Monday, February 24, 2014

RG2011... Fw: Oppo N1 Tiba Di Malaysia, Bukan Calang Telefon

 



Oppo N1 Tiba Di Malaysia, Bukan Calang Telefon China

Oppo N1

Biasanya pengeluar telefon akan membangunkan dua kamera, satu di depan manakala satu lagi di belakang yang selalunya mempunyai resolusi berlainan.

Tapi, lain pula dengan satu syarikat dari China, Oppo yang mencipta satu saja kamera bagi model N1. Uniknya, kamera tersebut boleh diputarkan 206 darjah dari belakang ke depan dan sebaliknya yang lengkap bersama resolusi 13 megapiksel.

Berlainan dari model telefon buatan China yang lain, telefon yang sangat mementingkan kamera ini dilengkapi enam lapisan lensa yang memberikan imej lebih jelas manakala sensor CMOS ditetapkan pada 1/3.06 serta apertur f/2.0 membenarkan lebihan cahaya masuk. Bermakna, anda boleh mendapatkan hasil menarik meskipun dalam gelap.

Lapisan kamera Oppo N1

rantai kunci yang mengawal secara mudah alih

Skrin belakang boleh disentuh

Operasi kamera yang pantas dibuka (0.6 saat) menjadikannya antara yang terpantas merakam foto. Manakala jika kamera dipusing pada putaran 120 darjah, ia secara automatik akan mengaktifkan skrin utama.

Kamera telefon ini mempunyai lebih 10 modul, 50 kabel dan 67 komponen yang tidak mudah rosak menunjukkan betapa seriusnya syarikat Oppo mahu menyaingi nama-nama besar. Enjin khas pemproses imej Pure Image juga tawarkan Oppo.

Oppo boleh didatangkan bersama rantai kunci yang bukan saja menjadi alat kawalan untuk menekan 'shutter' kamera tetapi mengesan telefon dalam jarak 15 meter radius sekiranya anda tersalah letak.

Manakala body aluminium penuh telefon ini bukan saja menghasilkan rekaan premium tetapi warna cantik yang diperkemaskan menidakkan stigma peranti buatan China langsung tidak berkualiti tinggi.

Saiz skrin 5.9 inci cukup untuk penggunaan seharian tetapi yang lebih menarik ia memperkenalkan cara baru menggunakan telefon pintar yang mana pengguna saja mampu menyentuk skrin depan tetapi badan belakang peranti berkeluasan 12 sentimeter persegi bagi mengoperasikan serta menggerakkan aplikasi.

Ia mula dijual pada harga lebih kurang RM1,790 dan beroperasi pada OS Android 4.2 Jelly Bean dan keupayaan bateri 3610mAh.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment