Thursday, May 30, 2013

RG2011... FW: Mayat pertama bot karam ditemui

 

Mayat pertama bot karam ditemui

 

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Tujok yang ditemui lemas selepas bot ekspres yang dinaiki karam di Sungai Rajang Selasa lalu.


 

BELAGA – Seorang pekerja balak menjadi mangsa pertama tragedi bot ekspres yang karam di Sungai Rajang apabila mayatnya ditemui dalam keadaan terapung dan lengkap berpakaian semalam.

Mayat Tujok Lah, 44, ditemui pada pukul 7.30 pagi berdekatan Rumah Panjang Uma Tevok, kira-kira dua kilometer dari tempat tragedi.

Mangsa berasal dari rumah panjang Skeing, Nanga Merit dekat Kapit.

Menurut Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Bakar Sebau, mangsa dikenal pasti selepas polis menemui kad pengenalan di dalam dompetnya selain pengecaman yang dibuat ahli keluarganya.

“Mangsa sebelum ini tersenarai antara penumpang yang terselamat. Kekeliruan timbul ekoran kita sukar untuk mengenal pasti siapa yang selamat dan hilang kerana pengusaha bot tidak merekodkan senarai kesemua penumpang,” katanya kepada pemberita di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2UoqWWWKK
Hakcipta terpelihara

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment