Tuesday, February 26, 2013

Re: RG2011... BR1M, Antara Dosa Dan Haram!!!!!

 

Salam,duit BR1M yg diberikan kpd rakyat  adalah duit hasil cukai yg telah di kenakan terlampau tinggi.. duit rakyat yg bayar cukai dan bukan duit dari poket2 PM dan TPM atau dari mana2 menteri dan Tim. menteri ..semua nya datang dari duit poket rakyat, tapi ada yg bayar cukai ada yg lari  tak bayar cukai terutama sekali .. bangsa cina yg lari cukai, mereka bayar sadikt atau tak bayar langsung.. mereka menipu apabila mengisi borang cukai,mereka untung dalam business mereka tetapi mereka kata tidak untung atau untung sadikit...rakyat Cina telah menipu kerajaan BN kerana tidak membayar cukai yg betul...pegawai2 LHDN lembaga kutip cukai  apa pun tak tahu bahawa mereka telah kena di tipu oleh bangsa Cina...yg mereka tahu nak tekan orang2 melayu...bangsa sendiri...kemungkinan  pegawai2 LHDN  mengambil rasuah kalau tidak kenapa mereka tak pernah siasat pun bertahun2 org2 cina menipu...



2013/2/19 khomaron azhar <azhar.a@soem.sharp-world.com>
 

 

Saya berterima kasih kepada BN kerana memang perihatin akan kesusahan takyat jelata, walaupun saya tidak

layak menerima. Kerajaan BN tak perlu bangga dengan pemberian ini kerana menjaga kepentingan rakyat

adalah tangungjawab pemerintah. Walaupun pemberian ini memakan belanja yang besar, ia bukan bermakna

wang ini milik kerajaan BN. Kita perlu ingat rezeki adalah RAHMAT ALLAH. Kerajaan BN hanyalah menjalankan

tanggungjawab untuk mengagihkan sahaja kepada rakyat. Jadi tanpa RAHMAT ALLAH sudah tentu BR1M ini

tidak akan menjadi kenyataan. Jadi Kerajaan BN tak usah terlalu bangga dengan pemberian ini.

 

Thanks and Regards

 

###########(                    )###########

Khomaron Azhar Abdul Manaf

08000 Sungai Petani

Kedah.

###########(                    )##########

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of shredder virtuoso
Sent: Monday, 18 February, 2013 12:29 PM
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; jarum_emas@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: RG2011... BR1M, Antara Dosa Dan Haram!!!!!

 

 

BR1M, Antara Dosa Dan Haram!!!!!

IMG-20130217-WA001

Ketika ini, ramai di kalangan rakyat yang sedang berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional atas inisiatif yang diambil kerana merasai denyut nadi rakyat. Ada yang tersenyum kerana telah menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan tidak kurang mereka yang belum menerima sumbangan tersebut sedang menanti dengan penuh kesabaran.

Di dalam kesibukan itu, ada juga di kalangan pimpinan pembangkang di kawasan dan tidak ketinggalan juga penyokong dan pengikut mereka yang sedang memikirkan kaedah yang terbaik untuk mengambil sumbangan tanpa perlu berhadapan dengan orang ramai.

Ini kerana dari satu sudut, mereka merasakan menjadi satu kerugian sekiranya melepaskan peluang ini manakala dari sudut lain, merasa malu dengan diri sendiri dan kelakuan mereka ekoran tindakan dan kata-kata yang pernah dilemparkan terhadap pimpinan dan kerajaan (Barisan Nasional) BN sebelum ini.

Sebagai contoh semalam bertempat di Dewan Parit Raja, Yang Dipertua Pas Kawasan Sri Gading, Hashim Jusoh adalah antara penerima BR1M yang hadir menerima bantuan tersebut yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz.

Penulis tidak ingin mempersoalkan hak beliau sebagai rakyat untuk menerima bantuan dari kerajaan itu. Ini kerana, penulis sedar mereka-mereka ini sebenarnya telah terpengaruh dengan dakyah dan ideologi diajarkan oleh pimpinan pembangkang.

Antara yang sering dimomokkan ialah, pemberian tersebut bukan merupakan duit BN tetapi merupakan wang rakyat sebagai pembayar cukai. Namun yang menjadi persoalan ialah, mereka-mereka inilah yang sebelum ini sering melaungkan, kononnya kerajaan BN zalim dan tidak menjaga kepentingan rakyat.

Kononnya kerajaan pimpinan Umno ini sering menindas dan melakukan pelbagai penyelewengan, sehinggakan ada segelintir di kalangan mereka yang bersikap melampau sehingga sanggup mengatakan ia adalah dari sumber yang haram dan sebagainya.

Namun bila mana, kerajaan yang pernah dan sering di caci hamun ini memberikan bantuan dan sumbangan, merekalah antara yang akan hadir dan sanggup menebalkan muka sekaligus menelan kembali semua kata-kata yang pernah diungkap dahulu.

Sedangkan sekiranya benar tuduhan mereka yang mengatakan kerajaan zalim, mana mungkin kerajaan BN/Umno boleh menjadi begitu prihatin dan pemurah semata-mata untuk membantu mengurangkan beban rakyat.

Mana mungkin kerajaan yang melakukan penyelewengan, tidak cekap mengurus tadbir perbendaharaan dan kewangan negara, mampu menyalurkan bantuan yang besar kepada rakyat. Ini kerana secara rasionalnya, kegagalan kerajaan dalam mentadbir akan menyebabkan ekonomi jatuh merudum sekaligus menjejaskan kewangan negara.

Dengan itu, sudah pasti kerajaan tidak akan mampu mempunyai lebihan wang yang dapat diagihkan kepada rakyat dan masyarat yang memerlukan. Ini kerana bantuan tersebut melibatkan peruntukan yang besar iaitu kira-kira RM2.6 billion setahun, itu belum lagi di ambil kira bantuan-bantuan lain.

Dan yang paling sekiranya, bantuan yang diberikan itu haram mengapa mereka-mereka ini sanggup pula menunggu dan beratur panjang untuk mengambil bantuan tersebut. Bukankah memakan rezeki yang haram itu merupakan satu dosa? Sedangkan sebagai pemimpin parti Islam di kawasan, bukankah mereka-mereka ini sering mendakwa 'lebih Islam' dari orang lain dan arif tentang masalah hukum 'Haram dan Dosa' di dalam agama?

Kesimpulannya apa yang di harapkan mereka-mereka ini akan sedar dan mampu menilai apa yang pernah dilakukan sebelum ini adalah merupakan kesilapan kerana terpedaya dengan permainan politik mereka yang kemaruk hendak menjadi perdana menteri. Ini kerana pimpinan pakatan pembangkang hanya mampu memberikan janji 'bulan dan bintang' tetapi tidak akan melaksanakan. Lihat sahaja kerajaan pimpinan mereka di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Apa yang telah mereka berikan kepada rakyat? Apakah semua janji yang pernah dikatakan semasa membentang manifesto pilihanraya itu telah terlaksana? Atau ia hanya sekadar janji yang bukan untuk ditepati.

Berbanding kerajaan BN/Umno yang melaksanakan semua janji sesuai dengan slogan 'Rakyat Didahulukan'.

Tepuk dada, tanyalah iman


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (9)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment