Thursday, May 30, 2013

Re: RG2011... Fw: Negara Paling Selamat

Dah betul lah tu....kalau ragut orang miskin memang aku marah...
 
HBI

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 30 May 2013 11:23 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Negara Paling Selamat

itulah surat khabar.. sengaja nk mengsensasikan berita..
sebenarnya anak menteri tu hanya kehilangan RM250 jer.. xde pun sampai ribu-riban..
tetapi yg nyata wanita tu sedang sarat mengandung.. kalau x salah dh 7 bulan kot..
 
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, May 31, 2013 12:17 AM
Subject: RG2011... Fw: Negara Paling Selamat
 


Negara Paling Selamat: Anak Menteri Kena Ragut: Rugi RM8,000

Posted by greenboc
Anak seorang menteri Kabinet kerugian lebih RM8,000 apabila diragut dua lelaki di kawasan sebuah pasar raya di Ampang, Selasa.Mangsa, merupakan seorang guru wanita berumur 26 tahun, turut cedera ringan di bahagian lutut kanan akibat kejadian ragut pada kira-kira 11.50 pagi itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata wanita itu diragut ketika meletak barang dalam but kereta jenis Suzuki Swift.

"Suspek menaiki kenderaan jenis Proton Satria, meragut beg tangan mangsa dan melarikan diri bersama barangan berharga mangsa iaitu Ipad, Iphone dan wang tunai RM5,000," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, Khamis.

Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20-an berkaitan kes pembunuhan seorang rakyat Amerika Syarikat dalam operasi sekitar Lembah Klang awal pagi tadi.

"Ketujuh-tujuh suspek merupakan warga asing dan ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Pada 4 Mei lepas, mayat David James Ginter, 62, ditemui di sebuah rumah di Taman Sri Ukay di sini oleh jiran dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kaki diikat ke belakang serta lehernya dijerut dengan tali kabel pengecas telefon. — Bernama

Ulasan GB

Hanya pada minggu lalu dua kes rompakan melibatkan kediaman VVIP berlaku iaitu rumah kakak TPM dan adik KPN dipecahmasuk.

Sekarang anak menteri kena ragut menunjukkan betapa seriusnya jenayah yang berlaku di negara kita.

Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Sekarang ini jawapannya!

Apabila Menteri KDN dan KPN asyik menumpukan hal-hal untuk menahan dan menangkap pemimpin politik dan pelajar, sedangkan penjenayah-penjenayah yang berleluasa tidak dititikberatkan, sekarang terkena batang hidung sendiri.... rumah-rumah kakak Muhyiddin dan adik KPN sendiri dirompak.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan apabila kedua-dua "pegawai tertinggi" sudah lari dari tanggungjwab utama mereka membenteras jenayah tetapi asyik menumpukan perhatian untuk menjaga kkeselamatan UMNO BN, maka bergembiralah penjenayah-penjenayah di seluruh negara.
 
comments:
Anonymous said...
amat tepat sekali...bacalah surah ath Thaariq ayat 13-17
Amuraria said...
ragut sampai jatuh & mati pun ada ! tapi yang lebih jadi tumpuan adalah pihak pembangkang (khasnya pakatan rakyat) kerana mereka-mereka ini adalah lebih & amat merbahaya dari peragut,penyangak,penyeleweng khazanah negara,peraba, perogol & penyamun ! malaysia oh malaysia penyamun lagi bebas dari pembangkang ? ABU jangan lupa !
Anonymous said...
PdRM jenayah dan rasuah berpisah tiada, selagi berkhidmat selagi itulah rasuah. Maka jangan harap le jenayah akan berakhir


No comments:

Post a Comment