Tuesday, April 23, 2013

Re: RG2011... 5 termasuk pemandu maut di Lebuh Raya Persekutuan

 

Ada juga dengar cerita2 kwn elakkn dr parking/berhenti di lrg Emergency di highway; jika keadaan terdesak perlu parkg juga kwn advc letakkn kon atau apa shj spt daun2, kain berwarna terang, apa shj objek as a sign jarak 100m+- dr tpt kite parkg agar kenderaan dr jauh boleh tahu ada kes emergency di hadapannya; wallahu'alam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: cwm suhaimi cw ahmad <suhaicw@yahoo.com.my>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 23 Apr 2013 01:08:27 +0800 (SGT)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>; mat rock<matrocke1@gmail.com>; IG<idaman_group@yahoogroups.co.uk>; Pak Belang Groups<pakbelang@yahoogroups.com>; Mahligai<mahligai@yahoogroups.com>; Chainz of Frenz group<chainz_of_frenz@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... 5 termasuk pemandu maut di Lebuh Raya Persekutuan

 

Salam,
 
Semoga tiada lagi kejadian seumpama ini berlaku... Takziah kpd ahli keluarga yg terlibat.
 
 
Regards,
cwm suhaimi
 
 

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: mat rock <matrocke1@gmail.com>; IG <idaman_group@yahoogroups.co.uk>; Pak Belang Groups <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>; Chainz of Frenz group <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 22 April 2013 8:36 PM
Subject: RG2011... 5 termasuk pemandu maut di Lebuh Raya Persekutuan
 
 
HASNIZA HUSSAIN21 April 2013
Kemalangan ngeri yang berlaku di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi ini. - Foto ihsan Facebook Harimau Malaya
SHAH ALAM - Lima lelaki termasuk seorang warga emas maut, selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan empat motosikal serta dua kereta di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang, awal pagi, semalam.
Sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi, dua mangsa yang menunggang motosikal iaitu Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, dan seorang lagi rakan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Klang.
Bagaimanapun, motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan, menyebabkan ketiga-tiga penunggang itu berhenti di lorong kecemasan lebuh raya untuk membaiki motosikal berkenaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika ketiga-tiga mangsa sedang membaiki motosikal tersebut, datang sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang penyelia sebuah kilang iaitu, Wilson Lee, 22, terus merempuh mereka.
"Kenderaan dipandu Wilson dipercayai hilang kawalan dan melanggar Muhammad Faridzuan serta Amirul Faiq, manakala seorang lagi rakan mereka sempat menyelamatkan diri.
"Selepas merempuh dua mangsa terbabit, kereta dipandu Wilson berpusing beberapa kali, sebelum terhumban ke dalam longkang kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.Beliau berkata, Wilson turut tercampak keluar sejauh lima meter dari kenderaannya."Dua mangsa yang menunggang motosikal serta pemandu kereta itu mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya.Zahedi berkata, tidak lama selepas kejadian berlaku, terdapat sebuah kereta jenis BMW dinaiki empat lelaki berhenti kira-kira 100 meter selepas lokasi kejadian.Beliau berkata, seorang daripada penumpang kereta itu, keluar untuk membantu semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan.Katanya, namun malang bagi penumpang itu, M Kalaychelven, 50, apabila dia pula dirempuh oleh sebuah motosikal lain sehingga menyebabkannya putus kaki kiri serta cedera parah di kepala."Kalaychelven serta penunggang motosikal yang melanggarnya, Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21, turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.Ketika ditanya berhubung dakwaan mengatakan pemandu Honda City iaitu Wilson mabuk, Zahedi berkata, pihaknya sudah mengambil sampel darah mangsa untuk diuji bagi mengesahkan sama ada dia berada di bawah pengaruh alkohol atau tidak ketika kejadian berlaku.
Menurutnya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing tengah hari semalam.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
 
rujukan: sinar harian online
 
 
Detik lima maut
 
Shah Alam: "Saya sudah tarik tangan mereka berdua, tapi kedua-duanya kaku, mungkin kerana panik. Melihat kereta itu makin dekat, saya segera melompat ke tengah jalan. Kalau tidak mungkin saya juga terbunuh."
Demikian kata Muhammad Hakim Suharman, 17, menceritakan situasi beberapa saat sebelum dua rakannya terbunuh bersama tiga yang lain dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam.
Kemalangan meragut lima nyawa itu membabitkan empat motosikal serta dua kereta dan berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang pada kira-kira jam 3 pagi.
Dua rakan Muhammad Hakim yang terbunuh ialah Amirul Afiq Zainuddin, 22, dan Mohd Faridzuan Mohd Aziz, 21. Muhammad Hakim berkata, sebelum kejadian dia dan kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan di sebuah restoran di Shah Alam, berhenti di laluan kecemasan apabila rantai motosikal Yamaha milik Amirul Afiq tercabut.

"Kami berada di situ kira-kira 15 minit dan ketika hendak meneruskan perjalanan semula, tiba-tiba saya lihat sebuah kereta Honda City berpusing ligat menuju ke arah kami.
"Dari tengah jalan, saya melihat dengan jelas kereta Honda City itu merempuh sebelum mengheret Amirul (Afiq) dan (Mohd) Faridzuan beberapa meter. Ketika itu, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya," katanya.
Menurutnya, selepas merempuh kedua-dua mangsa, Honda City itu bersama pemandunya terhumban ke dalam longkang di tepi lebuh raya dan pemandunya turut mati di tempat kejadian.
Seorang saksi kejadian, Zaid Marsum, 17, pula berkata, tidak lama selepas kejadian itu sebuah kereta BMW yang lalu di situ dan berhenti, mungkin kerana pemandu dan seorang penumpangnya mahu memberi bantuan.
"Kereta BMW itu sudah ke depan, namun mengundur semula kira-kira 100 meter sebelum berhenti. Malangnya, sebaik saja penumpang kereta itu turun dari kereta, dia dilanggar sebuah motosikal lain," katanya.
Akibatnya, Syahmie Farid Izzat, 21, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR dan Kalaychelven turut terbunuh di tempat kejadian. Syahmie Farid Izzat dipercayai gagal mengawal motosikalnya selepas cuba mengelak daripada melanggar Amirul Afiq dan Mohd Faridzuan yang ketika itu terbaring di atas jalan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata Amirul Faiq berasal Meru, Mohd Faridzuan dari Bukit Kapar, Klang manakala Syahmie Farid Izzat tinggal di Seksyen 24, Shah Alam.

"Dua lagi mangsa iaitu Wilson Lee, 22, dan M Kalaychelven, 50, juga beralamat di Klang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.
Katanya, mayat semua mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
 
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/22 mymetro.com.my
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment