Lakonan Anwar dan Azmin kantoi depan wartawan...
MUKA RIAK ANWAR sudah bertukar Marah....kantoiiiii Pelbagai soalan dilontar kepadanya tentang Isu BERSIH 3.0.Wartawan sudah tahu ANWAR memang kaki Pusing punya.... Ayat ayat biasa dikatakan ANWAR kepada Wartawan..Anwar dan Azmin seperti biasa menganggap wartawan yang bertanya soalan adalah suruhan UMNO dan Barisan Nasional (BN)..ANWAR akan bertanya dahulu, wartawan yang menyoal daripada agensi berita mana....MEMANG BAHASA KURANG AJAR...INI KER MAHU MENJADI PM DENGAN SIKAP AMARAHNYA....MINTA JAUHLAH DARI MANUSIA DURJANA INI.
Mengenai ucapan provokasi Anwar dan Azmin supaya peserta Bersih 'menawan; Dataran Merdeka, Anwar mencelah " Ini soalan UMNIO...Ini soalan UMNO".Kenapa Anwar takut dan mahu temberang kerana sudah ramai tengok video dan nampak jelas beliau beri isyarat pada Azmin untuk bertindak bersama peserta Bersih.Namun timbul persoalan jika benar Anwar dan Azmin bagi signal untuk berunding, kenapa Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India yang dirakam mula-mula sekali membuka pagar keselamatan yang dipasang polis itu.Dalam video tersebut jelas rempuhan itu berlaku hanya beberapa minit selepas Anwar memberikan signal dan Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India memakai baju kuning tersebut.Azmin tidak menghalang lelaki tersebut dari membuka pagar keselamatan itu?
Malah beliau juga bercakap seolah-olah tidak kenal siapa lelaki India dimaksudkan menyebabkan ada wartawan semakin angin kerana tahu Azmin rapat dan mengenali lelaki india yang dikatakan pemimpin PKR dari Negeri Sembilan itu. Azmin akhirnya terperanjat apabila seorang wartawan bangun dan mengakui mendengar Azmin berkata, "Dataran Merdeka...boleh masuk...boleh masuk," .
"Bohong', jerit Azmin menafikan pendedahan wartawan tersebut. Namun Azmin kantoi bila wartawan terbabit berkata dia berada hampir dan dengar apa dikatakan ahli parlimen Gombak itu.
Dalam sidang media di pejabat PKR itu juga, menyaksikan hampir kesemua wartawan tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang cuba mengelak-gelak memberikan kenyataan yang jelas mengenai peristiwa tersebut. Anwar sengaja pusing cerita kononnya kehadiran 300 ribu peserta Bersih menuntut pilihan raya bebas dan adil lebih besar daripada isu merempuh halangan polis hingga berlaku rusuhan dan polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata serta water canon.
Beliau dan Azmin nyata tidak puashati dan terkejut kerana hampir semua wartawan mahu Anwar berterus terang tentang mengenai pendedahan video tersebut termasuk soalan sama dari wartawan pro pembangkang. Apabila Anwar sekali lagi menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media yang dikuasai kerajaan, saya menyergah beliau supaya jangan menyalahkan pihak lain atau UMNO.
Saya beritahu Anwar, " kami semua nak jawapan yang betul apa sebenarnya berlaku kerana ramai yang hadir pada sidang medianya turut berada di Dataran Merdeka dan tengok serta dengar apa yang berlaku."Saya sendiri lihat peserta Bersih pijak kawat besi, rosakkan dengan kon jalan sebelum Datuk Seri sampai. Mereka tidak masuk sebab Datuk Seri tidak sampai lagi...mereka hanya merempuh selepas Datuk Seri berada di situ," katanya. Anwar dan rakan-rakan media lain turut tergamam melihat saya sudah hampir hilang kawalan suara bertanya soalan itu tambahan pula tahu Anwar cuba 'pusing-pusing' jawab soalan diajukan.
Selain wartawan, sidang media itu sedikit kecoh apabila seorang lelaki Cina (gambar kiri sekali baju putih) mendakwa peserta Bersih 3.0 sergah Anwar depan wartawan sebab dia gagal kawal keadaan himpunan tersebut. Beliau memarahi Anwar kerana gagal mengawal himpunan sehingga boleh menyebabkan dia dan peserta lain boleh mati begitu saja,
Anwar bagaimanapun macam biasa, terus salahkan polis. Namun lelaki dikenali sebagai Benjy Lim itu berkeras mengatakan beliau tahu cara operasi polis di negara ini kerana beliau bukan baru sehari hidup sebaliknya rusuhan itu berpunca kerana pembangkang memulakannya.Benjy mendakwa, beliau hadir untuk menyatakan bantahan secara aman bukan berdepan tindakan ganas dicetuskan pembangkang.
Anwar yang tertekan dengan kehadiran pemuda itu meminta beliau membenarkan wartawan bertanya soalan kerana ini sidang media dan berkata, nak melayan Benjy dalam sesi lain.
Kesimpulannya Anwar terpaksa angkat kening dan tahan telinga serta muka dengar macam-macam soalan yang sudah tidak dapat ditepis.
Azmin dan Tian Chua pun sama. Masing-masing jenuh bersilat dan marahkan polis yang didakwa bertindak kasar dan tidak hormati kehadiran ramai peserta Bersih 3.0.Malangnya Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir hanya diam membisu.Jelaslah, beliau adalah boneka PKR bukan presiden parti yang sudah dikuasai Anwar dan Azmin. Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang baru sokong Bersih dan Anwar juga hadir sidang media itu sebagai 'duduk dan dengar' saja.
Selepas sidang media hampir sejam itu, kumpulan wartawan masih merungut memikirkan mengapa Anwar dan Azmin mahu terus main silap mata tentang siapa mulakan isyarat kekecohan di laluan masuk Dataran Merdeka itu. Jawapannya, mereka terpaksa buat begitu kerana ada UMNO dan wartawan yang menjalankan tugas yang boleh dipersalahkan sepanjang masa.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment