Thursday, May 30, 2013

RG2011... FW: Pendapatan DRB-HICOM meningkat hampir sekali ganda

 

Pendapatan DRB-HICOM meningkat hampir sekali ganda

 

KUALA LUMPUR - Pendapatan DRB-HICOM Bhd. (DRB-HICOM) meningkat kepada RM13.13 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2013 berbanding RM6.88 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut kenyataannya kepada Bursa Malaysia di sini semalam, pendapatan meningkat itu adalah hasil sumbangan daripada kemasukan pendapatan Proton semasa tahun kewangan itu.

Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai turun kepada RM1.04 bilion berbanding RM1.82 bilion sebelumnya.

DRB-HICOM menjelaskan, keuntungan operasi kumpulan, sebelum butiran luar biasa bagi tempoh tersebut meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM624.82 juta daripada RM543.44 juta dalam tahun kewangan 2012.

"Ini merupakan hasil daripada prestasi kewangan anak-anak syarikat yang lebih baik, keputusan syarikat sekutu yang tinggi dan hasil pengambilalihan Proton," kata syarikat itu.

Bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Mac 2013, syarikat mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM314.19 juta di atas sokongan pendapatan RM3.36 bilion.

DRB-HICOM berkata, ia menjangkakan prestasinya bagi tahun kewangan 2014 memuaskan, susulan daya tahan permintaan domestik yang berterusan dan disokong oleh penambahbaikan sektor luar.

"Kami akan terus menyediakan pelbagai inisiatif perniagaan untuk meningkat dan mengukuhkan prestasi kewangan serta operasi kami.

"Syarikat operasi kumpulan dalam sektor automotif, perkhidmatan dan hartanah dijangka menjana pertumbuhan positif dalam aktiviti perniagaan mereka," kata kenyataan itu.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz2UorfjoIB
Hakcipta terpelihara

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment