Friday, May 31, 2013

Re: RG2011... Bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990-2013)

itu profit bukannyer interest. bank akan buat akad jual beli aset bank dengan peminjam dengan menyatakan harga kos + profit dengan pembayaran tertangguh. Then, peminjam mewakilkan bank untuk menjual aset tersebut kepada pihak ketiga (sepatutnyalah) dengan harga kos.Aset tu dah jadi milik peminjam (wujud) tapi dah diwakilkan untuk pihak bank jual. Peminjam akan dapat harga kos jualan aset iaitu jumlah loan yg dipinjam dan perlu bayar balik aset yg dibeli secara hutang tu dengan pihak bank. Interest haram, profit halal ok. Malaysia belum lagi menjadi negara kebajikan untuk buat pinjaman qard hassan. Besar nilainya akad di sisi agama kerana ia menghalalkan yg haram seperti perkahwinan, jual beli dll.

From: "dzayu03@yahoo.com" <dzayu03@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, May 21, 2013 3:55 PM
Subject: Re: RG2011... Bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990-2013)

That's why I wanT to know coz I'm using Bank Islam, any loans with them still got interest.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 21 May 2013 13:11:20 +0800 (SGT)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990-2013)

Bank Islam pun mengamalkan riba bro... bezanya cuma akad jer..tapi tetap riba...

--- On Thu, 16/5/13, dzayu03@yahoo.com <dzayu03@yahoo.com> wrote:

From: dzayu03@yahoo.com <dzayu03@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990-2013)
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, 16 May, 2013, 4:31 PM

Just want to find out is it true the bank in Kelantan free from 'riba'? That means if we borrow 10k, we pay 10k back, right? If so do let me know, Thank you guys.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: AbdulWahab Mydin <AbdulWahab.Mydin@Seagate.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 15 May 2013 14:14:41 +0800
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990-2013)

Salam........
Di Malaysia, hanya seorang Tuan Guru..!

2013/5/9 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 
Bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990-2013)
♥ Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ♥ 

Memimpin Negeri Kelantan Mengikut Landasan Islam Sebenar...Antara perkara yang pertama yang dilakukan oleh Tok Guru ialah mengarahkan semua wang Kerajaan Negeri dikeluarkan daripada Bank riba kepada Bank Islam. Akhirnya ini mendorong bank-bank konvensional yang lain membuat perbankan Islam tanpa riba.
ALHAMDULILLAH... Adanya Pemimpin yang faham Islam menyebabkan rakyat juga akan faham Islam...ALLAHUAKBAR!!

WE LOVE TOK GURU !!

♥ Sungguh Indah Negeri Kelantan ♥
"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"
Hanya Di Kelate

[SHARE] 1 RESPECT untuk Tok Guru Kita...
 
Inline image 1

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (9)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Langsing cara selamat, mudah dan murah

Sent from my iPad

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Re: RG2011... NURUL IZZAH DIHALANG MASUK TANDA DEMOKRASI TENAT DI BAWAH BN SABAH

tolong weii.. tenat tenat tenat.. kahkahkahkah.. berlambak2 orang masuk keluar sabah ok aje. kesiann anak daddy

2013/5/30 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 
KENYATAAN MEDIA DARI PARTI KEADILAN
30 MEI 2013
UNTUK SEBARAN SEGERA

NURUL IZZAH DIHALANG MASUK TANDA DEMOKRASI TENAT DI BAWAH BN SABAH

YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN, hari ini telah dihalang masuk ke negeri Sabah. Beliau yang hadir untuk menyambut pesta Kaamatan bersama rakyat Penampang telah ditahan pihak imigresen Sabah jam 7 malam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan terus dihantar pulang tanpa dimaklumkan mengapa beliau dihalang dari masuk.

KEADILAN mengecam keras tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang seorang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dari memasuki Sabah. Tindakan autokratik dan tidak demokratik sebegini membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa tenatnya demokrasi di bawah Barisan Nasional Sabah, yang jelas takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Umum sedia maklum, insiden ini bukanlah yang pertama, dan kemungkinan bukan yang terakhir. Oleh itu, KEADILAN menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memberi penjelasan sepenuhnya mengapa YB Nurul Izzah dihalang masuk, serta menarik balik serta-merta halangan tersebut.

KEADILAN turut menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengumumkan sepenuhnya senarai "persona non grata" negeri Sabah, dan sebab nama-nama ini dimasukkan ke dalam senarai tersebut.

YB Nik Nazmi Nik Ahmad
ADUN Seri Setia
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Inline image 1

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... AES yang akan dilaksanakan di Melaka !!!

Saya sokong sangat cadangan yang dah lama ditunggu-tunggu. Semoga pemandu-pemandu akan sedar dan bergerak ikut kelajuan yang dibenarkan. Dengan itu kemalangan dapat dikurangkan atau "zero-accident" dapat dicapai di jalan-jalan berkenaan.

2013/5/29 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 
nah orang melaka, tempat2 nak pasang aes dah keluar, beribu-ribu-ribu taniyaaaa ~tokku

Inline image 1

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Thursday, May 30, 2013

Re: RG2011... Fw: Bila KHIR TOYO nak dipenjarakan ?

Takut-takut sama dengan yang di Perak wakil rakyat yang dibeli tu...bila tiba masa dibebaskan teknikal ect.....

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 31 May 2013, 0:15
Subject: RG2011... Fw: Bila KHIR TOYO nak dipenjarakan ?
 
Bila KHIR TOYO nak dipenjarakan nie...???

Mahkamah rayuan kekalkan hukuman penjara 12 bulan Khir Toyo
Wartawan Sinar Harian
 Mohamad Khir Toyo
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun lepas.Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis, 2011.  Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.

Re: RG2011... Fw: Negara Paling Selamat

Dah betul lah tu....kalau ragut orang miskin memang aku marah...
 
HBI

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 30 May 2013 11:23 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Negara Paling Selamat

itulah surat khabar.. sengaja nk mengsensasikan berita..
sebenarnya anak menteri tu hanya kehilangan RM250 jer.. xde pun sampai ribu-riban..
tetapi yg nyata wanita tu sedang sarat mengandung.. kalau x salah dh 7 bulan kot..
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, May 31, 2013 12:17 AM
Subject: RG2011... Fw: Negara Paling Selamat
 
Negara Paling Selamat: Anak Menteri Kena Ragut: Rugi RM8,000

Posted by greenboc
Anak seorang menteri Kabinet kerugian lebih RM8,000 apabila diragut dua lelaki di kawasan sebuah pasar raya di Ampang, Selasa.Mangsa, merupakan seorang guru wanita berumur 26 tahun, turut cedera ringan di bahagian lutut kanan akibat kejadian ragut pada kira-kira 11.50 pagi itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata wanita itu diragut ketika meletak barang dalam but kereta jenis Suzuki Swift.

"Suspek menaiki kenderaan jenis Proton Satria, meragut beg tangan mangsa dan melarikan diri bersama barangan berharga mangsa iaitu Ipad, Iphone dan wang tunai RM5,000," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, Khamis.

Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20-an berkaitan kes pembunuhan seorang rakyat Amerika Syarikat dalam operasi sekitar Lembah Klang awal pagi tadi.

"Ketujuh-tujuh suspek merupakan warga asing dan ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Pada 4 Mei lepas, mayat David James Ginter, 62, ditemui di sebuah rumah di Taman Sri Ukay di sini oleh jiran dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kaki diikat ke belakang serta lehernya dijerut dengan tali kabel pengecas telefon. — Bernama

Ulasan GB

Hanya pada minggu lalu dua kes rompakan melibatkan kediaman VVIP berlaku iaitu rumah kakak TPM dan adik KPN dipecahmasuk.

Sekarang anak menteri kena ragut menunjukkan betapa seriusnya jenayah yang berlaku di negara kita.

Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Sekarang ini jawapannya!

Apabila Menteri KDN dan KPN asyik menumpukan hal-hal untuk menahan dan menangkap pemimpin politik dan pelajar, sedangkan penjenayah-penjenayah yang berleluasa tidak dititikberatkan, sekarang terkena batang hidung sendiri.... rumah-rumah kakak Muhyiddin dan adik KPN sendiri dirompak.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan apabila kedua-dua "pegawai tertinggi" sudah lari dari tanggungjwab utama mereka membenteras jenayah tetapi asyik menumpukan perhatian untuk menjaga kkeselamatan UMNO BN, maka bergembiralah penjenayah-penjenayah di seluruh negara.
 
comments:
Anonymous said...
amat tepat sekali...bacalah surah ath Thaariq ayat 13-17
Amuraria said...
ragut sampai jatuh & mati pun ada ! tapi yang lebih jadi tumpuan adalah pihak pembangkang (khasnya pakatan rakyat) kerana mereka-mereka ini adalah lebih & amat merbahaya dari peragut,penyangak,penyeleweng khazanah negara,peraba, perogol & penyamun ! malaysia oh malaysia penyamun lagi bebas dari pembangkang ? ABU jangan lupa !
Anonymous said...
PdRM jenayah dan rasuah berpisah tiada, selagi berkhidmat selagi itulah rasuah. Maka jangan harap le jenayah akan berakhir

RG2011... EMOSI DI KENDUR, KASIH SAYANG DI SALUR..

Para anbiya', mereka adalah golongan manusia yang paling berat ujiannya melalui jalan dakwah. Jika hendak dibandingkan ujian yang dihadapi kita dengan tokoh-tokoh pasca khilafah pun tidak mampu untuk kita menanggungnya, apatah lagi dengan ujian ke atas para anbiya'.

Sesungguhnya ujian di jalan dakwah memang panjang dan amat berat. Justeru, senjata paling ampuh untuk menghadapi tekanan ujian ini tidak lain tidak bukan hanyalah sabar.

Namun sabar yang bagaimana yang kita maksudkan?

Itulah sabar yang membuatkan emosi dikendur, kasih sayang disalur, Allah menjadi matlamat yang luhur.

Itulah sabar yang dipraktik Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Bagaimana caranya? Di sini kita akan teroka

Mengenali manusia.

Manusia merupakan makhluk yang bersifat egosentrik dan sering tidak kalah untuk menjustifikasikan perbuatan mereka sendiri. Sepertimana kita lihat zaman sekarang, begitu ramai manusia berbalah mempertahankan pendapat dan hujah masing-masing. Tidak kira dalam isu politik, agama, feqah dan sosial sehingga menyukarkan untuk kita mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan sesuatu hal. Inilah realiti manusia.

Kesinambungan daripada sifat ego yang mengakibatkan perpecahan umat ini adalah sifat lupa diri. Pernah kah kita mendengar ada sebahagian daripada rakan-rakan kita mengadu,

"Mengapa manusia suka mencari salah orang lain tetapi tidak nampak salah sendiri?"

  Ada juga daie yang berkata kepada mad'unya,

"Mengapa kau ini tidak mahu dengar nasihat, aku cakap perkara yang betul!"

 Sebenarnya kedua-kedua persoalan itu, jawapannya terdapat pada diri mereka. Sifirnya, apabila kita berbicara tentang orang lain, secara tidak langsung kita berbicara tentang manusia. Apabila kita berbicara tentang manusia, kita harus sedar dan tidak lupa diri bahawa hakikatnya kita sedang berbicara tentang diri kita sendiri kerana diri kita adalah manusia.

Di sini, method empati dapat dipraktikkan. Apa yang orang lain inginkan, kita juga inginkan perkara yang sama. Setiap keperluan dan kehendak orang lain, kita juga pernah merasakan hal yang sama. Cuma perlu selami dan kenali dengan lebih mendalam dan sabar.

Bagaimana pula dengan emosi, kasih sayang dan Allah. Apa kaitannya?

Mengendur emosi

Emosi lahir daripada rasa tidak puas hati. Tidak puas hati lahir daripada sifat ego (sombong) yang berada dalam hati manusia. Apabila manusia dilanda emosi, perilaku mereka menjadi tidak keruan, akal mereka berubah tidak waras. Kita akan hilang pertimbangan dan rasional. Ketika itu syaitan mengambil peluang mendendangkan falsafah yang mampu mengisi kehendak emosi. Pastinya falsafah yang merosak diri.

Perhatikan,  saat anda melihat manusia sedang marah dan dipenuhi kebencian, emosi memainkan peranannya. Ya, itulah emosi. Begitu juga manusia yang dirundung kesedihan dan kecewa, itu emosi. Tatkala emosi merasuk diri, sindrom 'tidak kisah' dan 'tidak peduli' mula timbul.

Dosa atau pahala, baik atau buruk tidak diambil kira dalam mengambil keputusan membuat sesuatu tindakan. Tidak hairan, kita melihat ada manusia yang tidak takut menabur fitnah terhadap orang yang dibenci. Tidak kurang juga terdapat manusia sedih yang mempersoalkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Kerana mereka sedang beremosi.

Seorang daie tidak boleh terlalu beremosi. Dengan emosi, semua peluang kejayaan dakwah akan diragut. Anda bayangkan terdapat perintah Allah supaya membalas kejahatan dengan kebaikan hingga suatu ketika mereka yang membenci kita akan menjadi teman. Adakah orang beremosi mampu melakukan semua itu. Tidak. Sebagai daie Allah memerintahkan kita menyeru dengan cara yang hikmah dan berdebat dengan cara yang baik. Adakah orang beremosi mampu melakukan semua itu. Pastinya tidak.

Justeru emosi harus dikendur dan sabar harus dipupuk terlebih dahulu. Jangan bersikap terburu. Kemampuan mencegah kemungkaran yang terletak pada hati adalah dengan membenci dosa bukan membenci pelaku dosa. Kemampuan mencegah kemungkaran yang terletak pada lisan adalah dengan nasihat dan kata-kata yang baik bukan cemuhan dan cacian. Kemampuan mencegah kemungkaran yang terletak pada tangan adalah dengan bimbingan dan memberi pengajaran bukan hanya sekadar hukum menghukum. Semua ini hanya dapat dilakukan apabila emosi dikendur.

Kasih sayang disalur

Emosi yang dikendur dengan emosi yang ditahan (diempang) mempunyai jurang perbezaan yang ketara. Pengenduran emosi selalunya disusuli dengan saluran kasih sayang. Emosi yang ditahan(diempang) pula hanyalah suatu proses melambat-lambatkan kemarahan. Bahkan sekiranya ia terlalu lama diempang maka akan mengakibat pukulan emosi yang deras dan kuat terhadap iman apabila dilepaskan. Saya pasti anda pernah dengar kata-kata ini,

"Aku sudah puas menahan sabar dengan kau."

 Itulah kata-kata emosi seseorang sedang meletus ibarat gunung berapi setelah diempang begitu lama.

Emosi yang dikendur akan disusuli saluran kasih sayang. Itulah sabar yang sebenar. Setiap perilaku kita ibarat belaian ibu terhadap anaknya. Dan yang pasti kasih sayang itu haruslah selari dengan tuntutan syarak. Lagipun manusia memang inginkan perhatian dan kasih sayang seseorang apabila dilanda kesusahan dan musibah.

Adakala manusia yang sering melakukan dosa bukan kerana tidak mahu berubah tetapi menanti seseorang untuk membimbingnya. Tetapi seringkali dia hanya dapat orang yang menghukumnya. Betapa tepat sekali pepatah ini,

"Manusia tidak kisah apa yang kamu tahu, dia hanya kisah apakah kamu sayang".

Mungkin kisah sahabat nabi, Abu Darda RA ini mampu menerangkan lebih lagi;

Abu Darda RA telah menjadi hakim di Damaskus. Beliau telah menangani pelbagai jenayah. Satu hari beliau mengumumkan hukuman yang dijatuhkan terhadap seorang penjenayah dan kes itu dikira selesai. Bagaimanapun beliau terdengar seseorang yang mencerca orang yang bersalah itu. Kerana mendengar cercaan itu, beliau bertanya kepada orang yang mencerca itu:

"Apakah yang engkau akan buat apabila melihat seseorang jatuh ke dalam lubang yang dalam?"

"Aku akan hulurkan tali untuk selamatkan dia"

"Oleh itu mengapa engkau tidak berusaha untuk menyelamatkan lelaki ini yang jatuh ke dalam lubang kemaksiatan?"

"Apakah engkau tidak membenci pelaku dosa ini?"

Abu Darda menjawab dengan sungguh berakhlak, "Aku bukan musuh dirinya tetapi dosanya"

Allah,  menjadi matlamat yang luhur

Matlamat dakwah adalah menyeru manusia mentauhidkan Allah. Itulah perkara utama yang harus ditekankan iaitu tauhid. Ramai orang hanya berpegang Islam tanpa tauhid hakiki. Sedangkan orang yang benar-benar memegang tauhid telah memasuki Islam secara menyeluruh. Dan disebabkan Allah menjadi matlamat yang luhur, suka saya berkongsikan kata-kata yang saya dapat daripada saudara saya yang mengikuti Jemaah Tabligh.

Kita sering menyangka dakwah adalah menyeru manusia lain kepada Allah dan membetulkan diri mereka. Sedangkan dakwah adalah seruan kepada diri kita sendiri agar menuju Tauhid kepada Allah kerana apabila kita berusaha menyeru orang lain, secara tidak langsung kita akan bersungguh memperbaiki diri agar usaha ini diredhai Allah dan diterima orang ramai. Usaha kita bukan usaha memperbaiki masyarakat, tetapi usaha mengembalikan tauhid ke atas dunia ini. Usaha atas iman dan usaha ini tidak dapat dilakukan tanpa kebenaran hati dan niat.

Cukup menyedarkan hati dan sanubari. Apabila kita hendak menasihati orang lain kita harus menasihati diri kita sendiri. Bagaimana kita mampu memberi manfaat terhadap orang lain sedang diri kita tidak mendapat manfaat. Takutlah peringatan Allah tentang kebencianNya terhadap orang yang menasihat orang lain tetapi melupakan dirinya. Bersabarlah dalam berdakwah dan jangan bersikap gopoh.

Kesimpulan

Erti hidup pada memberi. Jangan sedih apabila tidak disayangi, sedihlah apabila diri tidak mampu menyayangi. Jangan sedih apabila tidak dihargai, sedihlah apabila diri tidak berharga dan tidak menghargai orang lain. Apa yang paling utama, bersabarlah setiap kali ujian menimpa. Bersikap positif lah setiap kali teruji dan fikirkanlah "Lebih baik siapa kita di depan Allah daripada siapa kita di depan manusia."

- Artikel iluvislam.com

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Ayuh Bina Syuga Dunia

Hidup berkeluarga sememangnya diimpikan oleh setiap umat Islam yang beriman. Mempunyai suami dan isteri yang dicintai di sisi adalah keinginan fitrah manusia. Setelah sahnya ijab dan kabul, maka bermula hidup berkeluarga yang penuh dengan warna dan serinya.

Selain daripada kebahagiaan yang dikecap, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan cabaran dan ujian dalam hidup yang serba baru itu. Jika dahulu kita hidup dengan suasana bebas untuk melakukan sesuatu, tidak terikat dengan seseorang selain keluarga namun selepas berkahwin tiada lagi istilah hidup bujang.

Tanggungjawab terhadap keluarga bermula sebaik sahaja seseorang itu dikahwinkan. Bermulanya tanggungjawab terhadap isteri, mahupun suami sehinggalah kepada anak-anak. Berkahwin dan berkeluarga amat disukai Rasulullah S.A.W.

Baginda juga menyarankan agar mempunyai anak yang ramai bagi pasangan yang baik kerana dengan lahirnya ramai anak, maka lahirlah ramai penerus dan penyebar syiar Islam. Menjaga keluarga telahpun diperintahkan secara terus dari Allah S.W.T kepada kita semua. Firman Allah S.W.T:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

(Surah At-Tahrim: 6)

"Anak yang ramai bukan semuanya jadi orang alim pun." 

Ini antara nada sinis berbaur negatif yang selalu menjadi "mind set" kebanyakan daripada kita. Kenapa tidak anak-anak menjadi soleh dan solehah? Anak-anak yang soleh solehah inilah yang akan mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya di alam kubur kelak. Doa mereka akan sentiasa mengiringi orang tuanya meskipun mereka telah meninggal dunia. Bukankah anak soleh dan solehah itu suatu kelebihan dan anugerah buat ibu dan bapa?

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Muslim)

Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau biah solehah adalah seruan yang dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga ini. Jika sejak dari mula perkahwinan "mode Islam" itu diaktifkan, keluarga akan lebih cenderung dan akrab dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu fardhu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang lainnya.

Jangan bimbang andai tiada harta dunia tetapi bimbanglah andai tiada roh agama dalam keluarga. Taburkan kasih, dan cinta kita kepada pasangan hidup serta anak-anak dengan mencurahkan syariat agama Islam, bukan disuap dengan harta, kebebasan dan keseronokan yang fana. Rasulullah S.A.W bersabda :

"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita bukan lahir dalam keluarga alim ulama', bukan dari keluarga wali-wali Allah dan bukan pula dari kalangan mufti-mufti yang benar. Kebanyakan kita adalah orang awam dan biasa.

Pun begitu, tidak mustahil bagi kita mewujudkan keluarga yang mencontohi para alim ulama' dan orang-orang yang dekat denganNya. Setidak-tidaknya kita mencuba, dan sekurang-kurangnya kita menjalankan tanggungjawab dalam berkeluarga.

Ayuh, bina syurga dunia dengan Islam. Le'ts turn on Islamic mode in our family!