Monday, August 27, 2012

Re: RG2011... Mengapa Allah tak makbulkan doa kita?

 

Sekedar tambahan,

Alhamdulillahirabbil-'alamin, Terima kasih banyak ekrana tidak melupakan saya,

Assalamualaikum w.m.

Kata Beliau yang Ariffbillah:

Dua saja syarat doa untuk dimakbulkan Allah
Pertama : Wayastajjibuli - Jangan disyirikkan kekuasaan Allah dengan apapun
Kedua: Bil-mukminuubi - Benar benar engkau beriman

Iman itu berada didalam hati / jiwa seseorang dan kenderaan iman itu pula adalah kalimah Toyyibah : Laa-ilaha-ill-allah. Jika ini dibuang / ditolak maka dengan cara apa iman itu masuk kedalam hati? Lebih banyak kalimah itu masuk maka lebih padu dan lebih halus ia terkumpul disana [ hati itu ibarat sebuah bekas yang ada penghuni iaitu sifat mazmumah dan ini dapat dibersihkan hanya dengan dzikirullah dengan methodiknya] kalimatullah itu menjadi tenaga maha aultra sonoor yang mempunyai kekuatan tak terhingga [ infernity ]

Ibarat tenaga yang terkumpul selama satu bulan dan diledakkan dalam satu hari, kuat tak? Apa lagi kalau terkumpul bertahun tahun ia dapat menolak "bencana sakaratul maut" yang tak terperihalkan sulitnya. Insyaallah kita dapat melayari sakaratul maut dengan husnul khatimah sehingga Insyaallah terjadilah sebagaimana Sabda Rsulallah " Man-akhiru-kalaamhi-laa-ilaha-ill-allah dakhalal jannah" Barang siapa diakhir kalamnya dapat dia menyebut Laa-ila-ha-ill-allah maka masuk syurga.

Jadi ini bukan kalimah main main dan boleh ditiru tiru saja. Kerana sangat pentingnya maka Allah sendiri turun tangan menanamkannya kepada diri rohani Rasulallah saw dan diwariskan oleh Rasulallah kepada Pewarisnya " Al-Ulama-u-warisatul-anbiya" Itu yang diisyaratkan oleh Imam al Ghazali r.a. "Carilah olehmu Guru yang mursyid yang sampai sanadnya [ Ilmu kalimatullahnya] kepada Rasulallah" Jangan hanya menjadi sunni tetapi berusahalah menjadi sufi sepertimana disebut sebut oleh orang orang yang tahu bahawa " Barangsiapa mengikuti perjalanan syareat nabi maka dia menjadi sunni dan barangsiapa mengikuti perjalanan kerohanian nabi maka dia menjadi sufi. Setiap sunni tidak semestinya dia sufi dan setiap sufi wajib lah dia itu sunni ertinya Jangan hanya bertahrekat tetapi tidak bersyariat kerana jika demikian kata Imam Malik adalah kafir. Jadilah orang yang Tawazzun [seimbang]

Firman Allah : Jin 16: May-yahdillahu-fahuwa-muhtad-wamay-yudhlil-falan-tajidalahu-waliyanm-mursyida.

Wallahu'alam.

Dengan ampun dan maaf sebesar besarnya.

HBI

--- On Mon, 20/8/12, DrIsmail Kassim <drismailkassim@gmail.com> wrote:

From: DrIsmail Kassim <drismailkassim@gmail.com>
Subject: RG2011... Mengapa Allah tak makbulkan doa kita?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: "surayati othman" <datinsuraya@yahoo.com>, "drihk" <drihk@yahoo.com>, "DR" <drismailkassim@yahoo.com>
Date: Monday, 20 August, 2012, 3:49 AM

 

Mudah sahaja jawapnya -   sebab  Umat  ISLAM  bukan  orang Mukmin
DOA  oarng  Mukmin  sahaja  allah  Kabul.
Surah Al Baqrah - Ayat 8
 
Sahabat  Nabi pun Allah SWT  tolak  dan Nafi  Iman mereka , apa lagi kita di zaman 1433 tahun dari Zama Nabi SAW
Surah Al Hujjarat - Ayat 14
 
Belajarlah ILMU  Kalimah  LA  ILAHA ILALLAH  untuk menjadi  orang-orang yang beriman
Surah Muhammad - Ayat  19
 
Ramai  orang  Islam  apabila  kami menjemput  mempelajari ILMU  KALIMAH  LA  ILAHA  ILLALLAH mereka kata  mereka
SIBUK, busy , sombong , solat dan amal  lain  dah  cukup -  padahal  semua  rukun  ISLAM  2 hingga  rukun  empat adalah  ISLAM sahaja
belum  masuk  kebab  Iman dan Aqeedah [ Setiap hari  sabtu kami  ada  class ILMU  IMAN &  AQEEDAH  melalui  ILMU KALIMAH Rukun
Islam yang pertama]  dan  Orang  Islam  apabila  kami  jemput  mereka  menyombong
 
Surah  Ashoffat -  Ayat 35.
 
Segala amalan  yang  tidak  Mengenal  ILLAH  dan  tanda-tanda  Robbul  Alameen  akan di  tolak  walaupun  Orang  Islam  menganggap
amalan  mereka  itu  indah , cantik , lengkap tetapi  ALLAH  SWT  menolak  dan  berfirman  tiada  NILAI  dan  BERAT Nya  di  akhirat kelak
 
Surah AL Kahfi - Ayat  103-104-105-105-106 dan  Allah  Bandingkan  di sini  di antara  amalan  orang  Muslim  dan orang  Mukmin sehingga  ke akhir  ayat 110. Orang islam  melakukan  syirik  dalam  SOLAT.
 
Semua  ummat  Manusia  telah  berjanji  kepada  Allah SWT  di  alamul  arwah  akan  Mempelajari  ILMU  KALIMAH  LA  ILAHA  ILLALLAH
seperti  dalam  Firman Nya  Surah AL Araaf - Ayat 172
Tetapi  bila  di  dunya  mereka  melupakan  nya  dan  menjual  janji -  janji  tersebut  untuk  Harga  yang  amat  RENDAH
Surah Al Imran -  Ayat  77
WAHAI  UMMAT  ISLAM   PELAJARILAH   KALIMAH  LA  ILAHA  ILLALLAH  dan  Ini  adalah  KALIMAH  ROBBNya  luasnya
seperti  7  lautan  dan  lebih  luas  dari  itulagi
SURAH  LUKMAN  -  Ayat  27  dan  Surah  AL Kahfi -  Ayat 109.

 

PENGAJIAN  ILMU  KALIMAH  LA  ILAHA  ILLALLAH  akan  di  teruskan  selepas  Shaykh  dr  Ismail Kassim  kembali  dari  Timur  Tengah


2012/8/15 Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
 



Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah ta'ala. Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya? 
 
 
 
 
 
 
Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran; 
 
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (Al-Mu'minun : 60) 
 
Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? "Mengapa doaku tak di kabul?" 
 
 
Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya "Mengapa doa tidak dikabulkan?". 
  
Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, "Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati." 
 
Lalu ditanyakan lagi, "Apa yang boleh mematikan hati?".  
  
Beliau menjawab, "Ada lapan perkara, diantaranya: 
  
  • Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)
 
  • Kamu membaca Al-Qur'an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)
 
  • Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)
 
  • Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati.(Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?) 
 
  • Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)
 
  • Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?) 
 
  • Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?) 
 
  • Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')
 
  • Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.) 
 
  • Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)
 
"Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?" 
  
 
Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya. 
  
  
 
 
Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan. 
 
Justeru, marilah kita terus berdoa lagi dan lagi, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan yang dirasa hari ini, mungkin ia menjadi kemanisan pada hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu juga kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa lah bertawakal kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa berdoa kepadaNya. 
 
Sekian, semoga ada manfaat. :)

 




--
Dr Ismail Bin Hj Kassim 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment