Tuesday, February 26, 2013

RG2011... Peminat Burger & Frankfurter Perlu Fikir Semula

 

Salam alaik,

Mungkin ramai yang dah tahu betapa kecohnya Eropah sekarang ini mengenai skandal produk makanan daging lembu yang tercemar dengan daging Kuda, Babi dan Ayam.

Bagi siapa yang tak tahu, ini link yang menunjukkan timeline skandal : http://www.guardian.co.uk/world/2013/feb/08/how-horsemeat-scandal-unfolded-timeline

Pencemaran daging Kuda, Babi dan Ayam berlaku pada produk daging lembu dalam bentuk Burger, Beef Patty, Daging Cincang dan Frankfurter. Daging Kuda, Babi dan Ayam juga mencemari produk Lasagna dan Sos Spagetti. 

Jika para pembaca mengikuti berita-berita dari mula dan membaca artikel daripada banyak sumber, maka boleh dkatakan SELURUH negara Eropah, semua JENAMA PRODUK TERBESAR, semua PASARAYA terkenal serta juga semua Restoran MAKANAN SEGERA terpalit dengan skandal ini. Produk-produk yang dilabel sebagai HALAL di Eropah pun terkena tempias. 

Di Afrika Selatan pula ada daging tambahan selain daripada Babi, Kuda dan Ayam, iaitu daging Keldai di dalam produk-produk yang dilabel sebagai Lembu.


Saya teringat kes-kes yang berlaku di Pakistan beberapa tahun dulu di mana beberapa pengusaha Burger dan Beef Patty memuatkan bangkai Keldai dan Anjing di dalam produk mereka. Beef Patty cukup popular di Restoran-restoran di Pakistan. Yang jadi masalahnya di Pakistan, enforcement kebersihan dan halal begitu lemah sekali.

Saya juga teringat dengan kes di Malaysia di mana mentega tin dari jenama terkenal dicemari dengan lemak babi dan banyak digunakan untuk membuat kek lapis.

Oleh kerana kepercayaan dan keyakinan kita yang PENUH pada para pengusaha makanan diproses, maka telah berkoyan-koyan benda syubahat dan najis mencemari makanan kita. 

Saya juga teringat kepada beberapa Restoran-restoran di beberapa tempat di Malaysia kepunyaan kaum Cina yang meletak notis "NO PORK" di luar premis mereka untuk menarik pelanggan Muslim. Ini menunjukkan kejahilan mereka yang menyangka bahawa AYAM, ITEK, KAMBING atau  LEMBU adalah halal WALAUPUN TIDAK DISEMBELIH MENURUT SYARIAT. Dan yang memeranjatkan saya ialah berduyun-duyun keluarga Muslim yang dok menelan makanan di situ kerana mereka sangka pengusaha restoran kepunyaan kafirin mempunyai Ilmu Syariat Islam yang cukup tinggi. 

PERSOALAN TERJAWAB DENGAN SENDIRI

Maka terjawablah persoalan yang selalu dilemparkan oleh sahabat-sahabat pembaca, iaitu " MENGAPA DOA TIDAK MAQBUL ". Apabila makanan tercemar dengan najis dan syubahat, maka tiada pandangan rahmat dari langit.

Juga terjawab persoalan lain yang timbul dari pelbagai kes-kes juvana berat di Malaysia, iaitu " MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG BEGITU DEGIL dan KERAS HATI ".

"DEGIL" yang datang dari makanan tercemar "MUNGKIN" juga menggelapkan hati remaja dan belia sehingga mendorong mereka kepada zina, rogol, rempit, homoseks, lesbian, derhaka, murtad, arak, hidu gam dan salahguna dadah.

KESIMPULAN

1. Jangan percaya kepada iklan-iklan dari pengusaha makanan telah diproses dan bahan-bahan yang tertera pada label mereka, SELAGI TIDAK TERDAPAT SIJIL HALAL JAKIM.

2. Pihak Berwajib, Penguatkuasa dan NGO perlu sentiasa membuat penyelidikan yang berterusan terhadap produk yang dijual di Pasaran walaupun telah mendapat SIJIL HALAL JAKIM. Mereka dan KITA samasekali tidak boleh leka.

3. Para pengguna perlu kurangkan makanan yang telah diproses bagi mengelak daripada tertipu oleh pengusaha makanan yang licik mahupun jahil. Sila ingat, kebanyakan pengusaha makanan diproses bukan dari kalangan Muslim, maka adakalanya mereka tidak akur kerana kejahilan.

4. Kalau nak makan daging, carilah daging yang rupanya daging dari penjual daging Muslim yang berlesen dan diiktiraf.

5. Ketahuilah apa yang masuk dalam mulut kita dan ahli keluarga kita supaya doa kita lebih maqbul, hidup barakah dan sihat.
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment