Monday, April 1, 2013

Re: RG2011... Fw: Cerucuk Besi Jatuh Dari Kren Hempap 2 Kereta

 
 
INI SEMUA SALAH ANWAR SEBAB DIA TAK JAGA TALI KREN TU.  HAHAHAHAHA

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, March 31, 2013 7:18 PM
Subject: RG2011... Fw: Cerucuk Besi Jatuh Dari Kren Hempap 2 Kereta
 


TRC digantung ekoran kemalangan kren penyambungan LRT, kata Prasarana

The Malaysian Insider 
 
TRC digantung ekoran kemalangan kren penyambungan LRT, kata Prasarana
 
Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Kontraktor penyambungan LRT, TRC Synergies Bhd telah digantung daripada meneruskan kerja pembinaan selepas seorang meninggal dunia apabila tiang penyambung landasan menghempap kereta yang dipandu di Subang semalam.
Ketua Kumpulan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Syarikat Prasarana Negara Berhad's (Prasarana) Lim Jin Aun yang dihubungi The Malaysian Insider berkata tempoh penggantungan tersebut bergantung kepada siasatan kemalangan yang akan diambil.
"Tetapi pada ketika ini, pastinya kami telah menggantung kerja yang dilakukan oleh TRC," kata Lim hari ini.
Prasarana membelanjankan sebanyak RM7 bilion keatas penyambungan laluan kereta api Kelana Jaya and LRT Ampang.
TRC Synergies merupakan anak syarikat Trans Resources Corporation Sdn Bhd (TRC), merupakan syarikat pembinaan yang berjaya dalam bidaan kontrak bernilai RM950 juta untuk penyambungan berjarak 17km laluan Kelana Jaya daripada stesen Kelana Jaya ke Putra Heights, dimana akan terdapat 13 stesen baru.
Bina Puri-Tim Sekata JV telah dilantik untuk membina 17.7km laluan sambungan menghala ke laluan Ampang yang juga mempunyai 13 stesen baru.
Kejadian ini adalah yang terbaru selepas Februari lepas sebuah jejambat berhampiran Taman Sains Selangor di Cyberjaya runtuh dan bumbung stadium di Kuala Terengganu runtuh, yang mana merupakan salah satu lagi insiden melibatkan projek awam di dalam negara.
Projek Penyambungan Jajaran (LEP) sistem aliran transit ringan (LRT) merupakan salah satu projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dimana ia dibina untuk meningkatkan khidmat pengangkutan awam dan dijangka mula beroperasi pada awal 2015.
LEP merupakan inisiatif kerajaan untuk menyambung laluan LRT sedia ada meliputi laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang menjangkaui kawasan perumahan dan komersil yang lebih luas di Lembah Klang.
Laluan Ampang sedang diperluaskan sejauh 17.7km meliputi kawasan termasuk Bandar Kinrara, Puchong dan Putra Heights.
Sementara laluan Kelana Jaya dipanjangkan sejauh 17km meliputi Lembah Subang, Subang Jaya dan USJ.
Kedua-dua laluan bertemu di stesen bersepadu di Putra Heights.

 

Cerucuk Besi Jatuh Dari Kren Hempap 2 Kereta

Posted by greenboc
Subang: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas tiang cerucuk besi seberat 10 tan menghempap dua kereta di Jalan Lapangan Terbang Subang, dekat sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, tiang cerucuk besi yang diangkat kren terbabit dikatakan terlepas sebelum menghempap dua kereta yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Mangsa yang menaiki kereta Hyundai Sonata meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, Nissan Frontier cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu 10 minit selepas insiden dan tiba di tempat kejadian pada jam 7.53 malam.

Beliau berkata, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya serta Petaling Jaya dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

"Ketika tiba di lokasi, tiang cerucuk besi yang tumbang itu menghempap masing-masing sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

"Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah," katanya kepada BH selepas operasi menyelamat selesai, sebentar tadi.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menghentikan kerja bagi penyambungan landasan LRT di KM15 off Jalan Lapangan Terbang, Subang di sini berikutan kematian seorang pemandu kereta di sini malam tadi.

Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata, syarikat itu kesal insiden membabitkan seorang pemandu maut dan penumpang kereta cedera apabila peralatan pembinaan di bahagian itu tiba-tiba menimpa kenderaan mereka pada kira-kira 7.30 malam.

"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital. Kami kesal kemalangan yang terjadi dan menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Projek itu bertujuan untuk meningkatkan lagi pengangkutan awam bandar di Lembah Klang.









comments:
Anonymous said...
walaupun untuk tujuan apa sekali pun keselamatan mesti diutamakan jangan bila dah jadi baru nak macama macam seliaan mesti ada walau pun dah malam
Anonymous said...
Ni semua punca drpd Anwar Ibrahim sebab tak pantau kerja keselamatan...
Anonymous said...
Apa pasal pulak salah kan anwar.ini msti karat punya mamat.
Anonymous said...
HA HA HA.BETUL LA ANUAR MUSA....PUN SAMA TAK
Anonymous said...
Bodoh... takkan semua DSAI nak jaga... Bangang.. Syarikat tu yg takde safety langsung.... Bongok..
Anonymous said...
Sedih tapi benar.

Jambatan boleh runtuh, stadium pun runtuh, inikan kemalangan hempap biasalah. Bukan nya nak dijadikan tetapi kemalangan.

Takziah pada keluarga waris yang meninggal dunia.

Tapi kalau bacul sangat nak bubar parlimen, itu bukan kemalangan tapi khecutt takde teloq.

Sedih tapi benar.
Anonymous said...
Anon...1:14 ...tu perli tu...dalam maksudnya...
Anonymous said...
itu hanya satu sindiran jgn emosi
addin.... said...
Ya...salah anuar lah ni sapa lagi......he..he..semua salah dia(sindiran)
Anonymous said...
Like3..
Anonymous said...
Ni smua punca kecuaian xleh libatkn isu politik.lau nk libatkn isu politik tu kn projek kerajaan persekutuan bkn projek kerjaan negeri

No comments:

Post a Comment