Tuesday, May 28, 2013

Re: RG2011... Fw: lagi artis berhijrah

 

Budak ni dah lama pakai tudung menutup aurat, kalau tak silap semasa AF dulu pun dah bertudung. Apa hijrahnya.


2013/5/27 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

Kesedaran Bagus... Ramai Artis Wanita Berhijab -Nur Heliza Hellmi,

malaysiaberih.blogspot.
Posted by
 
Nur Haliza Helmi


HALAMAN HIBURAN

NUR Heliza Hellmi, pengacara, pelakon, penyanyi, model iklan dan penceramah motivas, ketika ditemui ketika menjayakan rakaman program bual bicara 13 episod, Al-Cuit Sikit terbitan Vision Works (M) Sdn Bhd untuk TV AlHijrah (TVAH), menjawab pertanyaan mengenai pemakaian hijab dalam kalangan kebanyakan artis wanita tempatan kini..

Katanya, "Saya melihat ia kesedaran yang sangat bagus apabila semakin ramai artis wanita berhijab. Itulah yang diinginkan dan ia juga menandakan betapa industri hiburan tanah air kini ke arah perubahan positif," katanya.

Berbicara pula mengenai fesyen berhijab, Heliza berkata fesyen adalah harus dalam Islam. Apa yang pasti, setiap pakaian dipakai itu haruslah mengikut garis panduan sudah ditetapkan. Ujarnya, perkara yang perlu diberi perhatian bagi seorang wanita yang menutup aurat itu antaranya haruslah baju dipakai itu tidak terlalu ketat, serta labuh menutupi punggung.

Berusia 27 tahun, Heliza mula dikenali ramai selepas menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia 5 pada 2007 lalu. Walau pun hanya memenangi tempat keempat, namanya begitu diingati peminat kerana menjadi satu-satunya peserta wanita bertudung.

Menjawab mengenai pembabitannya secara aktif di dalam Usrah Fitrah yang disertai golongan artis tempatan, Heliza berkata penyertaannya bersama Usrah Fitrah bersandarkan niat 'makanan untuk rohani'.

"Menerusi Usrah Fitrah, kami lebih banyak belajar mengenai agama dan ia sememangnya dituntut sebagai makanan rohani kita yang dijadikan bekalan untuk akhirat kelak." Jelasnya.

Berbicara soal jodohnya, dia yang sentiasa tersenyum memaklumkan biarlah semuanya ditentukan Allah. Ujarnya, dia tetap yakin bahawa Allah sudah merancangkan jodoh untuknya. Cuma, bersabar dan terus menunggu. (IH/Sumber myMetro)

 

Seorang lagi artis berhijrah - Eja ingin terus berhijab!

malaysiaberih.blogspot.
aiyangdisayang.blogspot

Baru pulang dari mengerjakan umrah baru baru ini, Eja telah mengambil keputusan untuk terus berhijab secara kekal selepas tidak putus putus berdoa dan berkat petunjuk dari Allah.
"Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya"
"Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi"
"Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi"


"Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan & menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini," jelas Eja kepada Media Hiburan. sumber

semoga istiqomah....


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment