Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Akhirnya Allah s.w.t telah memakbulkan permintaan saya sekian lama agar terbitnya novel saya yang pertama. Insya-allah, novel Gadis Berniqab akan muncul di pasaran, bermula pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang akan berlangsung pada 28 April 2012 hingga 5 Mei 2012.
Insya-allah, saya akan berada di sana pada hari Selasa 1 Mei 2012.
Novel ini berkisar kepada lima hari sahaja, iaitu ketika pertemuan semula Humaira dan rakannya Alice. Dalam lima hari itu, dilakukan teknik flashback/imbas kembali, yang mana ia akan merungkai kisah-kisah silam Humaira. Harganya hanya RM 20 sahaja, diterbitkan oleh Pustaka Azhar.
Apa yang akan anda dapat daripada novel ini?
Anda akan dapat mengetahui bahawa insan adalah insan, mereka tidak terlepas daripada dosa, walau mereka itu orang-orang yang aktif dalam gerakan dakwah.....
Anda akan dapat mengetahui bahawa setiap insan berhak diberi peluang untuk bertaubat. Siapakah yang berhak menjadi dinding penghalang antara insan dan Tuhan kepada insan?
Anda akan dapat membaca sebuah novel yang dilengkapi dengan nota-nota kaki. Hadis-hadis yang digunakan akan disebutkan sumber-sumber kitab hadisnya, serta penilaian para 'ulama' hadis.
Anda akan dapat membaca sebuah novel yang menyokong hak gadis-gadis berniqab yang sering ditindas oleh bukan Islam mahupun saudara seIslam sendiri.
Anda akan membaca kisah unik kasih sayang dua orang sahabat yang berbeza agama, seorang Muslimah, seorang Kristian.
Anda akan membaca soalan-soalan provokasi berkaitan Islam yang dilontarkan oleh insan yang belum menjadi insan lagi.
Insya-Allah, Insya-Allah, Insya-Allah. Inilah yang saya janjikan kepada pembaca novel pertama saya ini.
---------------------------------------------------
Inilah Nasyid yang menjadi background kepada Video Promosi Gadis Berniqab saya:
The Veiled by Dawud Whansby Ali-
Liriknya:
Lyrics
They say, "Oh, poor girl, you're so beautiful you know
It's a shame that you cover up your beauty so."
She just smiles and graciously responds reassuringly,
"This beauty that I have is just one simple part of me.
This body that I have, no stranger has the right to see.
These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty.
Faith is more essential than fashion, wouldn't you agree?
This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
They tell her, "Girl, don't you know this is the West and you are free?
You don't need to be opressed, ashamed of your femininity."
She just shakes her head and she speaks so assuredly,
"See the bill-boards and the magazines that line the check-out isles, with their phony painted faces and their air-brushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns are really not for me.
You call it freedom, I call it anarchy."
This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart and seek the heart of purity.
----
Saya mengenali lagu ini sejak saya tingkatan 4. Ketika itu saya gila nasyid, saya suka Yusuf Islam, Dawud Whansby Ali, dan macam-macam :)
---------------------
Kenapa saya pilih isu gadis berniqab, kenapa novel kedua saya nak fokus isu lelaki berjanggut dan berseluar atas buku lali?
Kerana saya mahu menjadikan sunnah yang kadang-kadang jadi bahan cercaan, kejian dan salah faham ini sebagai satu fenomena, yang mana ia menjadi benda biasa di kalangan masyarakat, hatta kalau tak praktis pun, kurang-kurang kita tidak rasa pelik tengok lelaki seluar atas buku lali, janggut lebat walau umur baru habis SPM dan gadis-gadis berpurdah :)
Purdah dan janggut, seluar singkat hanya isu sampingan sebenarnya. Ada banyak benda lain dalam novel ini Insya-allah.
Purdah dan janggut, seluar singkat hanya isu sampingan sebenarnya. Ada banyak benda lain dalam novel ini Insya-allah.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment