Sunday, April 29, 2012

Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

 



masalahnya depa dua tu pengadil,
mana bulih nampak memihak, bukan pasal sokong tak sokong,
kalau dah jadi ahli mesti sokong la,
macam pengadil bola, malaysia lawan sri lanka, pengadil tak boleh dari malasyia atau sri lanka, kena negari lain,
kalau bos spr ahli umno, maka mesti tindakan mereka memihak kepada umno
----- Original Message -----
Sent: Monday, April 30, 2012 10:06 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

elehhhh manyak olang jd ahli saje bkn semestinye jd penyokong???tolx??uncle deng ahli pas xpi deng tgok beratt ke UMNO jerk...xmnjadi kesalahan sekadar menjadi ahli pertubuhan yg berdaftar..

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 26 April 2012 11:14 PM
Subject: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?
 


Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ???

malaysiaberih.blogspot
 
Saifuddin berkata beliau mengetahui butir-butir keahlian Umno Abdul Aziz dan Wan Ahmad.

PETALING JAYA, 26 April — PKR mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, menafikan dakwaan mereka masih memegang keahlian Umno bagi membuktikan mereka adalah berkecuali daripada mana-mana parti politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik Sinar Harian Online berkata, mana-mana anggota SPR tidak seharusnya menganggotai mana-mana parti, dan bersifat berkecuali supaya tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Beliau membangkitkan perkara ini ketika desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam masa terdekat dan mempersoalkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Malah, Saifuddin turut menegaskan, pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno — parti teras Barisan Nasional (BN).

"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno (beliau). Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik," katanya.

"Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," katanya dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya semalam.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno," katanya lagi.

Tambah Saifuddin, kedua-dua mereka seharusnya melepaskan jawatan dalam parti apabila dilantik menganggotai jawatan dalam agensi pengendali pilihan raya tersebut.

"Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat," katanya.

Malah, Saifuddin turut memuji tindakan yang diambil Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, apabila dilantik menjawat jawatan berkenaan.

Tambahnya lagi, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya bahawa Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya mengikuti jejak langkah Speaker Dewan Rakyat terbabit.

"Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut," katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelumnya.

SPR telah menghadapi dakwaan berterusan daripada pembangkang dan badan pemerhati pilihan raya Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), yang mengatakan badan pengendali pilihan raya itu tidak telus dalam daftar pemilih mereka.

Disebalik tuduhan tersebut, SPR telah mengemukakan buku menjawab segala dakwaan dan fitnah berkenaan pada Rabu lalu yang menjawab 12 dakwaan pembangkang dan badan NGO terhadap suruhanjaya berkenaan.

Ekoran rasa puas hati terhadap sistem pilihan raya di negara ini, badan menuntut pilihan raya adil, Bersih telah membuat keputusan untuk mengadakan demonstrasi "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.TMI

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment