tak berapa fahamlah..suaminya ke di syaki?
Polis Sahkan Eksekutif TV9 Mati Dijerut, Suspek Direman Petang Ini
Posted by greenbocKetua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Bilik dimana Syaleza ditemui
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama'Sabar duhai hati', Status Terakhir BB Eksekutif TV9 Sebelum Ditemui Mati
Posted by greenbocGambar: Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.Petaling Jaya – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.
Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.
Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.
"Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia," katanya.
Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.
Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.
Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.
Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.
"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak," katanya. -SHAda kesan jerut, ahli keluarga eksekutif stesen TV ditahan
KUALA LUMPUR - Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.
Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.
"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi.
Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernamacomments:
- Anonymous said...
isteri-isteri tidak lagi boleh menerima kecurangan suami mereka...so wahai suami jgn curang dan wahai perempuan di luar sana jgn ganggu/ layan lelaki berstatus suami orang...
- Anonymous said...
Wahai isteri2, suami2, anak2, ibu2, bapa2, pemimpin, rakyat dll, fahami quran (klu bole baca dgn fasih lagi bagus, klu tak fasih cuba le belajar) & amal. Juga hadis, sunnah & pendapat2 sahabat & para ulamak yg ikhlas.
Semua masaalah dpt diatasi.
Sbb tu mmg resipi dari Yang menciptakan manusia & makhluk, Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih & Penyayang.- Anonymous said...
benarkah tentang kecurangan???
Eksekutif TV9 Ditemui Mati Tergantung Pada Kipas Siling Di Bilik Tidur
Posted by greenbocPetaling Jaya - Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar (gambar kecil), 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam.
"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.
"Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.
Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.
"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.
Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama
Mati sebelum berbuka puasa
TINGGAL KENANGAN... Syaleza bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun.
SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.
Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.
Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.
Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.
Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.
"Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut," katanya ketika ditemui semalam. -kosmocomments:
- Anonymous said...
Takziah kepada keluarga mangsa.. sedih mendengar berita ni kerana pasangan ini adalah rakan saya.. dan diharap tidak ada sesiapa yg membuat andaian awal tentang kes ni.. biarkan pihak berkuasa yang menyiasat.
- Abang said...
hai laaa...mana 1 cerita betul ni..mati mengejut ke mati tergantung...baru subuh td baca lain...ni ad cerita lain..Kosmo ni plak bukan boleh pakai sangat ceritanya..tahu nak laris je..
Media Malaysia..media Malaysia..tak pernahnye nak konsisten~- Anonymous said...
Apa nak jadi, pertengkaran antara suamai-isteri tu adat berumah tangga. Apa pun masalah nya kenapa jalan ini yg diambil? S
amada bunuh diri atau dibunuh sepatutnya tidak berlaku kerana jalan keluar iaitu kaunseling dan jalan terahir - penceraian adalah dibenarkan dalam agama.
AzMiR- Anonymous said...
mari kita sedekahkan alfatihah kapada arwah..alfatihah
- Anonymous said...
Alfatihah
Tersentuh hati bila melihat terukir senyuman
Diwajah mereka berdua....
Namun semua itu tiada lagi buat si anak yang baru mengenali kasih seorang ibu...
Ya Allah Hanya pada mu tempat kami berserah- tajtaj said...
Abang 848: mana2kes yg melibatkn seperti kes bunuh diri akan diflikasikan sebagai mati mengejut..
Al-Fatihah buat beliau..harap keluarga hadapi dgn redha dn tabah.- Anonymous said...
Salam Takziah kepada keluarga mangsa...marilah kita sedeqahkan Al Fatihah keatas roh nya.Amin
- Anonymous said...
Mungkin bahana memfitnah dalam berita2 kumpulan media prima menimpa kakitangan yg bersekongkol dgnnya.
Banyak skandal dan kes dah berlaku dlm media prima.
WAllahu a'lam.- Anonymous said...
Innalillah.....dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Al-Fathihah. Semoga dicucuriNYA rahmat ke atas roh alyarhamah.
- Anonymous said...
Ambo suka tngok 'tanyalah ustaz' tv9.
Alfatihah utk arwah.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment