangan Anak Muda !!
PDO [Susulan Perhimpunan Bersih 3.0 yang berakhir semalam, kini jelas membuktikan kepada kita bahawa gerakan "Reformasi 98" kini nampaknya bermula semula. Semuanya gara-gara rakyat sudah tidak mahu lagi ditipu oleh pemerintah dan mereka mahu melakukan perubahan. Namun, hasrat tersebut terbatas apabila kerajaan UMNO BN dengan kerjasama SPR iaitu agensi yang bertanggungjawab memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia itu bersih dan adil tiba-tiba bersikap "double standard" dan rupanya bekerja untuk mereka. Apalah ertinya pilihanraya jika gelanggang yang dibuka itu berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan yang memerintah. Semua ini menjurus kepada gelombang kebangkitan rakyat dan ini harus diteruskan bagi kita menegakkan semua kebenaran dan keadilan di atas muka bumi ini. Reformasi 98 kini perlu dibangkitkan semula untuk membangkitkan semangat anak-anak muda supaya terus berjuang demi masa depan negara tercinta ini. Teruskanlah perjuangan !!].
Bersih 3.0: Polis Bertindak Ganas Kepada Peserta
PDO [Video-video panas ini dipaparkan bagi membolehkan semua pihak melihat sendiri kenapa peserta Himpunan Bersih 3.0 menjadi ganas. Semuanya gara-gara mereka kecewa dan geram dengan sikap polis yang bertindak ganas terhadap rakan-rakan mereka yang ditangkap. Justeru, jangan terlalu terpedaya dan terpengaruh dengan laporan oleh media arus perdana kononnya peserta yang bertindak ganas terhadap anggota polis. Soalnya kenapa perlu polis mengganas di tempat lain, sedangkan mereka hanya perlu halang rakyat masuk ke Dataran Merdeka dan bukannya di lokasi lain. Tapi atas arahan pihak atasa bahawa Bersih 3.0 itu "HARAM" maka pihak polis seolah-olah mendapat lesen besar untuk membelasah siapa sahaja yang ditangkap oleh mereka. Anehnya, mereka tidak membelasah pula mana-mana pemimpin UMNO BN yang makan duit "HARAM" selama ini. Soalnya, polis bekerja untuk siapa?. Dalam situasi begini mereka bertindak seolah-olah untuk berperang terus dengan rakyat. Jika ini keadaannya, apakah kita dapat saksikan sebuah pilihanraya yang adil dan saksama berlaku di negara kita selepas ini?. Ia kerana pihak polis juga akan diberi tanggungjawab menjaga perjalanan pilihanraya tersebut. Jika ini sikap polis, maka sudah pasti kita akan berhadapan dengan satu situasi yang lebih meragukan dan mengecewakan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya].
Laporan tidak rasmi, diterima mengatakan salah seorang peserta himpunan Bersih 3.0 yang dilanggar oleh kereta Waja yang dipandu oleh seorang anggota polis yang berusia 24 tahun telah meninggal dunia sebentar tadi. Difahamkan, mangsa berkenaan berbangsa Cina dan kepalanya telah terperosok di bawah kenderaan polis yang melanggar beliau. Kejadian berlaku di hadapan Komplek Sogo dan melibatkan empat orang mangsa termasuk beliau yang parah ketika. Laporan media arus perdana mengatakan, peserta terbalikkan kenderaan polis keran tindakan ganas adalah tidak benar sama sekali, kerana mereka berbuat demikian untuk menarik mangsa yang tersepit di bawah kenderaan polis itu. Susulan kejadian ini, pihak polis dipercayai "teruja" dan mula menggila menahan sesiapa sahaja yang masih belum meninggal ibu negara pada masa ini. Mereka ditahan dan telefon bimbit pula dirampas. Pihak polis kini kemungkinan besar "trauma" dengan apa yang berlaku. Tindakan hingga menyebabkan kematian adalah sesuatu yang sukar dimaafkan oleh rakyat Malaysia sebenarnya. Difahamkan juga, dua orang lagi peserta cedera parah di muka, patah tengkok dan sebelah mata. Akibat kejadian ini, umum sudah mengetahui kemungkinan besar polis akan membuat bedah siasat dan mengatakan mangsa meninggal dunia kerana angin pasang, sakit jantung atau lain-lain. Kita tunggu laporan seterusnya tentang insiden ini.
[Apapun, ramai yang keliru melihat video ini. Apa yang didedahkan oleh media arus perdana mengatakan peserta ganas dan terbalikkan kenderaan polis. Namun pernahkah mereka terfikir dalam situasi begini siapa-siapa akan menjadi bersemangat. Tambahan pula ada maklumat terdapat mangsa tersepit di bawah kenderaan terbabit. Lantaran itulah orang ramai terpaksa terbalikkan kenderaan berkenaan untuk mengalih mangsa. Namun, bila dilihat mangsa tiada maka itu secara kebetulan. Pernahkan kita terfikir siapa yang memulakan insiden ini?. Siapa polis yang melanggar itu dan kenapa dia memakai topi keledar tetapi tidak memakai pakaian seragam polis?. Sedangkan ramai polis memakai pakaian seragama berkenaan. Kenapa dia bawa laju di kawasan yang penuh dengan orang ramai?. Ini satu kesalahan yang wajar diambil tindakan berat. Bukan melihat kepada tindakan ganas peserta. Di mana-mana pun yang terjadi kejadian sebegini pasti orang ramai akan berbuat demikian. Malah, ada pemandu yang dipukul dan kenderaan mereka di bakar gara-gara melanggar penduduk sesebuah kawasan itu. Inilah fenomena yang berlaku sebenarnya. Maka, orang ramai bukan sengaja terbalikkan kenderaan tersebut. Tetapi mereka mahu selamatkan mangsa yang dipercayai terhimpit di bawah kenderaan itu. Malah, anggota polis yang melanggar itu diselamatkan oleh beberapa orang peserta berkenaan. Jika tidak pasti beliau akan dipukul hidup-hidup sebenarnya jika benar orang ramai mengganas. Maka itu, usahlah terlalu taksub dengan laporan media yang mendakwa kononnya peserta ganas].
Terkini: Chegubard Dan YB Tian Chua Di Tangkap !
PDOMaklumat terkini dari Bersih 3.0 mengatakan, pemimpin muda Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) telah ditangkap oleh pihak polis. Turut ditangkap ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Profesor Abd Aziz Bari. Turut ditangkap ialah Saudara Sani (SAMM). Difahamkan, mereka berdua telah dibelasah dengan teruk oleh pihak polis (foto) dan kini berada di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak. Difahamkan, lebih 700 orang lagi peserta himpunan Bersih 3.0 yang telah ditangkap dan ramai diantara mereka dibelasah teruk oleh pihak polis sebelum dibawa ke Pulapol. Kejadian ini sungguh memalukan dan membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN semakin takut untuk berhadapan dengan suara rakyat sebenarnya.Bersih 3.0: Polis Mengganas Terhadap Orang Ramai
PDORamai peserta Himpunan Bersih 3.0 yang ditemui kecewa dengan sikap pihak polis terutamanya Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang tergamak menyerang mereka tanpa belas kasihan. Polis begitu menggila dan sanggup lakukan apa saja semata-mata diarahkan berhadapan dengan rakyat yang tidak berdosa. Mereka hadir dari seluruh negara untuk satu harapan iaitu bagi menyaksikan pilihanraya yang lebih bersih dan adil berlaku di negara ini. Malah kehadiran mereka bukanlah untuk menimbulkan keadaan huru-hara dan kacau bilau sebenarnya. Mereka hanya mahu "duduk bantah" di Dataran Merdeka seperti yang dirancang. Namun, dek kerana ketakutan pemimpin UMNO BN terutamanya Perdana Menteri, Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin Hussin maka polis diarahkan "berperang" dengan rakyat yang jumlahnya melebihi 100,000 orang itu. Ramai yang berpendapat, jika pun polis tidak benarkan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka, maka mereka tidak perlu menggempur para peserta. Tambahan pula mereka yang hadir terdiri dari orang tua, ibu mengandung, wanita, kanak-kanak dan termasuk juga orang kurang upaya (OKU). Maka, tindakan polis melepaskan gas pemedih mata dan water canon kepada para peserta yang berhimpun berhampiran Dataran Merdeka itu sungguh keterlaluan. Sepatutnya, polis membuka pagar dan kawad duri yang mereka letakkan demi keadilan dalam sebuah negara demokrasi. Kenapa takut untuk benarkan peserta berhimpun di Dataran Merdeka?. Apakah Najib gusar warna kuning menghiasi segenap sudut padang itu dan menyebabkan seluruh dunia akan percaya bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang?. Maka itulah sebabnya, beliau tidak mahu mendedahkan kepada dunia situasi sebenarnya Bersih 3.0 agaknya.Bersih 3.0: Dua Parah Di Langgar Oleh Kereta Polis
PDO
Satu kejadian yang tidak diingini berlaku dalam himpunan Bersih 3.0 hari ini. Ia berikutan tindakan pihak polis mellanggar empat orang peserta Bersih 3.0. Difahamkan dua diantara mereka cedera parah dikepala kerana termasuk ke bawah kereta polis yang langgar tersebut. Malah dalam kejadian yang berlaku di depan Komplek Sogo itu, dua orang lagi cedera patah tangan dan luka dikepala. Polis bertindak agresif dgn peserta Bersih 3.0 dengan melurukan kereta terus kepada peserta yang berada di tepi jalan. Tindakan polis yang tidak bertamadun ini harus diambil tindakan dan tidak sewajarnya berlaku.Bersiih 3.0:Akibat Tindakkan Keras Polis ?selatanonlinePolis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air dalam pertembungan dengan ribuan peserta yang membantah reformasi sistem pilihan raya hari ini, meningkatkan risiko tindak balas politik yang mungkin menyebabkan pilihan raya umum yang dijangka pada Jun ditangguhkan.
Polis pencegah rusuhan bertindak balas terhadap sesetengah peserta - sekurang-kurangnya 25,000 orang - daripada cuba merempuh penghadang ke Dataran Merdeka mendapat perintah larangan mahkamah daripada dimasuki. Mereka melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan mengejar peserta di jalan raya.
Peserta juga bertindak balas dengan membaling botol dan kerusi kepada pegawai polis. Malah, kereta polis diterbalikkan peserta yang marah selepas ia melanggar peserta perhimpunan. Kebanyakan peserta bersurai awal petang tetapi pertembungan tetap berterusan sekali sekala.
"Mereka (polis) minta peserta bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, dengan air mata mengalir disebabkan gas pemedih mata.
"Mereka tidak kisah."
Reaksi polis boleh memberi risiko kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak, yang jika dilihat terlalu keras mungkin memaksanya menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum Mac tahun depan. Pemerhati menjangkakan ia diadakan pada Jun./ReautersPosted by ahmadi"Akutokjanggut" lebih rela menatap surat khabar cina dari membeli Utusan Malaysia yang sentiasa menipu...
akutokjanggut.blogspotDicatat oleh tokjanggutGambar Terbaik Bersih 3.0
addin77.blogspot.
Posted by Addin
Peserta Demo Mengganas - Siapakah Mereka Ini??
Kenapa Mereka Tidak Memakai Baju BERSIH? Kenapa Mereka Nampak Teruja Sangat Memecahkan Sekatan Polis? Siapa Kenal Mereka2 Ini??
KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.
Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.
Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.
Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.
Utusek Malaysia
-bloglistpolitik
Ulasan GB
Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam, Datuk Mohamad Salleh menyatakan "Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan"..
Sekarang timbul persoalan "siapa sebenarnya: yang membuka benteng polis itu?
Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan.
Seperti kata blogger bloglispolitik, mengapa mereka tidak memakai baju kuning BERSIH jika mereka peserta BERSIH 3.0?
Insiden itu menjelaskan lagi bahawa ada provokasi melampau untuk "menjustifikasikan" tembakan gas pemidh mata oleh pihak polis.
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.
اللهم ارنا الØÙ‚ Øقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
comments:
- Anonymous said...
macam polis Tel Aviv...
- Anonymous said...
UMNO dah rancang keganasan, supaya peserta BESIH 3 dikatakan mengganas
- Anonymous said...
siapa bunuh altantuya? siapa arah? siapa serang rakyat yang ikut BERSIH 3?, siapa langgar peserta BERSIH 3???????
- Fais Al-Hajari said...
aku ada dalam gambar ni - perhatikan Unit amal kat belakang lelaku jaket kulit, pakai spek berbandana merah dan berlilit kuning kat leher - dan mangkuk yang pakai jaket kulit itulah siput babi yang aku halau sebab manjang provok polis dan provok peserta utk rempuh barricade.
somehow, depa gak yang start haruk.
- Anonymous said...
teringa lagi aku kes Altantuya?
siapa bunuh Alantuya kalau bukan polis yg bernama azilah hadri dan sirul azhar?
- Amuraria said...
MODAL UNTUK AKHBAR MELOYA SAMPAH DAN PEMFITNAH HAHAHA ,TERMASUK TV3SUKU DAN RADIO TIPU MELAYU !
-----------------------------------------#########--------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER.COM
WWW.HARUNYAHYA.COM
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.
No comments:
Post a Comment