Tuesday, May 28, 2013

RG2011... Fw: Budak Cilik dengan Al Quran nya....!

 



 

Budak Cilik dengan Al Quran nya....!

Pendakwah cilik ingin jadi duta kecil


SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA 27 Mei 2013 SUNGAI PETANI – "Banyak berdamping dengan al-Quran membuatkan jiwa saya tenang, sentiasa bersikap positif dan tidak lagi gugup berbanding sebelum ini."

Demikian luahan Shauqi Afifi Shamsudin, 12, yang tekad menjadikan al-Quran sebagai sahabat setia dalam setiap langkah selain membantu menenangkan jiwanya yang bakal berhadapan dengan peperiksaan besar hujung tahun nanti.

Tidak seperti kanak-kanak lain yang masih mempunyai masa bermain bersama rakan sebaya, Shauqi yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Tasik Apong, Sungai Petani memaklumkan, dia lebih suka membaca al-Quran yang dijadikan hobi masa terluang.

Aktif mendeklamasi sajak, menjadi tekong dikir barat, menyertai boria, johan pertandingan azan dan tilawah al-Quran, Shauqi memaklumkan, minatnya menyertai pelbagai pertandingan pentas bermula sejak berusia sembilan tahun.

Kini dia mewakili negeri Kedah sebagai finalis pertandingan Adik-adikku Musim ke-empat yang bakal berentap bersama empat peserta lain di pentas akhir pada 5 Jun nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ibunya, Fatimah Zakaria, 43, berkata, dia dan suami, Shamsudin Jusoh, 49, mengakui anak sulung daripada tiga beradik itu aktif sejak kecil.

"Bagaimanapun, semasa bayi, Shauqi Afifi seorang yang kuat menangis sehinggakan kami (ibu bapa) tidak senang duduk apabila dia mula menangis," katanya.

Menurut Fatimah, bagi mengatasi masalah itu, dia dan suami sentiasa memastikan buaian disediakan di rumah, semasa balik kampung atau ke mana sahaja termasuk di dalam kereta.

"Puas kami berubat untuk memulihkan semangatnya, tetapi benar kata orang tua, sebenarnya itu adalah sebahagian daripada proses pembesaran seorang bayi.

"Sehingga umurnya genap setahun pada12 Disember 2001, barulah dia berhenti menangis," katanya.

Sementara itu, menurut Shamsudin, minat Shauqi berdakwah telah disedari sejak berusia lima tahun apabila dia sering dijadikan penghibur dalam kalangan saudara yang memintanya menyanyi atau bernasyid.

"Ramai saudara memuji suaranya yang dikatakan sesuai menjadi pendakwah suatu hari nanti," katanya.

Menurutnya, sejak dari proses mengandung lagi, dia dan isteri gemar membaca al-Quran dan menjadikan ia rutin setiap hari dan dipraktikkan sehingga anak-anak membesar.

Selain itu, Shauqi berkata, menghormati orang lain serta menjaga adab ketika bersama orang ramai antara pesanan ibu bapa yang sentiasa diingati.

"Nasihat ibu supaya menjaga diri apabila berada di khalayak, jaga adab depan orang ramai, berdisiplin, taat kedua ibu bapa dan sentiasa menutup aurat akan saya amalkan sampai bila-bila," katanya.

Katanya, hasrat menjadi pendakwah/ duta kecil dan cita-cita sebagai saintis Islam diharap akan terlaksana selepas menimba banyak ilmu menerusi pertandingan yang disertai.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment