Penunggang Maut – Dirempuh Tayar Lori Tercabut
Sg Buloh, Selangor
11 Feb 2014
8.05 pagi
Nama mangsa: Norazmi Zam, 38, Bandar Kinrara Puchong, Selangor.
Kemalangan di Laluan Bayangan Maut banyak yang pelik-pelik malah kadang-kadang tidak terfikir oleh akal kita.
Untuk tiba di lokasi kes juga harus mahir dan hafal tiap km kerana perlu rancang laluan mana untuk dimasuki – keputusan mesti dibuat cepat dan kesilapan boleh menjadikan gagal untuk tiba tepat pada waktunya.
Dan…saya gagal tiba di lokasi ini kerana kesesakan teruk walaupun saya menggunakan laluan terdekat ke lokasi iaitu menggunakan Lebuhraya Latar.
Kejadian ini benar-benar malang tidak berbau bagi mangsa, Norazmi Zam, 38 yang menunggang sebuah Honda Wave 110.
Ketika kejadian, sebuah lori menuju arah Utara , tiba-tiba tercabut tayar belakang sebelah kiri – bukan 1, tetapi 2 tayar.
Kedua-dua tayar kemudian terpelanting ke laluan sebelah iaitu laluan arah Kuala Lumpur.
Kejadian dipercayai berlaku akibat masalah mekanikal pada lori.
Sebuah tayar merempuh sebuah kereta manakala sebuah lagi merempuh mangsa yang sedang menunggang motosikal.
Norazmi yang tercampak ke atas jalan, maut di tempat kejadian.
Dan kemalangan ini juga menyebabkan laluan arah Selatan sesak sepanjang kira-kira 6 kilometer.
Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.
Comments
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
Dulu tinggal di Puchong…kini di Rawang. Asal Muar…arwah disimpan di Muar. Tadi sempat solat jenazah arwah di hospital Sg. Buloh. Itulah rautin arwah…dari Rawang ke tempat kerja diJln. Duta. Pagi tadi sampai lah ajalnya. Al-Fatihah.
kejadian seperti ini sering terjadi melibatkan lori di lebuhraya.
tahun lepas seorang kawan terbabit dgn kejadian seperti ini.
tayar lori drp lebuhraya sebelah tercabut dan terpelanting ke arah kereta kawan.
nasib baik tidak melibatkan kecederaan dan hanya je yg kereta rosak.
*hanya kereta je yg rosak.
kemalangan yang pelik nie..apa pun al fatihah utk aruah…
Al-Fatihah.. Disebabkan masalah teknikal ada pulak yg jd mangsa kan PH?