Nafsu memang dah ada dok terperangkap dalam diri semua insani..
Nafsu tu tak leh nak buang.. tapi kena kontrol… HuHuHu
Saya Diperangkap Oleh Seseorang Yang Tidak Bertanggungjawab – Shah Jaszle
Written by AbangNara | May 28th, 2013
Akhirnya setelah hampir 2 minggu berita penangkapan khalwatnya menjadi topik dunia hiburan tanah air, Shah Jaszle tampil bercakap memberikan kenyataan pertamanya kepada Mstar Online. Menarik juga apabila Shah Jaszle mendedahkan yang dirinya diperangkap di dalam kejadian ini.
Kata Shah Jaszle:-
Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti.
Apa pun, Abang Nara gembira kerana mendengar betapa supportivenya tunang dan keluarga Shah Jaszle dalam menghadapi isu ini. Bukan senang nak dapat keluarga dan tunang yang begitu memahami. Kata Shah Jaszle mengenai reaksi tunangnya:-
Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka. Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya
Sama-samalah kita nantikan bulan November ini untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Buat masa ini, kita doakan sahaja hubungan Shah Jaszle dan tunangnya akan terus kekal bahagia walaupun pelbagai ujian mendatang. Semoga Shah Jaszle mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment