Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Kali ini dalam tips pembangunan diri saya berata tentang bagaimana nak melupakan kenangan pahit. Kali ni emosi saya merundum sedikit, namun masih terkawal.
Saya telah ditanya bagaimana kita boleh melupakan kenangan pahit di masa lalu. Semua orang ada kenangan pahit masing-masing, namun cuba melupakannya memerlukan disiplin yang tinggi. Anda perlu tekad.
Cara nak melupakan sesuatu, caranya kita ingat sesuatu yang lain dengan banyak. Lupakan dan let go kenangan-kenangan pahit, dalam masa yang sama sibukkan diri dengan kerja-kerja yang boleh mengubah tumpuan Anda dari mengingat kenangan pahit tu.
Sebenarnya banyak cara untuk nak melupakan kenangan pahit. Bagi saya, cara yang paling efektif adalah dengan doa, selepas itu tumpukan fikiran pada benda lain, rajinkan diri bekerja dan jangan sesekali mengingati kenangan-kenangan lalu.
Memang kita kadangkala teringat di kala sendirian, tapi bila timbul fikiran sebegitu, ubah cepat-cepat dan cuba fikirkan benda lain. Kawal apa yang bermain dalam minda Anda dan kawal apa yang Anda lihat dalam imaginasi Anda.
Di sinilah pentingnya disiplin. Lagi satu, kongsikan dengan orang yang Anda boleh percayai tentang kenangan pahit dalam hidup Anda, sebab bila kita luahkan sesuatu, ia membuat kita berasa 'ringan' dan tidak lagi terbeban dek kenangan pahit yang perit untuk dilupakan.
Saya juga ada kenangan pahit. Gagal dua kali memang 'mencabut' semangat saya apatah lagi bila semuanya sudah diatur, sudah mendapat persetujuan dan tinggal hanya menunggu harinya. Namun, semua berubah sekelip mata.
Bagi saya, kenangan pahit banyak mematangkan diri, mengajar saya erti sabar dan yakin akan datang yang lebih baik lagi dari yang sebelumnya. Allah dah tunjukkan dua orang sebelum ini bukan untuk saya, jadi saya kena bersedia untuk berjumpa yang baru, she can be anywhere, anytime.
Anda kena terima kenangan pahit sebagai sejarah hidup. Anda boleh lupakannya tapi takkan dapat memadamnya dari memori Anda.
Selalu berdoa dan jadikan kenangan pahit yang lalu sebagai 'booster' semangat untuk memajukan diri. Semua yang terjadi ada hikmah tersirat disebaliknya.
Musibah takkan ada tanpa sebarang sebab, mesti ada reason mengapa sesuatu perkara terjadi tanpa disangka-sangka. Hanya DIA yang mengetahui.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita memuji kebesarannya dan bersyukur di atas semua apa yang kita ada sekarang ini, kasih sayang dari keluarga kita, kerjaya kita, dan keprihatinan kawan-kawan kita yang takkan ada di tempat lain. Jadikan ini peluang untuk memajukan diri, semaju yang mungkin dan 'roket' untuk meledakkan motivasi diri, semotivasi yang mungkin.
Bila kita rasa bermotivasi, pencapaian kita akan takde hadnya.
Bila kita rasa bermotivasi, pencapaian kita akan takde hadnya.
Buat apa mengingat sesuatu jika ia hanya menurunkan motivasi diri Anda lalu membuat Anda sedih, kecewa bahkan sehingga menyalahkan takdir.
Takdir tak pernah salah, tapi kita yang salah kerana gagal melihat aspek positif dalam apa jua musibah yang melanda. Bila kita fikir ia salah, maka semua yang kita anggap salah tu muncul dalam hidup kita.
Akhir kata, untuk nak melupakan kenangan pahit, Anda perlu kawal emosi dan kawal tanggapan. Ia takkan timbul jika Anda yang tak nak ingat, jadi lebih baik lepaskan ia berlalu pergi. Let Go..
Bersyukur atas segala apa yang Anda ada yang apa yang akan Anda terima di masa akan datang mampu membuat Anda 'lupa' pada kenangan pahit. Biar rasa kesykuran tu meresap jauh ke dalam diri Anda, menginsafkan dan melahirkan rasa bertanggungjawab atas diri Anda sendiri.
Saya berdoa moga tips pembangunan diri kali ini bermanfaat buat Anda. Kongsikan dengan orang lain, agar mereka juga mendapat manfaat darinya..
Wassalam .. may Allah bless You..
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment