Tuesday, February 26, 2013

RG2011... SaifulIslam: A Dalam Peperiksaan Tetapi D, E dan F Dalam Kehidupan

 

Sedarlah dan HENTIKANLAH PEMBODOHAN.



*****************************************************
<<Radio dalam Talian>>

"Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr)
####################################


---------- Mesej dikirim semula ----------
Daripada: Lutfi Saad
Tarikh: 26 Februari 2013 7:06 PTG
Subjek: SaifulIslam: A Dalam Peperiksaan Tetapi D, E dan F Dalam Kehidupan

A Dalam Peperiksaan Tetapi D, E dan F Dalam Kehidupan

20130119-054025.jpg
"Kamu main bola sampai kotor baju. Kamu tahu tak asal usul permainan bolasepak ini?" tanya ustazah.
Kami menggelengkan kepala.
"Asal permainan bolasepak ini ialah apabila orang jahat bunuh cucu Nabi. Kemudian kepala cucu Nabi tu, disepak-sepak. Maka setiap kali kamu main bola, macam kamu sepak kepala cucu Nabi!" kata ustazah.
Saya tercengang.
Saya memang tidak begitu minat bermain bola semasa kecil. Tidak seperti abang-abang saya. Saya memang menunggu alasan untuk tidak bermain bola. Saya lebih suka bermain hoki.
Dan kisah ustazah itu mengejutkan saya.
Kisahnya bersahaja. Kisah yang masyhur di lisan kebanyakan. Saya pula masih anak kecil. Belum ada upaya bertanya. Hanya terakam sebuah tanda tanya.
Darjah 4, tahun 1985, saya 'bersara' daripada dunia bola. Secara rasminya menjadi kaki bangku.
Sepenuhnya.
MENYOKONG GERAK HATI
Antara memori awal saya pada perbuatan mempersoalkan, ialah ketika di Darjah 6.
Di sekolah itu.
20130119-054104.jpg
Di dalam subjek Sejarah, buku teks ketika itu menyebut Sultan Abdul Hamid II sebagai pemerintah diktator, memerintah dengan kuku besi dan menyebabkan Daulah Uthmaniah menjadi mundur. Turki telah diselamatkan oleh Mustafa Kemal Ataturk, Bapa Pembangunan yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Republik Turki.
Keterangan itu disertakan bersamanya gambar mereka berdua.
Saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Yang 'jahat', gambarnya nampak macam orang baik. Yang 'baik', gambarnya nampak macam orang jahat.
Inilah soalan antidot pembodohan terawal yang mampu saya ingat. Saya bertanyakan hal ini kepada guru sejarah, "betulkah yang ini baik, yang ini jahat?"
Guru saya juga bijak dan mulia memandaikan anak muridnya. Dalam keterbatasan maklumat ketika itu (1987), cikgu dengan rendah diri menjawab, "saya hanya mampu mengajar apa yang ada di dalam buku teks sekolah"
Beliau tidak marahkan saya. Beliau tidak menyuruh saya diam. Beliau tidak mengarahkan saya dengar. Beliau meraikan pertanyaan dan 'mengaku' tidak tahu. Ia tidak menjawab soalan anak murid, tetapi ia menyelamatkan anak murid daripada pembodohan.
Tandatanya saya itu tersemat di dalam ingatan.
KECAMUKAN MINDA
Darjah 6, keputusan peperiksaan pertengahan tahun saya jatuh daripada kedudukan biasa. Saya mendapat tempat ke-4. Kali pertama dalam alam persekolahan rendah.
"Cikgu, Hasrizal menangis!" kata Lee Kok Meng rakan di sebelah saya.
Cikgu Zakaria datang memujuk.
Ketua Pengawas menangis macam budak kecil.
"Kenapa kamu menangis?" tanya cikgu.
Saya tidak dapat menjawab. Saya menangis bukan kerana dapat nombor 4, tetapi ia kali pertama, saya mengalami kecamukan minda. Banyak perkara yang saya tidak setuju. Saya tidak mendapat jawapan.
 

 ۖ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

"Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang daripada golongan yang jahil" [Al-Baqarah 2: 67]
Untuk kisah Sultan Abdul Hamid II dan Ataturk, saya menemui jawapannya pada tahun 1995, apabila buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Turki untuk mencari jawapan kepada sebuah KEBENARAN.
Pembodohan tidak mengganggu proses mendapat A di dalam peperiksaan. Pembodohan tidak akan bertanda dengan gred D atau E. Pembodohan ialah kebolehan mendapat A di dalam peperiksaan, tetapi masih gagal mencari, memahami dan mempertahankan KEBENARAN.
D, E dan F dalam kehidupan.
Hentikan pembodohan.
Ia membinasakan.
HASRIZAL
43000 BSPArtikel Ini Telah Dibaca Oleh (17256) Pelawat


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic ()
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment