Thursday, August 2, 2012

Re: RG2011... Isteri menyesal kerana tidak melayan kehendak suami ^_^

cerita tauladan memang bagus tapi harap maklum yang hadith tersebut
adalah hadith daif ....

On 01/08/2012, Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com> wrote:
> CERITA BENAR ; kerana tidak melayan kehendak suami..isteri menyesal
> sepanjang hayat...
>
> "SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah
> lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah
> sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu. Saya dan
> suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di
> pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan
> menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
>
> Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan
> rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira
> melihat hubungan dalamkeluarga saya.
>
> Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan
> anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan
> sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
>
> Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi.
> Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
>
> Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak
> urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan
> yang perlu dibereskan.
> Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada
> di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran
> berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan
> solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa
> mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
>
> Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu
> jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar
> saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak,
> sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
>
> Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira
> lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang,
> bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang
> dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang
> berusia tujuh hingga 12 tahun.
>
> Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa
> memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana
> mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
>
> "Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata
> saya.
>
> Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan
> minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan
> terus masuk tidur.
> Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat
> di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir
> melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya
> membuka mata dan hanya tersenyum.
> Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya
> berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu
> suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium
> suami dan mahu melelapkan mata.
>
> Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya,
> seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat
> wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk,
> sedangkan dia juga keletihan.
>
> Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu
> permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan
> perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan
> mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang
> merangkul saya.
>
> Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak
> kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat
> panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami
> saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
>
> Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi
> segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak
> sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan
> terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak
> melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
>
> Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang
> lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka
> saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
>
> Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, 'Demi
> Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri
> tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat
> yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya'.
>
> Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir
> ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan
> kesalahan saya."
>
> Nukilan..
> Seorang Insan Yang Menyesal..
>
>
> ()"" ' ) Naim Qlate
> ( ,'o' )") Anda dijemput jadi Followers : http://www.naimqlate.blogspot.com
> (,,)(")(") " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
>
> Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia
> hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka
> beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana
> sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH.
> Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah
> yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi
> kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga
> kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.


------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment