Wednesday, May 29, 2013

RG2011... Fw: Tiada Penyatuan UM_NO-PAS Selagi Saya Hidup

 



TG Nik Aziz: Tiada Penyatuan UMNO-PAS Selagi Saya Hidup


Kota bahru: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

"Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

"Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

"Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini," ujarnya lagi. -HD

comments:

otaklunyai said...

... dan sampai bila2 selagi Islam tidak dijadikan asas dalam pemerintahan negara... Amin

Anonymous said...

Saya sokong, beri hak kpd yg berhak, tunai hak sesama insan, berubah kepada yg di tuntut olih Allah SBW, jangan nanya rakyat, mentadbir dengan jujur dan amanah. Jika semua ini dilaksanakan, Alhamdulillahm Tapi tak perlu jugabersatu,kerjasama oklah/ Masing2 bolih meningkatkan kepimpinan kpd rakyat yg untungnya rakyat dan negara.

Andre Irwan said...

Tak kan ada ahli PAS yang ingin bersama-sama dengan SETAN kot atau memang dalam PAS pun ada juga spesis yang serupa dengan UMNO (setan). Minta simpang.
Barang siapa yang berkawan dengan setan atas nama BANGSA / KETURUNAN, nescaya akan binasalah dia. Setan tak akan ganggu depa tu sebab depa tu kan kawan setan. Yang kita nak pi tumpang sekaki tu, buat apa. Cari nahas kot.
Aku sokong Tok Guru.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment