Rafizi Ramli Di Tahan Polis Dekat Rumahnya Awal Pagi Tadi, Dan Akan Di Dakwa Bawah Akta BAFIA !
pahangdaily.blogspot PETALING JAYA, 1 Ogos - Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli (foto), ditahan polis di rumahnya pada pagi tadi. Beliau akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada pagi Rabu di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA). "Saya telah ditahan di bawah BAFIA, kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan discharge (didakwa) di mahkamah Shah Alam," kata Rafizi menerusi twitter milik beliau. Rafizi didakwa berikutan pendedahan beliau mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFC). "Saya akan terus dibawa dan didakwa di mahkamah sesyen Shah Alam, jadi akan didakwa jam 9 pagi," katanya lagi.
Rafizi sebelum ini telah mendedahkan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp milik pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit di bawah Bafia. Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR, sebagai penjamin. Mohd Rafizi diwakili peguam, N. Surendran. Prosiding perbicaraan ditetapkan 10 September depan.
[Apa yang pasti penahanan Rafizi ini bukan setakat isu NFC semata-mata, tetapi juga ada kaitan dengan kes-kes lain yang beliau dedahkan termasuk LRT Ampang dan sebagainya. Aneh benar bila rakyat yang mendedahkan penyelewengan sesuatu projek menggunakan wang rakyat tiba-tiba mereka tidak dilindungi oleh kuasa yang ada. Sebaliknya mereka pula yang mahu didakwa oleh mahkamah, sedangkan Sharizat dan keluarganya terlepas daripada hukuman yang sepatutnya. Mungkin tiada siasatan dilakukan bagi menjaga nama baik beliau. Apapun, rakyat melihat dan semakin muak dengan adengan ini. Tunggulah PRU-13 ini pasti rakyat buat perubahan].
PETALING JAYA, 1 Ogos - Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli (foto), ditahan polis di rumahnya pada pagi tadi. Beliau akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada pagi Rabu di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA). "Saya telah ditahan di bawah BAFIA, kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan discharge (didakwa) di mahkamah Shah Alam," kata Rafizi menerusi twitter milik beliau. Rafizi didakwa berikutan pendedahan beliau mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFC). "Saya akan terus dibawa dan didakwa di mahkamah sesyen Shah Alam, jadi akan didakwa jam 9 pagi," katanya lagi.
Rafizi sebelum ini telah mendedahkan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp milik pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit di bawah Bafia. Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR, sebagai penjamin. Mohd Rafizi diwakili peguam, N. Surendran. Prosiding perbicaraan ditetapkan 10 September depan.
[Apa yang pasti penahanan Rafizi ini bukan setakat isu NFC semata-mata, tetapi juga ada kaitan dengan kes-kes lain yang beliau dedahkan termasuk LRT Ampang dan sebagainya. Aneh benar bila rakyat yang mendedahkan penyelewengan sesuatu projek menggunakan wang rakyat tiba-tiba mereka tidak dilindungi oleh kuasa yang ada. Sebaliknya mereka pula yang mahu didakwa oleh mahkamah, sedangkan Sharizat dan keluarganya terlepas daripada hukuman yang sepatutnya. Mungkin tiada siasatan dilakukan bagi menjaga nama baik beliau. Apapun, rakyat melihat dan semakin muak dengan adengan ini. Tunggulah PRU-13 ini pasti rakyat buat perubahan].
Rafizi ditahan polis, akan didakwa di mahkamah Shah Alam 10 pagi ini
The Malaysian Insider SHAH ALAM, 1 Ogos Pengarah Strategi Parti PKR, Rafizi Ramli (gambar) ditahan di rumahnya oleh polis pada pagi ini.
Menurut sumber dari ibu pejabat PKR berkata, beliau ditahan atas Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) dan kini berada di balai polis Hulu Kelang sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk didakwa pada jam 10 pagi ini.
"Saya telah ditahan dibawah BAFIA kini dlm perjalanan ke balai polis. Akan dicharge di Mahkamah Shah Alam.
"Dibawa untuk didakwa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam sekarang," menurut dua status terakhir beliau dalam Twitternya @rafiziramli pagi ini.
Di mahkamah, Rafizi memberitahu wartawan lima orang anggota polis dan lima pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) datang kerumahnya di Bukit Antarabangsa pada pukul 6.50 pagi dan memberitahunya beliau ditahan dan akan didakwa di bawah BAFIA.
"Selepas ditahan saya dibawa ke balai polis di Hulu Kelang dan barulah laporan polis terhadap saya dibuat.
"Ini adalah percubaan untuk menghentikan saya daripada terus mendedahkan skandal dan penyelewengan.
"Saya tak akan berhenti," kata Rafizi di lobi mahkamah.
Polis Berat Sebelah Gari Rafizi Tapi Suami Shahrizat Dikecuali
"Tindakan itu tidak perlu, ia jelas menunjukkan sikap polis yang berat sebelah bila melibatkan pemimpin Pembangkang," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
"Kenapa dulu suami (Datuk Seri) Sharizat Jalil yang juga didakwa tidak pula digari dan ditangkap di rumah awal-awal pagi? Kenapa ada layanan istimewa?," tegasnya.
Menurut Surendran, tindakan itu sebenarnya untuk memberi tekanan kepada Rafizi supaya berhenti mendedahkan penyelewengan pemimpin Umno.
"Apatah lagi, Rafizi sekarang sedikit demi sedikit mendedahkan skandal LRT (Ampang) yang melibatkan Perdana Menteri, pasti beliau (Najib Razak) juga memainkan peranan dalam konspirasi ke atas Rafizi," katanya.
"Kita mengutuk tindakan menggari tersebut. Rafizi bukan penjenayah, malah beliau sepatutnya diberi penghormatan kerana berbakti kepada negara dalam menyelamatkan dana rakyat dari terus diseleweng," tegas Surendran lagi.
Rafizi digari bersama-sama bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad yang turut didakwa kerana dituduh bersubahat mendedahkan dokumen perbankan melibatkan skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Rafizi didakwa di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM3 juta.
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin dengan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil sebagai penjamin Rafizi, manakala Johari diwakili abangnya.
Surendran mewakili Rafizi dan Johari selaku peguam.
Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan.
Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.
Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di Mahkamah Sesyen 12 Mac lalu atas dakwaan pecah amanah dan melanggar akta syarikat.
Bagaimanapun, beliau dikecuali daripada tindakan gari oleh polis. -KD
comments:
Lu Sokong Gua TALAK ADA GARI... Ada LAWAN KALU..GARI sama luu.....
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
Kt dunia boleh berat sebelah, kt akhirat siaplah ko..
inilah kerja-kerja dajjal parti sekutu apco yang terpilih-pilih,memang rejim ala zionis betul ! yang lapor kesalahan,penyelewengan,salahguna kakuasa & rasuah jadi orang salah ,si pesalah jadi tak salah ! malaysia oh malaysia ! ABU saja penyelamat negara !
Saudara Rafizi saya sokong anda..
rakyat didahulukan gari, pemimpin UMNO bebas
nasib baik kena gari, tidak kena bunuh macam penduduk Memali
rasuah kapal selam scorpion pun tidak kena gari, tapi altantuya mati kena bom?
Sudah jelas lama bahawa penguatkuasa undang-undang memang senget sebelah.