Thursday, February 13, 2014

RG2011... Budak Kampung

 



Kampung Cekok

Budak Kampung



Kesan hudud di Brunei dinilai selepas 3 tahun

Posted: 12 Feb 2014 01:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Februari 2014 - Keberkesanan pelaksanaan hukum hudud di Brunei hanya boleh dinilai dalam tempoh tiga atau lima tahun lagi, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
��
Abdul Hamid yang turut menjadi penasihat dalam perangkaan undang-undang hudud di Brunei berkata dalam tempoh itu para pengkaji dan negara yang ingin mengikut jejak langkah Brunei boleh menilai sama ada pelaksanaan hukuman itu mampu mengurangkan kadar jenayah atau sebaliknya.
��
"Kita belum boleh membuat penilaian mengenai pelaksanaan undang-undang itu di Brunei kerana ia belum dilaksanakan. Mungkin dalam tempoh tiga atau lima tahun lagi kita boleh melihat bagaimana pelaksanaan sebenar dan kesannya.
��
"Adakah negara Brunei, yang sudah pun aman tenteram itu, akan menjadi lebih aman dan tenteram? Setakat ini negara-negara yang melaksanakan hukuman hudud, seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan nampaknya masih jauh di belakang berbanding dengan negara-negara yang tidak melaksanakan hukuman hadud seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Jepun," katanya ketika berucap dalam ceramah awam bertajuk 'Kesan Hudud di Brunei: Perbezaan Antara Brunei dan Malaysia' di International Institute Of Advance Studies (IAIS), di sini.
��
Brunei akan menguatkuasakan hudud secara berperingkat-peringkat, bermula dengan kesalahan-kesalahan ta'zir (seperti kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan) April ini.
��
"Peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan akan berjalan seperti biasa dan kes-kes itu akan terus dibicarakan oleh Mahkamah Sivil. Ini kerana kerja-kerja mengemaskini undang-undang berkaitan seperti acara jenayah, undang-undang keterangan dan lain-lain masih belum selesai," katanya.
��
Abdul Hamid berkata sekiranya hudud hendak dikenakan di negara ini, bagi kesalahan jenayah, ia hanya boleh dilakukan sekiranya dipinda sebagai undang-undang persekutuan dan bukan kesalahan terhadap suruhan agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Senarai II (Senarai Negeri), Perlembagaan Persekutuan.
Katanya Perlembagaan tidak menghalang untuk pelaksanaan sedemikian dan Parlimen boleh memilih apa-apa hukuman kepada kesalahan jenayah, termasuk hukuman mengikut Syariah.
��
"Dengan cara itu, penguatkuasaannya boleh meliputi orang Islam dan bukan Islam (undang-undang persekutuan). Sebagai undang-undang jenayah ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam dan bukan Islam.
��
"Sekiranya Parlimen Malaysia hendak membuat undang-undang seperti itu, tidak ada pindaan perlembagaan yang perlu dibuat dan rang undang-undang itu hanya perlu diluluskan dengan majoriti.
��
"Jika ia hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, ia akan bercanggah dengan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kerana itu adalah satu diskriminasi atas alasan agama dan oleh itu tak berperlembagaan, tak sah dan batal," katanya.
��
Abdul Hamid turut menegaskan bahawa perbezaan penetapan undang-undang antara negara ini dan Brunei juga menjadi faktor kesukaran untuk mengikut jejak langkah melaksanakan hudud.
��
Katanya Brunei memberi kuasa penuh kepada Sultan untuk menggubal dan meminda perundangan tetapi Malaysia adalah negara Persekutuan yang mempunyai bidang kuasa tertentu termasuk kerajaan negeri.
��
"Mungkin Brunei akan membuktikan sesuatu kelak. Kita tunggu dan lihat.
��
Sekurang-kurangnya di Brunei ada satu perbezaan. Di Brunei pelaksanaannya bukanlah kerana survival politik atau untuk memenangi pilihan raya yang terdekat. Kerja-kerja ke arahnya (pengkajian hudud) telah berjalan kira-kira 30 tahun dan masih belum selesai," katanya.
��
Ditanya pemberita berhubung pendapatnya sama ada hudud sesuai dilaksanakan di Malaysia, Abdul Hamid berkata: "Saya memberi pendapat berasaskan undang-undang. Kajilah kesannya." - Bernama

Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah

Posted: 11 Feb 2014 11:15 PM PST

Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan�� adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong�� suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.
��
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak�� ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin.
��
Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa�� sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.
��
Itulah dia golongan orang yang soleh.
Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.
��
Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.
��
��

Polemik hukum pelaburan ASB

Posted: 11 Feb 2014 10:20 PM PST

SUDAH beberapa kali saya menulis artikel dan meletakkan status di Facebook mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional (ASB/ASN).
��
Namun masih ramai yang bertanyakan penulis perihal status hukum pelaburan ASB dan ASN ini, memandangkan topik ini antara yang terhangat dibahaskan di alam siber.
��
Pertamanya perlu disebutkan bahawa penulis bukanlah orang yang berkelayakan untuk mengeluarkan fatwa. Sebagai orang awam kita harus sentiasa hormat kepada pihak yang diamanahkan kerajaan, terutama Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab melantik mufti untuk merungkaikan permasalahan umat mengenai hukum hakam agama.
��
Kegagalan menghormati dan mengiktiraf kedudukan pihak lebih berautoriti atau berkelayakan mengeluarkan fatwalah yang menyebabkan umat menjadi celaru kerana terlalu banyak 'ustaz'�� yang sewenang-wenang mengeluarkan hukum halal-haram.
��
Berbalik kepada polemik ASB dan ASN ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah pun memutuskan skim pelaburan ASB dan ASN serta dividen atau bonus yang diterima pelabur adalah harus hukumnya.
��
Dalam muzakarah yang dihadiri Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang turut diwakili mufti-mufti seluruh Malaysia dan individu-individu berkepakaran dalam bidang fekah dan muamalah mengharuskannya atas hujah menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.
��
Namun, polemik berkenaan dengan ASB dan ASN mula timbul semula apabila Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan fatwa yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April 2011, memutuskan skim pelaburan ASN dan ASB tidak halal kerana bertentangan dengan hukum syarak.
��
Antara alasan mereka ialah dana-dana ASN dan ASB secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah dan sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
��
Menurut fatwa itu lagi skim ASN dan ASB juga tidak diklasifikasikan sebagai dana unit amanah yang patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan yang haram terutamanya dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan riba.
��
Untuk pengetahuan, di bawah Suruhanjaya Sekuriti terdapat resolusi syariah yang jelas mengenai pelaburan saham syarikat yang terdapat percampuran dalam aktiviti dan operasinya.
��
Sebagai contoh, sekiranya sebuah konsortium atau syarikat yang perniagaan utamanya patuh syariah seperti konsortium hartanah tetapi anak syarikatnya terlibat dengan aktiviti perjudian, maka pihak Suruhanjaya Sekuriti akan menilai status kewangannya terlebih dahulu.
��
Sekiranya, pendapatan daripada syarikat judi tersebut kurang daripada 5% berbanding pendapatan keseluruhan syarikat utama, maka kaunter saham syarikat tersebut masih dianggap patuh syariah.
��
Walau bagaimanapun, dalam kes pelaburan ASB/ASN, dana-dana ini dilaburkan dalam syarikat kewangan konvensional berasaskan riba iaitu Maybank melebihi paras 5% yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.
Persoalannya sekarang fatwa manakah yang hendak dituruti?
Bagi pandangan peribadi penulis, sebagai orang awam kita boleh memilih untuk mengambil pandangan atau fatwa yang dikemukakan, sama ada oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun Pejabat Mufti Selangor. Kedua-duanya adalah badan berautoriti untuk mengeluarkan fatwa dan mempunyai hujah tersendiri. Dalam konteks ijtihad sebegini, tiada istilah siapa yang betul mahupun salah secara mutlak, sebagaimana hadis Nabi SAW:
��
"Apabila seorang hakim memutuskan sesuatu keputusan, maka dia berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya dua pahala. Dan apabila dia berijtihad dan keputusannya salah, maka baginya satu pahala".
��
Walau bagaimanapun dalam konteks wara', seseorang digalakkan untuk meneliti secara terperinci setiap skim pelaburan ke mana dana-dana tersebut akan disalurkan. Yang dimaksudkan dengan wara' di sini ialah ketakwaan kita pada ALLAH hingga meninggalkan perkara-perkara yang tidak jelas atau samar-samar.
��
��

* Oleh DR ASYRAF WAJDI DUSUKI [ Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ], Sinar Harian, 12 Februari 2014
��


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (13)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment