Tuesday, April 2, 2013

RG2011... Edisi Kantoi-Hina Hindu: Zulkifli Noordin Menipu sambil meminta maaf rupanya.. tapi KANTOI

 

Hina Hindu: Zulkifli Noordin Menipu sambil meminta maaf rupanya.. tapi KANTOI!!

 


Tengok betul-betul pada tarikh laporan mengenai Patung Dewa Murugan yang dirasmikan oleh Samy Vellu di atas ini..


Ianya telah dilaporkan dirasmi pada 30 Januari 2006 iaitu lebih kurang enam tahun yang lalu..

Tetapi menurut Zulkifli Noordin ucapannya yang menghina Agama Hindu itu telah diucapkannya sepuluh tahun yang lalu semasa beliau bersama PAS.. sila baca di SINI

Dalam ucapannya Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Bebas mesra UMNO yang telah dipecat dari PKR telah mengucapkan ‘Itu Murugan tongkat 14 tingkat’ dan ‘Tuhan Murugan yang pegang tongkat macam di Batu Caves tu’..

Apa nak jadi dengan dia ni agaknya.. dalam meminta maaf pun masih menipu lagi...

Bercakap pasal ugama bukan main hebat..padahal macam pelarx..

Pembohongan Zulkifli Noordin itu telah dikantoikan oleh Satees Muniandy dari DAPSY Pulau Pinang..

Baca ni..

KUALA LUMPUR, 2 April — Datuk Zulkifli Nordin didakwa menipu dalam permohonan maafnya malahan cubaan menyabitkan parti Pakatan Rakyat (PR) adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, kata DAPSY Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan media hari ini, penolong setiausaha sayap pemuda DAP negeri Pulau Pinang Satees Muniandy menyelar Zulkifli sebagai menipu apabila dalam permohonan maafnya mengatakan mengeluarkan kata-kata penghinaan tersebut semasa berada dalam PAS.

“Saya tidak terkejut, Zulkifli Nordin, MP Kulim Bandar Bahru memilih untuk menipu dalam permohonan maafnya,” kata Satees.

“Dia jelas cuba menyalahkan PAS atas kebodohannya ketika membuat kenyataan menghina tersebut,” tambah beliau.

Malahan Satees berkata keraguan kejujuran terhadap permohonan maaf Zulkifli apabila tidak menyedari tentang kesilapannya, bahkan menurut laporan media cuba mengelirukan orang ramai khususnya penganut agama Hindu.

“Zulkifli mengatakan kata-katanya ‘Itu Murugan tongkat 14 tingkat’ dan ‘Tuhan Murugan yang pegang tongkat macam di Batu Caves tu’ adalah pada 10 tahun lalu, tetapi sebenarnya Patung Murugan itu diperkenalkan semasa sambutan Thaipusam pada 2006.

“Jadi, jelas dalam kenyataannya beliau berbohong. MIC mungkin menerima permohonan maafnya tetapi tidak masyarakat India-Hindu,” tegas Satees.

Menurut Satees lagi, bekas pemimpin PKR tersebut sebagai seorang yang tidak memahami tentang ajaran agama Islam malahan tokoh utama PAS Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sendiri tidak pernah menghina agama dan kepercayaan lain.

“Saya tidak pernah dengan Tok Guru Nik Aziz menghina agama dan kepercayaan orang lain... ia bukan Islam yang PAS percayai.

“Ia adalah amalan mereka seperti Zul Nordin dan Perkasa yang suka menghina agama dan kepercayaan orang lain,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Satees menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera dan mendakwa Zulkifli, kegagalannya melaksanakan tanggungjawab hanya akan menunjukkan pihak polis sebagai sebuah agensi yang tidak telus dan profesional ~ The Malaysian Insider


Munafik rupanya dia... patutlah Allahyarham Ustaz Fadzil Nor lebih rela minum diwarung dari bersama dalam Majlis yang turut dihadiri oleh Zul Noordin ni.. sila baca kisah tersebut di ( SINI )

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment