Monday, August 27, 2012

답장: RG2011... AYUH PAS......PERLEMBAGAAN TIDAK HALANG LAKSANA HUDUD DI KELANTAN DAN KEDAH

 

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud


amri. ko rujuk buku perlembagaan mana yang ada menyebut perkataan hudud diakhir ayat tu?/


aku minta sangat ko bgtau.


dan ko kata mahadir cadangkan pas dan umno supaya realisasikan sebuah negara Islam. kan mahadir ada kata sebelum ni malaysia adalam negara Islam. 


apa bodoh sangat amri ni.


pas menolak sebab ada ke umno pelawa pas untuk berbincang?? yang pastinya sudah bertimbung2 surat perlawaan pas kepada umno untuk bermuzakarah


aku tak fikir amri ni kafir. tapi aku rasa darjatnya tinggi sikit dari munafik.


--- 12/8/21 (화)에 amri el wahab <amriwahab@gmail.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
제목: RG2011... AYUH PAS......PERLEMBAGAAN TIDAK HALANG LAKSANA HUDUD DI KELANTAN DAN KEDAH
받는 사람: "Al Falaah Group" <al-falaah@yahoogroups.com>, "Hidayah Net" <hidayahnet@yahoogroups.com>, "Ingatan Group" <ingatan@yahoogroups.com>, "PenawarKu" <Penawarku@yahoogroups.com>, "Perisik Rakyat" <PerisikRakyat@yahoogroups.com>, "RG09 group" <respeks_group@yahoogroups.com>, "SahabatTazkirah" <SahabatTazkirah@yahoogroups.com>
날짜: 2012년 8월 21일 (화요일) 오전 7:58

 

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.

 

PAS tahu perkara ini, tetapi masih berdalih dan selama ini mengelirukan rakyat mengatakan perlembagaan negara menghalang perlaksanaan hudud.Tetapi pada hakikatnya tidak begitu kalau mereka mahu laksanakan.

 

Baru baru ini Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cadangkan supaya Pas bersama-sama Umno dalam merealisasikan perjuangan sebuah negara Islam, bagaimanapun ditolak keras oleh pemimpin Pas dan turut melabelkan Tun M sebagai tidak ikhlas dan hipokrit.

 

Penolakkan oleh pemimpin Pas itu membuktikan bahawa selama ini Pas juga tidak bersungguh mengenai perlaksanaan hukum hudud, Pas hanya 'acah' sahaja ketika  Umno belum bersedia, namun bila Umno berhasrat kearah itu Pas menuduh dengan pelbagai tuduhan yang jelas bercanggah dengan cara Islam, kenapa Pas tidak bersama-sama dengan Umno dalam membincangkan Hudud ini.

 

FAKTA:

Jumaat, 07 Okt 2011 08:08

HARAKAH DAILY KOTA BHARU, 7 Okt: Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan semalam antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.


Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.


Tambah beliau lagi, bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.


"Bagi perlaksanaan hukum ini, pihak kami sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan kerajaan Kelantan sahaja dan ia bukannya mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kerana pesalah atau yang dituduh perlu melalui beberapa proses seperti saksi yang cukup dan sebagainya," katanya di dewan Teratai Kompleks Darulnaim, di sini.


Selain beliau, wacana tersebut turut menampilkan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohammad Daud Iraqi dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abd Aziz Bari.


Tambah beliau lagi, Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) juga tidak wajar dijadikan halangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.


Mengulas dakwaan perlaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan, Daud pula berkata, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.


Malah, ujarnya sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.


"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.


Sejauhmana kesungguhan dan keikhlasan Pas untuk melaksanakan Hukum Allah? 


Memang benar perlaksanaan hukum hudud ini bukan hanya menjadi tanggungjawab Pas sahaja, namun biar padanlah dengan pengkafiran yang telah dibuat oleh pemimpin Pas terhadap mereka yang tidak menyokong Pas  khususnya penyokong Umno.

 

Masalah ini dilemparkan kepada Pas secara khusus kerana Pas lebih melampaui batas dalam soal perlaksanaan hukum Hudud ini, namun bila dapat kuasa memerintah Kelantan dan Kedah apa yang Pas buat ? 

 

 

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment