ALAMAK..... masih berleluasa lagi kes ni???.... rasanya dh 10 tahun benda ni.x faham aku, apesalla susah sgt nk banteras benda ni..... tpt yg sama, premis yg dijadikan pejabat di tempat yg sama, cuma asyik tukar nama syarikat saja.... pekerjanya majoriti lepasan sekolah, duk tido,makan seme kat opis tu je, bercampur lelaki pompuan.. kalo non muslim x heran la... ni pompuan melayu pun ada gak... chinese boy yg aku borak2 tu pun dh ngaku suda kasi 'love' sama itu malay amoi.... haiyaaa....
JO 9 D
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, July 31, 2012 1:01 AM
Subject: RG2011... Fw: 'Agen Gores' Semakin Ganas,
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, July 31, 2012 1:01 AM
Subject: RG2011... Fw: 'Agen Gores' Semakin Ganas,
Bukti laporan akhbar, pada bulan Julai ini sahaja ada dua kes besar berlaku
di lokasi yang berkenaan. Info selanjutnya sila klik sini dan di sini
'Agen Gores' Semakin Ganas, Mangsa Kian Ramai Tapi Pelik Kerajaan Masih Gagal Bertindak
pahangdaily.blogspot.
KUANTAN, 28 Julai - Orang ramai yang berkunjung ke pusat membeli belah Kuantan Parade dekat sini menggesa pihak berkuasa terutamanya pihak polis bertindak segera terhadap agen kad "gores dan menang" yang kini semakin berleluasa di kawasan letak kereta berhadapan pasaraya itu. Mereka bukan sahaja memerangkap orang ramai dengan tawaran hadiah lumayan yang semuanya "menipu", malah kini sudah mula berlagak samseng dengan mengugut mana-mana mangsa yang enggan mengikuti tawaran mereka selepas kad tersebut digores. Senario ini amat membimbangkan dan ramai orang Melayu yang beragama Islam kini menjadi mangsa.
Pihak berkuasa tidak perlu menuding jari kepada orang awam kononnya "bodoh kerana mempercayai tawaran gores dan menang" itu, sebaliknya merekalah yang perlu mengadakan operasi pemantauan bagi membenteras aktiviti tersebut. Mereka yang menjadi mangsa terkadang "dipukau dengan ilmu hitam" hingga menurut sahaja kehendak agen berkenaan. Malah, mangsa terkadang rela mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak kerana terpengaruh dengan hadiah yang ditawarkan. Banyak laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa namun semuanya tetap sama.
Malah, semakin hari semakin ramai yang menjalankan kegiatan tersebut di situ. Berdasarkan laporan hampir 100% mangsa adalah berbangsa Melayu sama ada kakitangan kerajaan mahu pun peneroka Felda. Difahamkan, mangsa yang sudah terpengaruh dengan hadiah akan dipaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli barangan yang ditawarkan sama ada secara tunai atau melalui kad kredit. Mereka akan dibawa ke pejabat operasi pihak terbabit yang terletak di Jalan Beserah, Jalan Hj.Ahmad, Jalan Tun Ismail dan banyak lagi.
Paling mengejutkan setiap bulan seorang agen dilihat berjaya membuat jualan puluhan ribu ringgit dan syarikat mendapat untung jutaan ringgit hasil penipuan tersebut. Ini berdasarkan maklumat seorang mangsa yang sempat melihat papan kenyataan pejabat operasi pihak itu baru-baru ini. Berpuluh kali laporan sudah dibuat kepada pihak berkuasa, namun masalah ini tetap gagal diselesaikan. Jika jenayah seperti ini mereka gagal bertindak, maka apatah lagi dengan jenayah yang lain.
Bukti laporan akhbar, pada bulan Julai ini sahaja ada dua kes besar berlaku
di lokasi yang berkenaan. Info selanjutnya sila klik sini dan di sini
Bukti, sekumpulan agen gores dan menang sedang bersedia untuk masuk
dan mendesak seorang pemuda (baju putih) di depan Kuantan Parade
dan mendesak seorang pemuda (baju putih) di depan Kuantan Parade
[Soalnya sekarang, kenapa pihak berkuasa terutamanya polis, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terlalu sukar untuk menyekat aktiviti terbabit?. Bukankah mereka boleh menyamar sebagai orang awam jika mahu menangkap agen berkenaan. Mereka boleh datang dengan kenderaan ke lokasi dan menyamar sebagai mangsa untuk dibawa ke pejabat pihak itu bagi memudahkan operasi. Kenapa terlalu sukar melakukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Bak kata pepatah "nak seribu daya, tak nak seribu dalih".
Pihak berkuasa tidak boleh menyalahkan orang awam semata-mata kerana mereka adalah mangsa keadaan. Pihak berkuasalah yang perlu bertindak dengan mengatur strategi penyamaran jika mereka benar-benar ingin membantu. Tindakan pihak berkenaan seolah-olah memberi lesen kepada aktiviti "gores dan menang" terus beroperasi hingga terkadang menakutkan orang awam. Difahamkan, pihak polis sendiri tiada peruntukan undang-undang untuk menahan agen berkenaan kerana sudah banyak laporan mereka dibawa ke balai polis tetapi begitu mudah dilepaskan. Apakah makna semua ini?. Kenapa undang-undang negara kita begitu longgar terhadap jenayah seperti ini?].
No comments:
Post a Comment