hairy cuba cakap masa bila TGNA kata kat umno kapir,
yang kapairkan umno semua dah masuk dalam umno,ctn ust latiff, jertih trg, md noor deris, pc, semua mereka lahyang kuat kapirkan prg, sekarnag dahbersma umno, pa kes
----- Original Message -----From: ayah ngahSent: Saturday, August 18, 2012 12:47 AMSubject: Re: RG2011... "Kafir harbi celah mana?"
CU CERITA PERBEZAAN KAPIR HARBI, ZIMMI DAN ZINDIQFrom: hairy harmoni <ryly69@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, August 15, 2012 4:32 PM
Subject: Re: RG2011... "Kafir harbi celah mana?"
Maaflah cabai burung aku nk mencelah ni...aku nk tnyalah ko tu dah hidup brape tahun kat muka bumi ni...ape nikmat yg ko dah dapat smasa pemerintahan UMNO??cuba plak ko tanya mak bapak ko..dia hdup aman tak..ko ni jenis kluarga yang xpatut jadi keluarga..ko ingt orang PAS ni smua baik2 ke??..smua alim2 ke yang bleh menjadi saksi..jgn takut menjadi saksi palsu je..ko igat sng ke nk laksanakan hukum hudud..Nik Aziz yg tok guru tu pun xbleh nk bentangkan cara perlaksanaannye..contoh: tangkap org berzina..ko igt bleh ke nk cari saksi yg betul2 bleh dibuat saksi..yg xtggal smbhyg dari kecik..yang xtggal posa dari kecik...yg xpenah nk fitnah org..tengok jelah org PAS,,suka dok fitnah org je..trmasuklah tok guru nik aziz tu..sedang kan Nabi S.A.W pun marah pada sahabat bila mengata seseorg kafir sedangkan org tu dah mngucap..ini Nik Aziz yg dikatakan Tuan guru tu lebih2 plak pada Nabi nk mengafirkan org..tolonglah org pas..bkn itu caranye kita nk membetulkan saudara2 kita yg islam ni..org kafir disanjung..yg sesama islam ni di keji..betul ke tu orang PAS..kalu itu yg ko kata betul wahai cabai burung..ko ni ibarat suka buang kluarga dari membetulkan kluarga..bila ada yg dalam kluarga ko org UMNO ko buang..inilah org PAS..harap serban..harap kopiah putih..tp hati kotor..aku rasa tu sbb karpal singh xpakai serban..kalaulah dia pakai serban bnyaklah org PAS ni agaknye setuju dgn fatwa karpal singh plak..From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Tuesday, 14 August 2012 2:14 PM
Subject: RG2011... "Kafir harbi celah mana?"
Tak terhujah dek UMNO-BN perihal rasuah dan perasuah yang tak terjawab tu. Tak terbalas pantun yang dijual, tak terkejar angin bertiup. Maka terpaksalah mereka cipta fitnah dan tohmah terbaru, atau tidak-tidaknya memuntahkan kembali modal politik lama.Kepada yang belum faham, ketahuilah bahawa DAP bukanlah parti 'agama', DAP juga tidak gemar menggunakan hujah agama, akan tetapi, sering sahaja DAP diheret ke kancah politik 'agama'.Sudah beberapa kali Utusan Malaysia kalah saman tapi nampaknya mereka makin tidak serik dan tidak cerdik. Modal terbaru mereka katanya "Haram sokong DAP". DAP si kafir harbi, kata pecacai UMNO. Ini kerja buat yang bahaya dan ancaman terhadap keamanan Malaysia dan mampu menggugat demokrasi berparlimen. Rasanya, Utusan dan UMNO peduli apa kan?Dulu kena 'kafir, sekarang kafirkan orangDulu UMNO kata PAS kafirkan dia. UMNO juga menuduh PAS merasuah syurga kepada pengundi. Kemudian bila PAS bekerjasama dengan DAP, PAS pula dianggap berkawan dengan 'syaitan'. Sekarang, UMNO melalui Utusan Malaysia keluar fatwa "Haram sokong DAP".Dulu UMNO 'kena" kafir, sekarang kafirkan orang pula. Ini politik balas dendam. Mudahnya mereka memijak agama.UMNO sering saja menuduh orang lain menggunakan agama untuk kepentingan politik sedangkan mereka sendiri yang memperkudakan agama demi kepentingan politik mereka. Bukti dah depan mata kan?Masa demonstrasi BERSIH, UMNO sibuk-sibuk minta Majlis fatwa keluarkan fatwa berdemo. Tapi dalam isu "Haram sokong DAP", cukuplah Utusan Malaysia menjadi 'wakil' majlis fatwa.UMNO tidak akan peduli apa kalau mereka terdesak, sejarah takkan padam. Lihatlah gelagat dan gelojohnya UMNO melawan raja-raja Melayu. Mungkin mereka ingat orang Melayu sudah lupa kebiadapan mereka terhadap raja-raja. Mereka sudah lama menderhaka.Ini satu hal juga. Bintang UMNO semakin malap. Justeru, tidak boleh tidak terpaksalah mereka menubuhkan tim Ulama Muda UMNO (ILMU). Mereka juga mahu ikut arus 'Islam' sepertimana yang lain. Inilah 'Islam' gaya UMNO yang lebih berbau opportunis daripada menegakkan keadilan dan menentang rasuah serta salah guna kuasa.Mana Negara Islam UMNO?Katanya "Haram sokong DAP" sebab DAP menentang negara Islam dan golongan ini disebut kafir harbi. Tapi kita pun harian, bila pula Malaysia menjadi sebuah 'Negara Islam'?Perlembagaan Persekutuan itulah yang kita guna sampai sekarang dan perjuangan DAP pula berpegang teguh kepada perlembagaan sedia ada. Ini fakta sebenar Malaysia.Timbul pula persoalan lain. Kalau UMNO mahukan negara Islam, mana dia kerangka negara Islam yang UMNO mahukan? Mana dia 'Dokumen Negara Islam UMNO?' Kalau Malaysia 'Negara Islam', Perlembagaan Persekutuan itu sudah tidak ada lagi.Atau mungkin sebab Tun Mahathir pernah isytihar Malaysia sebagai negara Islam? Dan selepas diisytiharkan, rasuah, penyelewengan terus bergelumang. Hak asasi dan kebebasan disekat. Inikah "negara Islam" yang dibangga-banggakan UMNO?Memanglah mudah sebab lidah tak bertulang. Kalaulah begitu, suruh sahaja Najib isytihar Malaysia ni negara Melayu. Kan senang…Usah dikira PAS. PAS sejak dahulu lagi jelas dan terang mahukan Negara Islam, mereka bersetuju untuk berbeza pendapat dengan perjuangan DAP dan mampu mencapai kata sepakat bersama PKR dalam memperjuangkan kemaslahatan umum. Malah ciri dan nilai negara Islam PAS telah termaktub dalam Negara Berkebajikan. Yang penting isinya, bukan nama indah tapi bergelumang dengan kezaliman dan kekejaman.Pakatan Rakyat terbukti mampu bertoleransi demi membina sebuah Malaysia yang baru. UMNO bagaimana?Soal cita-cita politik merupakan soal terakhir, pokok pangkalnya sekarang adalah bagaimana memainkan peranan dalam real politik semasa. Nampaknya UMNO semakin celaru dan tenggelam dalam mainan politik mereka.Delusi Utusan MalaysiaUtusan Malaysia terus hidup dalam delusi dan cuba menarik seramai mungkin rakyat terutamnya orang Melayu untuk sama-sama berdelusi. Mereja menjaja isu perkauman, membakar sentimen agama. Isu kafir harbi yang ditimbulkan merupakan isu mengarut dan terpesong.Suka saya memetik tulisan Dr. Maszee Malik ketika mengulas isu ini antara lain katanya;
"Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim."Malaysia tak pernah jadi negara IslamHakikatnya, sejak kemerdekaan dicapai Malaysia merupakan sebuah kerangka negara demokrasi dan sekular serta meraikan kepelbagaian budaya dan agama dengan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Merdeka Malaya adalah mengikut acuan British.Kalaulah UMNO bermodal kepada pengurusan dan pembangunan Islam untuk merujuk Malaysia sebagai Negara Islam, mereka salah. Di negara-negara majoriti umat bukan Islam, banyak sahaja masjid-masjid dibina dan diimarahkan, ada sistem perbankan Islam, ada takaful Islam, ada agensi yang memantau produk makanan halal, mereka juga menghantar wakil untuk bertanding ke Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa.Seperti di Amerika syarikat sendiri, termasuk Hong Kong, China dan sebagainya, mereka juga punya Pusat Islam malah negara jiran kita di Singapura juga mempunyai Majlis Ugama Islam Singapura. Begitu juga hal yang sama di Kemboja serta banyak lagi negara bukan Islam. Ini termasuklah badan-badan yang menguruskan hal ehwal umat Islam untuk menunaikan haji.Soal untuk mengumumkan negara Islam perlulah betul dan bukan sekadar bukan cakap semberono. Selagi ada Perlembagaan Persekutuan, selagi itu kita adalah negara majoriti umat Islam dengan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.Biarpun laporan Utusan tersebut bahaya, tetapi ada juga yang lucu, sudahlah Malaysia bukan negara Islam (yang UMNO sendiri tidak benarkan penubuhan negara Islam). Tiba-tiba muncul pula golongan kafir harbi menentang negara Islam tersebut. Kafir harbi celah mana datang?Segala tuduhan dan dakwaan yang tidak bertanggungjawab Utusan Malaysia ini tidak lain untuk mengalihkan perhatin rakyat kepada perkara pokok permasalahan utama di Malaysia.Ingin saya memetik kata mutiara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
"Jika kita hapuskan rasuah, BN mati… Tapi jika kita tak hapuskan rasuah Malaysia akan mati…"
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment