Macam x percaya lak, selalunya if ada yang tidak mengikut syarat-syarat yg ditetapkan baru x boleh masuk walaupun rakyat malaysia sendiri. Saya masih ingat pada tahun 2001, kawan saya ditahan disebabkan tidak membawa kad pengenalan. Kami dalam satu rombongan yang ramai jadinya beliau terpaksa balik ke Semenanjung. Itu pun selepas macam2 kena buat.
KENYATAAN MEDIA DARI PARTI KEADILAN
30 MEI 2013
UNTUK SEBARAN SEGERA
NURUL IZZAH DIHALANG MASUK TANDA DEMOKRASI TENAT DI BAWAH BN SABAH
YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN, hari ini telah dihalang masuk ke negeri Sabah. Beliau yang hadir untuk menyambut pesta Kaamatan bersama rakyat Penampang telah ditahan pihak imigresen Sabah jam 7 malam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan terus dihantar pulang tanpa dimaklumkan mengapa beliau dihalang dari masuk.
KEADILAN mengecam keras tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang seorang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dari memasuki Sabah. Tindakan autokratik dan tidak demokratik sebegini membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa tenatnya demokrasi di bawah Barisan Nasional Sabah, yang jelas takut dengan bayang-bayangnya sendiri.
Umum sedia maklum, insiden ini bukanlah yang pertama, dan kemungkinan bukan yang terakhir. Oleh itu, KEADILAN menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memberi penjelasan sepenuhnya mengapa YB Nurul Izzah dihalang masuk, serta menarik balik serta-merta halangan tersebut.
KEADILAN turut menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengumumkan sepenuhnya senarai "persona non grata" negeri Sabah, dan sebab nama-nama ini dimasukkan ke dalam senarai tersebut.
YB Nik Nazmi Nik Ahmad
ADUN Seri Setia
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (4) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment