Monday, August 27, 2012

Re: RG2011... KORMA AMAT POWER - untuk sihat, bijak, cantik, kuat dan panjang umur

 

cukup memberi maksud sempurna.


apakah benda yang paling sempurna?? tentu owner rg tersenyum dan terketar2 jari jemari teruja nak jawab


--- 12/8/17 (금)에 alazizia <zamora_2662@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: alazizia <zamora_2662@yahoo.com>
제목: Re: RG2011... KORMA AMAT POWER - untuk sihat, bijak, cantik, kuat dan panjang umur
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
날짜: 2012년 8월 17일 (금요일) 오전 8:26

 
insan manusia ni macam x caya je??? apa yg Rasulullah s.a.w sarankan tu ikut aje la..banyak pertikai la plak....

--- On Thu, 16/8/12, insan manusia <insanmanusiakini@gmail.com> wrote:

From: insan manusia <insanmanusiakini@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... KORMA AMAT POWER - untuk sihat, bijak, cantik, kuat dan panjang umur
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, 16 August, 2012, 9:46 AM

 

Byk juga buah power malah lebih power dari kurma....tiada bukti menunjukkan kurma terpower sekali dlm buah buahan...

2012/8/15 Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
 
Salam alaik,

Saudara-saudari yang disayangi dan dihormati.

Buah Korma adalah adalah pemberian Allah kepada kita yang cukup cantik untuk kesihatan manusia. Kaum yang suka makan korma kebanyakkannya daripada kaum yang bijak, sihat, penglihatan baik, kulit cantik, gagah dan berani. 

Dikatakan apabila ibu mengandung, digalakkan makan korma sekurang-kurangnya 3 biji hingga 7 biji setiap hari kerana akan dapat anak yang sihat, tenang, penyabar dan bijak. Itu kepercayaan kaum Arab dan nyata terbukti. Biar saya jelaskan daripada hasil bacaan saya.

Korma mengandungi MINERAL dan VITAMIN yang secukupnya untuk semua keperluan kesihatan kita. Kandungan Mineral dan Vitamin di dalam korma sudah cukup untuk anak-anak yang membesar, ibu yang mengandung, anak-anak muda, orang dewasa sehinggalah WARGA EMAS. MAKA KITA SAMASEKALI TAK MEMERLUKAN MULTIVITAMIN DARI FARMASI

Biar saya senaraikan kandungan Mineral Natural sebiji korma sahaja:
- POTASSIUM ( tiada buah-buahan dalam dunia yang boleh mengatasi kandungan potassium dalam korma => 984mg )
- Phosphorus
- Magnesium
- Calcium
- Sodium
- Iron
- Selenium
- Manganese
- Copper
- Zinc

Senarai Vitamin NATURAL dalam sebiji Korma:
- Vitamin A
- Vitamin B Complex - B1, B2, B3, B5, B6, B7, B12
- Vitamin B9 ( 28 mcg - korma di kalangan buah yang mempunyai kandungan FOLATE yang tinggi dalam dunia )
- Vitamin C
- Vitamin E
- Vitamin K

Manusia yang ingin sihat perlu memakan sekurang-kurangnya 2,000mg POTASSIUM setiap hari. Dengan memakan 3 biji korma setiap hari, keperluan POTASSIUM sudah cukup untuk kita semua

APA GUNA POTASSIUM yang secukupnya UNTUK MANUSIA:
=> MEMPERKUATKAN JANTUNG dan mengelakkan lemah jantung
=> MENGAWAL TEKANAN DARAH dan mengelakkan tekanan darah tinggi
=> MENGAWAL KESEMPURNAAN PUMP JANTUNG 
=> Menguatkan dan membantu otot bertindak dengan baik serta mengelakkan cramp
=> Mengelakkan STROKE
=> Membantu saraf berkomunikasi antara satu sama lain.

APA GUNA FOLATE / FOLIC ACID / Vitamin B9 yang secukupnya untuk manusia :
=> mengelakkan KECACATAN bayi dalam kandungan dari Spina Bifida
=> mengelakkan KEMATIAN BAYI dalam kandungan dan kematian sejurus melahirkan
=> mengelakkan daripada cell-cell badan berubah menjadi cancer
=> mengelakkan daripada terkena epilepsy (gila babi)
=> mengelakkan kencing manis Type 2
=> mengelakkan daripada sakit kulit
=> mengelakkan daripada rheumatism/arthritis
=> mengelakkan daripada asthma
=> mengelakkan kurang darah
=> PENUMBUHAN, PERKEMBANGAN dan PENYEMBUHAN cell-cell badan

AWAS : Semua Mineral dan Vitamin hanya akan menjadi baik untuk manusia SEKIRANYA diperolehi secara natural daripada memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan haiwanMelainkan mendapat nasihat doktor, pengambilan MINERAL dan VITAMIN daripada supplement FARMASI hanya membawa padah dan merosakkan kesihatan. Namun ada beberapa bahan yang perlu kita ambil sebagai supplement kerana badan kita tak dapat proses secukupnya - minyak ikan & 4 lagi.

Jadinya, KORMA adalah makanan yang amat penting untuk semua peringkat umur manusia - lelaki dan perempuan. Bagi wanita yang inginkan anak, memakan korma sangat penting sebelum mengandung lagi, ketika mengandung dan semasa menyusukan.

Korma-korma yang baik adalah daripada Semenanjung Arab sehingga ke Syria. Saya beranggapan korma bawah sedikit kualiti ialah daripada Iraq dan Utara Afrika ( Mesir, Tunisia, Libya dan Morocco ). 

Selain daripada korma, buah-buahan yang cukup baik untuk kesihatan dan seharusnya dimakan setiap hari selang-seli ialah : BETIK MERAH ( papaya ), PISANG ( banana ), DELIMA ( pomegranate ), ANGGUR ( grapes ), KISMIS ( raisins ), MANGGA ( mango ), TEMBIKAI ( watermelon ), NENAS ( pineapple ), STRAWBERRY, TOMATO, APPLE, PEAR, GUAVA, GRAPEFRUIT ( limau gedang ) dan BUAH LAI .

Tapi untuk menyamai 3 biji korma sahaja, anda perlu makan 4 biji pisang saiz sederhana atau 300gram potongan betik atau 4 biji apple. Betik takpa jugak ... tapi ... jenoh lerr... bila perot penoh pisang atau apple.  Jadinya, boleh selang-seli tapi jangan miss makan korma setiap 3 atau 4 hari.

Semoga sihat badan, panjang umur dan dilimpahi rezeki yang banyak serta barakah.
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment