Tuesday, February 25, 2014

Re: RG2011... Tandas dalam bilik menjadi 'trend' terkini

 

doa masuk tandas kan dh diajarkan siap2.. maknanya tandas mmg umah syaitan.tak kira lah selepas suci opss cuci  bersih disental dgn breezeeeeee..

2014-02-25 10:08 GMT+08:00 Nordin <nor12275@yahoo.com>:
 

Sila rujuk Orang Alim. Pendapat ikut akal dipengaruhi nafsu.

Sent from my iPhone

On 24 Feb, 2014, at 8:46 am, fisal shahran <fisal.shahran@gmail.com> wrote:

 

Pandangan saya, saya setuju dgn kata syitan suka di tempat yg kotor....

Tanggung jawab kita sebagai srorg Islam utk menjaga kebersihan... tempat bersolat, tempat tidur, tempat tinggal, tempat bekerja sera tempat awam. Juga mencakupi tandas di rumah kita tidak kira tandas yang jauh di belakang rumah atau tandas yang ada di dlm bilik tidur... Apabila kita menentukan tandas kita bersih, rasanya syaitan dah tak minat nak masuk... sebab tidak kotor...

Dolu dolu org korek lubang yg dalam dan masukkan 'kok' ke dlm tanah utk menyimpan najis yg kita cangkung diatasnya utk melepaskan hajat. Sebab tu tandas perlu di tempatkan di luar & jauh dari rumah supaya bau yg kurang enak tak masuk ke rumah.. Sekarang sistem pembentungan yg kita bayar pada Indah Water membawa najis kita keluar jauh dari rumah kita.... kita dapat membersihkan tandas srhingga ada orang kata tandas yg boleh buat tempat tidur...

Jika kita fikirkan, memamg betul najis yang masuk ke tandas itu kotor. Tapi najis itu datangnya dari badan manusia/kita. Allah telah mencipta sistem badan kita yg membolehkan kita bersuci/bersih. Hakikatnya fizikal yg kita bahasakan najis tetap ada didalam sistem usus kita.... maksudnya kita bersolat dgn najis didalm badan.... tetapi pada zahirnya kita dah bersuci & bersih... bila kita bersih & suci, InsyAllah syaitan melarikan diri dari kita...

Pandangan saya yang kerdil ni, makna kata  tandas yg bersih, syaitan pun tak nak masuk... tolong betulkan sekiranya saya silap.... wallahualam...

On Feb 4, 2014 8:53 PM, "NewsforwarderRT" <3@pendekarblogger.com> wrote:
 

Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden <image001.jpg>sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur).

 

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik? Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air.

Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.

Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka.

Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! Tandas pun berbatu marmar, ada wangian pula!

 

 

 

 


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment