Tuesday, April 23, 2013

RG2011... Apa Itu Harddisk SSD?

 


BSOD, windows hang, aplikasi yang lambat untuk dibuka, prestasi komputer atau laptop menjadi perlahan dari hari ke hari adalah antara gejala yang berkaitan dengan Harddisk (HDD). HDD yang biasa digunakan sekarang adalah yang jenis spinning yang menggunakan cakera aluminium atau besi untuk menyimpan data. Oleh kerana HDD menggunakan cakera yang berputar untuk menyimpan dan mengakses data, kelajuan data itu untuk dibaca adalah agak perlahan. HDD biasa berputar pada kelajuan 7,200rpm untuk HDD 3.5″ dan 5,400rpm untuk HDD 2.5″. Walaubagaimana pun terdapat juga HDD dengan kelajuan 10,000rpm dan 15,000rpm dipasaran, tetapi tidak digunakan secara meluas kerana mahal.

Kini harddisk sedang memasuki peringkat evolusi dengan kemunculan harddisk SSD. SDD bermaksud Solid State Drive, adalah teknologi harddisk yang terbaru buat masa sekarang. Perbezaan antara SSD dengan HDD biasa yang pertamanya ialah cara data disimpan.SSD menggunakan cip elektronik untuk menyimpan data manakala HDD menggunakan piring aluminium atau besi untuk menyimpan data. Secara mudahnya, konsep SSD adalah sama seperti penggunaan pendrive, manakala HDD sama seperti CD/DVD.

Disebabkan SSD menggunakan cip-cip elektronik untuk menyimpan data, kelajuan data dibaca dan ditulis adalah lebih laju kerana tidak perlu menunggu untuk mencari lokasi data dan tiada bahagian yang berputar. Kelajuan ini dapat dirasai bermula dari saat OS dipasang di komputer atau laptop yang menggunakan SSD. Masa yang diperlukan untuk saya pasang Windows 7 Ultimate 64bit  pada laptop Asus yang menggunakan prosessor i5 2.58GHz dan RAM 6gb ialah kira-kira 10 minit sahaja berbanding 30 minit kalau menggunakan harddisk jenis HDD biasa.

Selain itu masa yang diperlukan untuk komputer boot up dari saat suis ditekan hanya mengambil masa selama 20-25 saat sahaja. Kelajuan   fail yang bersaiz besar untuk dipindahkan juga mengambil masa yang singkat. Sebagai contoh fail sebanyak 30gb dapat dipindahkan dalam masa kurang dari 1 minit.

Penggunaan kuasa oleh SSD adalah jauh lebih rendah kerana tiada bahagian yang berputar berbanding dengan HDD  yang menggunakan kuasa yang banyak untuk memutarkan cakera supaya kepala pembaca dapat membaca data pada cakera tersebut. Sekali gus dapat memanjangkan tempoh penggunaan laptop kalau korang menggunakan bateri sahaja. Jikalau setting yang betul digunakan, bateri laptop mampu bertahan selama 4 jam.

SSD juga kurang mengeluarkan haba berbanding HDD biasa. Kalau korang menggunakan laptop dengan HDD biasa, mungkin korang perasan yang semakin lama laptop itu dihidupkan, semakin panas laptop itu. Jika kepanasan itu melebihi tahap yang dibenarkan, kemungkinan besar laptop itu akan tertutup sendiri atau BSOD akan keluar. Kepanasan itu juga menyebabkan ketidakselesaan jika laptop diletakkan di peha. Dengan SSD, masalah haba tidak perlu dirisaukan lagi.

Jika korang perasan juga, kalau korang buka aplikasi yang berat seperti Adobe Photoshop, Sony Vegas Pro, dan permainan yang bergrafik tinggi, komputer dengan HDD biasa akan terasa seperti bergegar dan mengeluarkan bunyi bising ketika aplikasi tersebut dibuka. Ini kerana HDD dan prosessor itu sedang bekerja keras dan berputar dengan sangat pantas untuk membaca dari cakera HDD tersebut. Dengan SSD, tiada lagi gegaran dan bunyi bising yang dikeluarkan lantas korang dapat meneruskan aktiviti korang dengan selesa dan bebas dari gangguan bunyi.

Tahukan korang kenapa ramai orang mengatakan bahawa laptop MacBook Pro adalah sangat pantas dan laju berbanding laptop-laptop lain  yang berada dipasaran sekarang? SSD adalah faktor utama kenapa MacBook Pro sangat terkenal. Apple menggunakan SSD sejak tahun 2008 pada model MacBook Pro mereka. Oleh kerana Apple menggunakan SSD jauh lebih awal dari pesaing-pesaing mereka, nama Apple terkenal diseluruh dunia dengan MacBook Pro yang pantas dan laju.

Oleh kerana terkenal dengan kepantasan, laptop MacBook Pro menjadi pilihan oleh pereka grafik dan video editor kerana kemampuan untuk memproses dengan cepat dan laju. Banyak lagi kelebihan SSD berbanding HDD yang biasa sekarang. Ramalan mengatakan bahawa, SSD akan menggantikan HDD dalam masa 3-4 tahun akan datang. SSD masih baru lagi dipasaran walaupun Apple sudah menggunakannya sejak dari 2008 lagi. Hipster betul Apple ni.

Disebabkan masih baru lagi, harga SSD masih lagi mahal dengan kapasiti yang terhad. SSD dengan saiz 120gb sahaja sudah berharga dalam lingkungan Rm450-Rm700. Saya punya laptop menggunakan Intel SSD 330 120gb yang dibeli di mudah.my berharga Rm340 sahaja untuk secondhand. Harga pasarannya adalah Rm450.

Jikalau korang berhasrat untuk menggunakan SSD, jika ada duit tukar je. Memang puas bila laptop dan komputer jadi lebih laju dan berdesup apabila buka aplikasi berat-berat disamping tidak menyebabkan laptop menjadi panas walaupun dibuka seharian. Kalau korang ada guna SSD, komen la dibawah ye. Itu saja untuk setakat ini, lepas ni saya nak cerita pasal laptop baru saya ni pula. Hehe. Assalam.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment